Total Pageviews

Saturday, October 15, 2011

DILEMA ....

sejak peristiwa rabu lepas, anak2 mama mcm tak selesa di rumah atuk mereka. Pantang ada peluang, mereka mesti ajak mama balik. Khamis n Jumaat lepas sekolah, mama terus hantar diorang balik ke rumah kami.  Malam baru abang bawak diorang balik rumah abah.  Abang pun mcm tu...sejak rabu lepas, abang balik waktu mlm je. Makan pun kat rumah kami.  Mama masak kat rumah abah dan tapau utk abang dan anak2.

Sejak peristiwa itu juga, abang dan ani banyak bercerita tentang zaman kecil mereka dulu.  Kesian aruah mak.  Semoga mak berada dlm limpah rahmat Allah di sana kerana kesabarannya selama ini.

Mama baru je beriya-iya nak kemaskan halaman rumah dan kebun kecil di belakang rumah abah.  Kini semuanya dah tinggal angan2 je.....mama jadi takut nak buat apa2, takut abah marah lg.  Salah satu sikap abah ialah dia tak suka kita ubah apa2.  Baik dlm rumah atau di luar rumah.  Ani pun ckp perkara yg sama.  Macam mana kami nak selesa kalau tak boleh buat apa2 ikut citarasa kami...pertama, ruang tamu.....dulu ruang tamu ni cuma ada set sofa shaja. Kemudian abang belikan meja belajar utk anak2 kami dan juga rak buku.  Terkini, meja tulis tambahan.  Memang agak sesak ruang tamu jadinya, tapi kami tiada pilihan.  Anak2 nak belajar, nak exam, kenalah selesa sikit meja belajar mereka.  Rabu tu abah tukarkan kerusi di meja belajar anak2 dgn kerusi lama.  Abang tukarkan semula sbb kerusi lama tu dah goyang, tinggi, tentu tak selesa utk anak2 duduk. Mungkin itu salah satu sbb abah marahkan dia.

mama pulak dah banyak buat perubahan dlm rumah, terutama bahagian dapur.  Mana2 botol bekas lama bahan memasak seperti garam, dsb dah mama tukarkan dgn botol baru.  Pnggan mangkuk kaca yg sompek dan pinggan mangkuk melamine yg dah hitam berkarat mama dah bungkus letak dlm stor.  Mama tukar dgn yg baru jugak.  Mula2 tu bila mama dah letak dlm stor, esok harinya pasti benda2 tu ada balik di dapur.  Jadi, mama bungkuslah dan letak balik dlm stor.  Botol plastik bekas minuman yg bersepah di meja makan pun mama buangkan.  Itu pun satu sbb jg kot.  Mama bukan saja2 tukar.  Semua tu mmg dah patut kena tukar pun.  Mama belikan yg baru, bukan keluarkan yg dlm kabinet dapur pun.  Pasu2  bunga pun mama ada ubah jgk....rupanya tak boleh.  Mana ku tahu......

Sekarang ni, mama dlm dilema.  Abah macam nak ambik hati kami semula.  Abang pulak masih dgn rasa kecewanya.  Dah puas mama pujuk tapi hati abang dah beku...mungkin abang perlukan masa....yelah, siapa yg tak kecewa kalau niat murni kita tak dihargai.....pengorbanan dipandang sepi....dalam masa yg sama Bhagian Pinjaman Perumahan hantar surat kedua.   Mama kena jwb surat tu samada setuju atau tidak.  Abang serahkan kpd mama utk buat keputusan.  Kalau mama setuju, tercapailah impian kami nak memiliki rumah banglo walau tak besar mana.

Kalau ikut pesan mak cik pah, mama juga kena main peranan penting...mcm tukang jahit yg jahit kain koyak...bukan semakin koyak kain tersebut. Kalau mama buat jg rumah tu seolah-olah koyak dikain bertambah besar...maknanya kami akan tinggalkn rumah ni, abah dan yah....Nak ditolak, takut nanti menyesal tak sudah......serba salah dibuatnya.  

Abah kena lah buka mata dan minda dia juga.....mama, menantu 'hantu' dia ni pulak yg 'overtime' kat rumah ni.....hmmm...moga dipermudahkan Allah....dalam dilema, dalam kemelut, dalam konflik, mama teringat lagu Gaya Zakri yg popular dulu2....tak ingatla pulak tajuk lagunya....jom nyanyi....

EMBUN DIHUJUNGNYA DAUN
MENITIS LALU BERDERAI
JATUH KE BUMI HILANG
YANG TINGGAL HANYA KENANGAN

DAUN DIPOHON NAN RIMBUN
BERGUGURAN BERJATUHAN
TAK KUASA MENAHAN 
SELAIN DARIMU TUHAN

AKU SEDAR HIDUP INSAN
KAN SAMPAI JUA KE HUJUNGNYA
BAGAI EMBUN BAGAI DAUN2

AKU SEDAR DAN BERJANJI
KAN MENCURAH BAKTI SUCI MURNI
SEBELUM MENGATUR LANGKAH
YANG TERAKHIR.......

hmmmm...kalau ikut lagu ni, mama ni kekal lah jadi tukang jahit kain yg koyak ....................... ........................tolonggggg....helpppp......bantuan.......apa patut mama buat?

2 comments:

notie said...

Aduhaiiii di telan mati mak di luah mati bapak..hish kalau aku pun pun pening layan org lelaki yg egonya tak abis2 ni. Baik bapa dan anak kena lah tolak ansur ni menantu yang kena ansur pulak da. kalau ko ikut rentak laki ko mcm ko ni menantu jahat tapi kalau bior laki ko sorang kat rumah amcam isteri tak dgr cakap...hish susah ni beb. Aku pun tak tahu macamana nak setel kan.

Pasal pinjaman perumahan tu ko buat solat istiharah je samada nak teruskan atau tidak. Biar tuhan yang tentukan kehidupan kita bagaimana sudahnya. Hanya DIA yang lebeh mengetahui....

Dari sehari ke sehari aku tenguk kehidupan ko semakin rumit melayan kerenah FIL ko. Kesian juga dengan kehidupan keluarga ko yang dah tak macam dulu. Aku yang hanya memandang pun dah pening apalagi ko yang menghadapinya.

Takpe lah kita layan le lagu gaya zakri tu .....layan jgn tak layan zazzzz

mama aini said...

tak apa notie....laki aku tu hati dia lembut...dia cakap je, tapi hati dia lain....masih juga boleh dgr nasihat bini dia ni...jaga abah dia ....walaupun dia tahu dan aku pun tahu hatinya dah terluka..dalam sangat.........lambat nak pulih..aku masih dlm proses memujuk hati dia supaya dia reda....