Total Pageviews

Saturday, September 21, 2013

Alamak...................gemuklah!

Semalam mama ke satu majlis ilmu di surau.  Sampai je, mama beri salam dan bersalaman ngn makcik2 kat situ.  Sampai kat satu mak cik tu, directly dia kata, "makin gemuk kau ni...!" Lepas tu siap picit2 tangan mama lagi, nak sahkan mama ni memang gemuk.  Kemudian dia sambung lagi, " iye, bukan main berisi lagi badan kau..." sambung lagi picit kat bahu pulak. Lepas tu siap cakap kat mak cik sebelah pulak, "makin gemuk kan dak ani ni......" 


Aduhai, cukup2 la tu. Mama tak kecik hati pun, sebab memang mama terima kenyataan yg mama dah gemuk, tapi kalau dgn org lain tu, mak cik ni kenala jaga perasaan org.  Tak semua org yg boleh terima kenyataan yg dirinya dah gemuk.  Mama percaya, ramai insan2 'sihat' yg rasa tertekan dgn diri masing2. Tapi, apa2 pun, kita kena ingat..jangan sampai mengutuk diri sendiri, berdosa.  Apa yg lebih baik adalah dgn merasa bangga dgn tubuh badan kita itu.  Sentiasa bersyukur dgn kurniaan Allah.  Tak apa badan gemuk asalkan sihat.  Badan ramping pun belum tentu sihat sampai ke tua.  Mama ada beberapa org kawan yg badan cantik macam model tapi ada macam2 penyakit.  Kak Wan ada tiga serangkai, jantung, darah tinggi dan kencing manis.  Hari2 telan ubat lima enam biji.  Kak Shamsiah pun sama.  Begitu juga dgn Emma, sicantik yg awet muda tu. Umur dah masuk 40 pun masih mcm remaja lg sebab dia slim walau dah beranak tiga.  Tapi ramai tak tau dia ada macam2 masalah kesihatan.  Dah berapa kali keluar masuk hospital.  Gemuk2 mama pun, Alhamdulillah, setakat ni cuma ada darah tinggi je tapi Alhamdulillah belum pernah sekali pun masuk hospital kecuali untuk bersalin.

     

Gemuk2 setengah orang pun bukan sebab makan.  Kebanyakan orang sering menuduh orang yg gemuk tu sebab kuat makan.  Mama pun ada beberapa contoh dua tiga kawan yang berusaha bertahun2 untuk kembali slim.  Mai, dah lapan bulan tak makan nasi tapi masih berisi jugak.  Ana, macam2 ubat kurus dia dah cuba. Tak satu pun yg berkesan.  Tiga kali seminggu buat aerobic...sama je bentuk badan.  Lina dan adiknya Enab pun sama.  Bukan makan sangat pun, cuma mungkin oleh sebab diorang tu kerja buat kuih hari2...jadi hari2 jugaklah makan kuih yg diorang buat.  Nasi tak makan sangat pun.

  
hah, si Garfield ni bagus..sangat positif....dia kata dia tak gemuk, cuma badan dia je berat! 

Aaaaaahhhhh.........rasa nak bantai je penimbang setiap kali menimbang berat badan, kan, kan, kan.


Jangan sampai mogok lapar pulak sebab takut gemuk.  Sedangkan pakar2 kesihatan pun kata kita kena makan macam biasa cuma kurangkan dari jumlah biasa.


   Balik dari surau mama teruslah online, terjumpa pulak web ni....wah, macam2 petua ada..siapa yg tak kenal Kevin Zahri ....nak tau lebih lanjut bolehla pergi ke http://kevinzahri.com/blog/health-fitness   . 

Di bawah ni apa yg mama copy dari blog Kevin tentang 10 makanan paling menggemukkan. Jom baca.


Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
 *setiap Rabu, kantin sekolah mama sediakan nasi lemak..sedap lak tu....cam ne nak elak ye..

2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…
* Alhamdulillah, mama dah kurang suka makan roti canai..

3. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

*nasi goring kampong cili padi...sedap tu

4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

10. Mayonis.

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Alamak, macam mana ni...banyak yg mama suka makan dan yg dah selalu termakan......

*moral of the story: lepas ni kenala selalu2 bukak web Kevin, cari petua sihat...

2 comments:

notie said...

Alahaiiii topik yang menarik untuk diperbincangkan.... aku nak kurus huh hangat-hangat taik ayam jo...(opss macam dah penah terpegang taik ayam jo).. nak puaskan hati dah ketutunan 3G nak buat lagu mana. hahahahaha

Kadang-kadang kan orang yang cakap tu sesedap mee laksa je cakap kita gemuk padahal dia pun sama juga cuma malas je nak pulangkan paku buah keras kat dia nanti bertelur dahi hahahahaha boleh gitu.

Aku ni bab kena kata gemuk emmm lali dah... lagi satu ayat keramat... tang tu memang aku sengeh je sebab diluar bidang kuasa aku tapi tang gemuk tu aku cakap lah alhamdulillah rezeki lebeh tu yang terlebeh berat badan. Kadang-kadang bila teringat time penah kurus dulu rasa macam nak balik zaman tu je semasa bunga sedang berkembang cantik dan menawan. hehehe tapi kata akak aku huh berangan le nak kurus balik bila dia tenguk baju aku dulu-dulu yang aku sayang tapi tak leh pakai lagi sebab lebeh ukuran. Baju putih yang bersulam yang aku pakai masa kahwin ko dulu tu pun ada tapi huh memang pecah le kalau aku nak sarung balik. aduhaiiiii

Tapi syukur alhamdulillahlah walaupun 3 G buat masa ni belum lagi ada darah tinggi cuma kena standby je takut timbul. Cuma sekarang ni dah mula sakit-sakit kaki, sakit lutut huhuhuhu sebab kaki dah tak tahan nak menampung berat badan. Huwaaaaaa.

Hah betul gemuk tak semestinya sakit sebab ada ex opismat aku akak tu punya cantik body tapi penyakit keliling pinggang. Silap sikit je jumpa doktor.. ubat hari2 mesti makan. Kalau lupa siap kena dating doktor.

Apa pun sebenarnya kita kena bersyukur dengan segala yang kita ada pada hari ini. Berdoa semuga Allah memberi kesihatan yang baik, kehidupan yang aman dan damai tanpa keluh kesah memikirkan hal orang lain. Aku kadang rimas kalau orang dok ngok ngek hal orang yang kadang tiada kaitan dengan kita bukannya apa buat meningkan kepala je. Tak pasal nanti stress jadi nak mudah tagline aku ialah *ada aku kesah* tetap aku pertahankan. Mudah ek hidup aku. Alhamdulillah syukur nikmat atas rezeki yang Allah beri.

mama aini said...

hehehe..menarik dan mantap hujah2 ko not...tahniah