Total Pageviews

Monday, October 17, 2011

.........................tak terucap!

Ahad petang, dalam kesuraman suasana hari itu seperti suramnya hati kami, awan yg mendung seolah-olah memerli dan angin sepoi2 bertiup malas..................mama dan abang bersiar sekejap di Tasik Air Keroh, sambil melihat keriangan sekawan bangau 'flamingo' di dalam tasik.  Di situ, kami duduk sebentar di tengah keriuhan kanak2 bermain di taman permainan berdekatan. Abang sekali lagi meluahkan rasa kecewanya, rasa kesal bercampur sedih......mama tak mampu buat apa2.  hanya sekadar mampu memujuk agar abang tetap mengutamakan tanggungjawabnya sebagai anak dan melupakan sebentar perihal hati yang terluka itu.  Mama faham hati abang pedih, jiwa abang luka....dan ia mengambil masa yang lama untuk pulih.  Kata abang, dia tak akan rasa begitu kecewa kalau abah cuma marahkan dia, tetapi bila abah halau dia keluar dari rumah , memang abang amat sedih.  Abang bercerita tentang mimpi2 buruknya yg mungkin hanya mainan tidur atau mungkin juga kerana abang terlalu memikirkan tentang siapa dirinya dimata abah.

Sempat juga kami berccerita tentang rumah...............abang kata, kami tak perlu menaruh harapan apa2.  Abah mungkin sudah lupa bahawa sewaktu dia bersedih selepas kematian mak, abah pernah meminta kami tinggal di rumahnya itu yg katanya akan jadi milik kami.  Tapi......... betul kata abang.  Apa hak kami untuk menaruh harapan. Kami pun dah ada rumah.  Tanah? Pun mama ada. Insyaallah, kalau abah halau kami sekali lagi, kami tidak akan merempat atau menumpang rumah orang lain.  Tentang rumah idaman kami itu, kata abang biarlah dulu.  Kalau ada umur, ada rezeki, akan terbina juga rumah itu...mungkin lepas kami pencen nanti. Buat masa ini, abang kata abang akan 'renovate' rumah sedia ada   Sesekali, bila kami balik, akan terhibur juga hati  kalau rumah kami cantik sikit.  Kadang2, mama terfikir juga.  Kedatangan surat tawaran dari Bahagian Perumahan itu seolah2 suatu 'sign'. Satu petunjuk supaya kami buat juga dan jadilah mama ini tukang jahit yg mengoyakkan kain. 

Banyak yang abang luahkan hari itu.  Mama cuba tahan air mata daripada tumpah lagi.....melihat mata abang merah, mama tak sampai hati..............

Abah. yang mama perhatikan kebelakangan ini cuba sedaya mungkin untuk mangambil hati kami semula.  Mungkin abah dah sedar, mama 'menantu hantu' ini kebal..........muka tak malu, dah kena halau pun tak reti2 nak keluar!  Sebenarnya, mama pun lemah juga.  Hati mama berbelah-bagi.  Mama hanya cuba berlakon, cuba buat apa yang mak cik pah pesan.  Setiap kali selepas solat, mama bacakan fatihah untuk abah dan untuk abang sekali.  Apabila mama menadah tangan, mama minta sungguh2 dari Allah.  Mama tak sedar kadang2 mama tersedu2, sayu sangat.  Abang pun mama tengok kerap bangun malam dan buat solat sunat.  Kemudian mama lihat abang tunduk, lama sekali berdoa.  Ini mungkin antara hikmah kejadian itu.  Kami semakin dekat dan 'mesra' dgn Tuhan.....

Sejak peristiwa itu juga, abang lebih terbuka untuk bercerita apa saja dengan mama.  Mama cuba jadi pendengar yg setia, cuba jadi kaunselor walaupun tak sebijak Ustazah Nor Bahiyah!  Kami keluar hampir setiap hari dan kadang2 rasa macam baru bercinta semula.......entahlah.  Keadaan nampaknya sudah semakin pulih. Semalam, abah dah mula bertanyakan mama tentang anak2 dan abang apabila mereka balik ke rumah taman sehingga lepas isya'. Syukurlah.....Semoga abah akan belajar mengawal marahnya.  Buat abang, mama cuma mampu berkata dalam hati........mama tak mahu abang rasa keseorangan tatkala konflik melanda.  Mama akan cuba bantu abang, mama akan cuba menyokong abang dan semoga Tuhan permudahkan urusan kita...semoga kasih kita semakin utuh walau dilanda badai......


Abah...................kami perlukan sokongan abah juga.  Walau siapa pun kami dimata abah, kami harap abah tidak akan membuang kami lagi.  Selama tiga bulan ini, mama dah letih menangis.........mama harap selepas ni tiada lagi konflik antara kami......dengarlah rintihan kami, abah......


AIR MATA KASIH
BERLINANGAN, BERLINANGAN SELALU
SEBAGAI HUJAN YANG MENITIS
MENYIRAM KALBUKU
HIDUP DALAM SENGSARA
TAK SEORANG PUN TAHU
HIDUP DALAM SENGSARA 
TIDAK SORANG PUN TAHU

AIR MATA KASIH 
BERLINANGAN, BERLINANGAN SELALU....




2 comments:

notie said...

Semuga kalian sekeluarga tetap tabah menghadapi ujian dan dugaan.

Dan semuga keutuhan ikatan kekeluargaanmu tetap kuat bagaikan konkrit yang teguh berdiri walau badai sekuat tsunami melanda namun ianya kan tetap gagah menentang apa jua dugaan yang datang. AMIN

mama aini said...

amin.............aku juga doakan kebahagiaan dunia dan akhirat buat kau dan semua individu yg selama ini amat bermakna dlm hidupku...