Buat baik berpada-pada. Kenapa ye org tua2 dulu, org2 bijak pandai
dulu2 pesan macam tu..bukankah sewajarnya buat baik itu berterusan dan selalu
diamalkan. Kenapa agaknya kena
berpada-pada? Beringat-ingat untuk apa ye?
Ada kebenarannya juga kalau kita
terlalu baik ni. Kita mudah di
perkotak-katikkan, kita mudah dipermainkan, mudah kena buli, mudah
disakiti. Betul ke? Contoh paling mudah kalau seorang gadis
‘baik’ benar dgn kekasihnya.
Semua yg
sang kekasih minta, ditunaikan. Sanggup
tinggal emak tinggal saudara kerana kekasih.
Akhirnya banyak yg merana. Ada yg
ditinggalkan selepas madu dihisap, ibarat kelapa ditebuk tupai, habis semua isi
yg tinggal hanya hampas dan tempurungnya.
Sewaktu di maktab perguruan dulu,
ada seorang kawan nama panggilannya Wai.
Dia ni lemah lembut cantik orangnya.
Dia berkawan baik dgn mama. Rapat
jugalah. Dimana ada mama di situ ada
Wai.
Masuk semester tiga, ada seorang
kawan sekelas namanya Man. Man selalu
usik Wai. Mula2 Wai lemas juga. Mama ni jadi mcm posmen dia. Hari2 Man kirim salam padahal sekelas. Di kelas, pantang Wai hilang sekejap dari mata,
pasti Man akan buat edisi siasat, soal mama mana Wai pergi. Hish, takkan ke tandas pun tak leh kot.
Oleh sebab hari2 kena usik, kena
sakat, hati Wai cair juga. Diterimanya
salam cinta si Man. Bermulalah babak2 yg
melemaskan hidup mama. Mana tidaknya,
setiap kali nak dating, nak keluar ke mana-mana dgn Man, pasti mama jadi tiang
lampunya. Yelah, ibarat sepasang kekasih
bermesra di bawah tiang lampu....tiang lampu tu mama lah.
Si Wai akan berusaha bersungguh-sungguh
mintak mama temankan dia setiap kali nak keluar dgn Man. Mama malu juga jadi ‘mak sibuk’ ni. Selalunya mama tak nak temankan dia. Tapi Wai akan merayu, menangis mintak belas
ihsan mama. Dia akan buka loker mama,
keluarkan baju, gosokkan utk mama pakai.
Dia pegang, tarik2 tangan mama ni mintak tolong. Bila tengok kawan menangis merayu, mama tak
sampai hati. Temankan juga. Merata la tempat kami redah kat KL tu. Naik BMW [bas mini wilayah], pergi dari satu
taman ke satu taman. Kalau duduk di
bangku, mama akan duduk sebelah Wai. Masa
tu dia lupalah sekejap yg mama ada sebelah.
Diorang bercerita, bermadah seloka sampai tebal juga bulu telinga
mama... nak muntah pun ada dgr diorang bercintan-cintun.
Nak jadi cerita pada semester ke
empat, Wai tiba2 berubah. Jadi pendiam
yg amat. Dia Cuma bercakap dgn Man
saja. Kemana pun dah berdua saja. Rupanya diorang dah bernikah senyap2. Sikit pun tak beritahu ‘tiang lampu’ yg sebatang
ni.....itupun mama tahu dari mentor [pensyarah] kami yg ingin berjumpa mama
sebab masa tu Wai dan Man tak dtg kelas.
Kebetulan juga kawan2 sekelas pernah ternampak Wai dan Man balik sama
dan ke rumah yg sama. Oleh sebab kami
kononnya tak ingin diorang buat maksiat, kami rujuk pd mentor kami. Dari situlah rahsia mereka terbongkar.
Kesian betul mamakan...mentor kami mintak
kami semua rahsiakan sebab peraturan maktab waktu itu tidak membenarkan
pelatih2 berkahwin. Esoknya Man datang
kelas tanpa Wai. Wai tak sihat ‘terkena
buatan orang’. Dua semester itu berlalu
tanpa komunikasi antara kami dgn Wai atau Man.
Waktu graduasi, kami kawan2 sekelas bangga juga terima sijil perguruan ,
ada yg cemerlang ada yg kepujian. Dihari
graduasi itu, Man dan Wai tak dtg. Dalam
kelas kami hanya Man dan Wai yg lulus biasa.
Lepas tu kami terus ‘lost contact’.
Moral of the story: Sudah dapat
gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Sudah dapat bernikah, ‘tiang lampu’ pun tak pakai lagi. Terus dilupakan sampai ke hari ini. Ingat ‘sitiang lampu’ nan sebatang ni tak de
perasaan ke..?
2 comments:
Alahaiiii sian sitiang lampu tapi cahaya lampunya sentiasa menerangi kegelapan malam.
Aku pun ada pengalaman macam tu tapi yang bestnya si lelaki tu rupanya nak takel aku dulu melalui akak serumah. Akak serumah ni pulak tak sampaikan salam tapi suruh dia call sendiri. Agaknya tak berani dia senyap je. Entah macamana ada seorg makcik tu yg rekemenkan mereka berdua dan port dating rumah makcik tu.
Ada sekali tu aku terserempak mereka berdua balik bersama-sama tapi bila di tanya si polan tu tak ckp apa pun malahan bagi alasan saje je.
Pecah rahsia nak bertunang semasa hantarkan si polan tu balik kg semasa menunggu bas sampai, ada org kampungnya yang tanya. Masa tu aku rasa macam nak nangis sebab member baik sebantal sehati sejiwa boleh tak cerita tapi org lain yang sampaikan. Dia berubah muka sebab dah pecah rahsia tapi still tak ckp dgn aku.
Bila dah pecah rahsia mereka berdua bertunang, akak serumah aku baru pecahkan rahsia yg si lelaki tu penah usha aku. Lorrrrr patutlah member aku tu tak cerita agaknya dia takut aku rampas pakwe dia.(Dia berumur sikit daripada aku masa tu) Padahal aku tak tahu kisah pun kalau si jantan tu ada hati kat aku dulu sebelum si dia.
Lagi pun pada aku si jantan tu tak gentlemen sebab berani belakang je. Dan sememangnya jodoh mereka sesuai sebab pemikiran dan perangai pun sama. Itu sebab Allah menjodohkan mereka.
Tapi after mereka berdua kahwin dan menyewa berhampiran dgn rumah sewa aku, nak jejak rumah mereka pun aku fikir beribu2 kali sebab terasa di tikam dalam persahabatan. Lama-lama aku terus tak geng dia lagi walaupun dia teringin nak tahu cerita kisah cinta aku. hahahahaha
Sorilah ya sekali ko carikkan kepercayaan aku berjuta kali tak percaya lagi.
Sebenarnya masa tu aku muda lagi jadi bunga sedang berkembang mekarlah. Manakala si polan tu dan akak serumah aku dah berusia jadi mereka jeles dan takut kalau aku lebeh dulu daripada mereka. Padahal mereka lupa jodoh itu semuanya ketentuan Allah.
Apa pun semua itu memori daun pisang semasa aku kat Segamat. Kalau diingatkan balik cerita cinta aku masa zaman nakal huh memang banyak tapi itu semua kenangan dan sejarah lama.
hmmm..........memori daun pisang ye? betul tu notie, tak jantanman [gentleman] la tak berani berterus terang. yg si member ko pun tak patut la potong line...mcm2...sabo jelah. Allah lebih tahu siapa yg sesuai utk kita.
mmg kalau dah rasa tertikam tu kita rasa sakit semacam. walaupun hati ingin melupa dan memaafkan, kesan luka tu tetap kekal sampai bila2...tu yg berat hati nak ke rumah dia tu kan..
hati kdg2 tertanya, kenapa dia ni kwn dgn aku ek? betul ke dia kawan aku? jawapannya ada pada diorang...
Post a Comment