Total Pageviews

Sunday, October 2, 2011

Mamai?

Khamis 29 Sept. 5.30 pm -  Abah duduk di atas kerusi malas di beranda.  Dia nampak letih dan termenung sentiasa.  Abang [suami mama] datang kepadanya.  Abah mengadu yang dia keletihan dan tidak sihat.  Bahagian ari-ari dan alat sulit abah bengkak.   Mungkin tanda-tanda hernia [angin pasang] sebab abah pernah mengidapnya sebelum ini.  Abang bawa abah ke hospital berdekatan.  Tugas mengambil Yasin di sekolah agama petang itu secara automatiknya berpindah kepada mama.

Dua jam kemudian, abah dan abang pulang.  Pembantu perubatan Hospital Jasin mencadangkan abah ditahan di Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.  Selepas solat Magrib dan makan malam, abang hantar abah.  Mama dan anak-anak tinggal di rumah.  Yah pulak nampak sugul seolah-olah tahu keresahan di hati kami.

Abang balik lewat malam itu.  Mama tunggu abang balik sambil membuat sedikit kerja2 sekolah.

Jumaat 30 Sept.5.30 am - Habib dan Yasin sepakat tak nak ke sekolah hari ini.  Mama izinkan kerana kebetulan ramai guru subjek mereka yang tidak ada di sekolah kerana berkursus dan sebagainya.  Bolehlah mereka temankan Yah di rumah sementara menunggu Ana datang.  Tambahan pula, mama juga terpaksa ke SK Air Keroh lagi sehingga petang. Yah masih lena tidur, jadi mama terus ke dapur seperti biasa.  Mama masak ayam cili api dan mee goreng basah.

Selesai memasak, mama lihat abang kebingungan.  Dia asyik bertanya soalan yg sama berulang kali.  Abang seolah lupa semua perkara yang berlaku semalam.  Mama jadi panik.  Apahal abang ni?  Abang kata dia lupa.......dia mamai. Mamai? Setau mama mamai tak lah seteruk itu.  Mujur dia masih ingat mama ni siapa.  Tak sedap hati, mama tak benarkan abang bekerja.  Ambik mc je.  Tapi abang kata dia ok.

Jam dah 7.15 am.  Belum pernah mama selewat itu.  Biasany diaa jam 7.00 am Ina dah sampai ke sekolah. Mama hantar Ina ke sekolah dan patah balik ke Air Keroh.  Oleh sebab masih tak sedap hati, mama singgah di rumah tapi mama berhenti di luar pagar saja.  Kemudian mama call abang.  Abang kata dia ok, so mama teruskan perjalanan.

Baru sampai di Bkt Katil, Cah call.  Katanya risau tengok abang.  Abang tak tentu arah, berjalan ke hulu ke hilir macam orang sasau.  Cah juga jadi sasaran abang menanyakan soalan yg sama berulang kali.  Mama pesan pd Cah, jangan benarkan abang keluar rumah.  Biarlah abang cuti dan berehat.  Mama akan telefon abang sekerap yg mungkin.

Jam 5.00 pm, mama balik.  Lega tengok abang dah ceria semula.  Mama ajak abang jalan2 keliling kampung.  Kemudian teman abang jemput Yasin di sekolah agama. Dalam kereta, mama beri abang kata2 semangat.  Mama tak mau abang 'lost'.  Mungkin abang terlalu stress.  Abang bukan macam mama yg kerap meluahkan perasaan di blog. Di sekolah, mama ada Maznah dan Marhaini yg selalu beri motivasi.  Lelaki jarang ada kawan rapat yg boleh berkongsi suka dan duka.  Abang juga jarang mau meluah rasa kpd mama.  Itulah lelaki.  Ego.  Mereka tak mau berkongsi masalah kerana tak mau rasa lemah.  Mama kata, mulai hari ini abang kena cerita segala masalah dan luahkan semua rasa stress kpd mama 'sementara mama masih ada'.  Mata abang merah.  Melihat itu, mama tahu telahan mama tepat.  Abang memang stress sejak mak meninggal.  Abang rasa tanggungjawabnya terlalu besar.  Abang stress setiap kali melihat Yah mengamuk.  Pernah abang fikir macam mana kalau abah tak ada, dan tiba2 betul2 abah tak ada sbb masuk wad.  Mama kata, mama masih ada utk bantu abang, jadi abang tak perlu risau.  Mama juga mau kami selalu keluar bila ada peluang.  Sekurang2nya reda sikit stress abang.

Jam 6.00 pm, abang ke hospital jengah abah.  Doktor benarkan abah keluar.  Dengarnya abah bukan kena angin pasang, tapi batu karang.  Doktor akan call abah utk dtg scan.  Oleh sbb abah dah boleh keluar, abang kena uruskan dan lambatlah akan sampai ke rumah.  Ina dan Yasin ada program solat hajat di sekolah masing2.  Mama pujuk kedua-duanya supaya kita buat saja solat hajat di rumah satu keluarga.  Doakan abah dan abang sekali.  Mujur keduanya setuju walaupun mama tau mereka kecewa dan hampa. Kesian anak2 mama.

Sabtu 1 Sept. - Abah muntah2.  Abang ajak ke hospital semula tapi abah menolak.  Petang tu sbb dah banyak kali muntah dan pitam, abah kami hantar ke hospital semula.  Perut abah masuk angin.  Tiga jam kemudian, abah balik selepas kena drip 1 botol air.

Ahad 2 Sept. - Melihat abah sihat, mama dan abang keluar ke Kota Mas.  Saja jalan2.  Abang setuju dgn pendapat mama bahawa kami berdua perlukan privacy.  Mama harap lepas ni abang tak akan mamai lagi.  Tak dapat mama bayangkan macam mana kalau abang mamai dan 'lost'.  Nauzubillah...

2 comments:

Nor Khanifah Anee said...

Betul tu Aini...ko kena bantu abang ko tu....Aku rasa dia memang under stress!Ko kena rajin layan dia supaya dia x pikir masaalah2 dia tu....Dia punya byk. masalah tapi x di luahkan...sebab tu jadi mcm. tu....memang dia x de sesiapa nak diluahkan...jadi kolah yg. sentiasa ada utk.. bantu dia...walau aku tahu ko pun ada masalah tersendiri...tapi ko masih ada kawan2 dan keluarga ko yg. lain utk. diluahkan!Sekali2 tu ajaklah gi tpt. rekreasi bersama2 anak2 ko...aku rasa dia rindukan itu semua...
Tentang ayah ko tu...make sure ko suruh minum air byk2...kadang2 org. tua ni kurang minum...sebab tu jadi mcm. tu....ko blendkan air tembikai ke....dan kalau rajin selalu buat rebusan air barli dicampur gula batu....
moga ko sentiasa ceria....

mama aini said...

hmm...teima kasih norkh..alhamdulillah laki aku dah ok..aku selalu temankan dia gi mana2..dulu dia ke pasar sorang, skrg aku ikut sekali...kalau ada masa terluang mmg aku ajak dia jalan2..pagi2 hujung minggu aku ajak dia jogging kat taman aku...jumpa kwn2 setaman rasa lega sikit dada...terima kasih juga psl petua ko tu...skrg aku buatkan dia sup lobak putih dan air barli mcm ko ckp tu...tp tak bubuh gula sbb dia ada kencing manis...bila aku bincang ngn kwn2, ada yg kata mungkin FIL sku ni merana sejak mak MIL aku tak ada....dia pun mcm laki aku juga,tak nak cerita masalah dia...selalu tengok dia menung je...kdg2 aku ajak dia berbual jgk...masa baru2 MIL aku meninggal dulu pun dia mintk aku bagi motivasi kat dia....nasihatkan dia mcm mana nak lupakan MIL tu...tp apalah daya aku lg...aku dah cuba dah usaha....ini berkaitan psikologi jgk aku rasa.....kdg2 anak2 tak fhm kesunyian mak bpk diorang....FIL aku cuma ada aku ngn suami n anak2 aku je....anak2 lain balik sesekali, sekejap2...tak adala peluang org tua tu nak mengadu hal...insyaallah aku akan cuba 'ubatkan' FIL aku n laki aku sekali..mungkin try mintak2 air kat Darulsyifa'...kebetulan aku ada kwn kat sana....