Satu hal lagi ialah pasal menu yg
dihidang. Maaf cakaplah, kadang2 tuan
rumah macam berlawan-lawan nak tunjuk skil masak masing2. Tapi tak semualah..ada juga yg tunjuk skil
nak menempah caterer je...hihi. Cakap pasal menu ni, berpada-padalah. Mama tak kata untuk tuan rumah, ok. Tuan rumah berhak nak tentukan menu rumah
terbukanya pada hari itu. Tetamu2 ni yg
kena berpada-pada. Kalau ada sepuluh
jenis hidangan, kesemua sepuluh hidangan nak dirasa. Ambik hidangan pulak penuh pinggan, lepas
rasa sikit dua tiga suap, tak habis..kan ke membazir namanya. Tak pasal2 ada tetamu lain tak merasa. Ada juga yg ‘melantak’ betul2. Balik rumah, menyandar bawah kipas. Kepanasan dan kekenyangan! Ish, macam ular sawa le...
Teringat mama pada satu cerita pasal
terlebih makan ni. Adalah sorang kakak
tu suka sangat makan sadin. Pendek kata
makan sadin hari2 pun tak apa. Apa saja
makanan yg ada sadin dia akan pulun betul2.
Tak lepas peluang. Boleh terkilan
pulak, kempunan kalau tak dpt makan sadin.
Satu hari tu, lepas ‘melantak’ sadin, kakak ni demam. Tekak loya.
Dia muntah2. Yang peliknya isi
perut yg keluar ada bau sadin! Dek
kerana terlalu banyak makan sadin, dia muntah sadin. Bukan keluar dari mulut saja. Dari lubang hidung pun keluar sadin. Teruk
juga demam dia. Muntah2 lagi. Semuanya bau sadin.
Lembik badan kakak tu, sampai pengsan. Nak jadi cerita,
ayahnya [ni citer masa kakak ni remaja, lom kawin] bawak dia ke klinik. Balik
dari klinik, mereka singgah kat kedai runcit.
Kebetulan susunan sadin ada kat ruang depan kedai. Kakak ni walau tak turun dari kereta, boleh
Nampak tin2 sadin tu. Tetiba, Nampak je
tin2 sadin tu, kakak tu muntah dan pengsan lagi. Kelam kabut semua orang. Sampai kat rumah, Nampak tin sadin lagi. Pengsan lagi kakak tu. Sejak hari itu, dia tak boleh tengok tin
sadin, makan sadin malah bau sadin pun tak boleh dia terima lagi. Cuma bila dah bertahun berlalu, dia tak lagi
pengsan bila tengok sadin. Kakak tu kata
dia terkena ‘badi’ sadin.
Hmm..macam2
.
Ada seorang sepupu abang ni dah
alergik durian pulak. Kes hampir sama
dgn kes kakak tadi. Cuma dia taklah
pengsan bila tengok durian.
*moral of
the story: makan tu kena selalu ingat2.... peringatan utk diri sendiri yg mmg dah ada buku darah tinggi ni....
3 comments:
wah teruknya sampai fobia sardin. hish hish jadi takut plak aku sebab aku suka makan sardin. Tapi takdelah sampai hari-hari mau.
Sebenarnya apa pun yang kita perbuat samada makan ke apa ke kenalah berpada-pada malahan ada perumpamaan yang berkata 'buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali' padahal sepatutnya kenalah buat baik selalu kan kenapa pula kena berpada-pada. Mesti ada sebab kenapa berpada-pada.
Biasalah manusia kadang dalam niat nak sedekah makan timbul pula rasa riak. Dari pada dapat pahala dapat penat aje.
pendapat kau ttg berpada-pada tu aku setuju sgt. Kdg2 kita tak sedar kita riak, terutamanya bila org puji masakan kita..masa tu rasa mcm baru menang anugerah masterchef...
buat baik berpada-pada tu, aku dah selalu sgt terkena tp tak sedar2 juga..kdg2 kita baik dgn org dgn hrpan org baik jgk dgn kita..tapi pedih sungguh bila dia tikam dr belakang..kdg2 baik masa kita ada benda yg dia boleh tumpang, cuba kalau kita ni serba tak ada, serba tak boleh, tak sapa nak dtg dekat...hmm, bagus juga ye kalau aku buat entri pasal buat baik berpada-pada ni...ada byk citer...tq not, idea dh dtg, tungguuuuuu....
Amboiiiii cikgu ni ado je idea. Hah apa lagi karang jangan tak karang. Boleh buat citer novel ni kisah hidup kita semua. hehehehe
Post a Comment