Total Pageviews

Tuesday, October 22, 2013

Duhai ustazah......

 

Sedih, geram, marah pun ada.  Ni lebih kurang macam sambungan entri lepas, kerana mulut....entah kenapa setiap berlaku peristiwa 'terkucil' ke tersinggung ke mesti melibatkan insan2 ustazah ni...mulut diorang tak de insuran langsung.  cakap main sedap mulut je...kat sekolah mama ni ada tujuh ustazah dan tiga ustaz.  Ustaz2 ni ok lagi....kira sesuailah dgn title ustaz tu.... tang ustazah yg seramai tujuh orang ni.........hmmmm.  Rasanya cuma ada seorang je yg betul2 ustazah.  Sejuk hati selalu dgn ustazah sorang ni, penampilannya, senyumnya, tutur katanya..semua boleh jadi contoh.  Tapi malangnya dia ni tak berapa disukai oleh rakan2 ustazahnya.  Kata mereka dia ni lembabla, poyo la... blur la....maklumlah dia tak laser tak popular mulut macam diorang. 
 
Kadang2 ,mama rasa bertanggungjawab utk menasihatkan mereka ni, tapi masih tak mampu lagi nak buat begitu..yelah, siapalah mama ni....cuma cikgu senior je kat sini...diorang tu dah macam adik2  dan anak2 mama je, muda2 belaka.  Rasa tak sesuai pulak seorang guru biasa nak menasihatkan para ustazah.

Pagi tadi seorang kawan sebaya mama [seniorla tu], dah tersinggung beno dgn dua ustazah ni... mulut macam bertih goreng, macam murai cabut ekor, selamba je nak kutuk kakak sorang ni.... hai, sudah2 la tu ustazah oi...

Tetiba mama teringat peristiwa tahun 1992 dulu sewaktu mama di Tg Sedili.  Ada seorang ustazah yg melahirkan anak luar nikah di tandas rumah sewanya.  Dia tinggal dgn kawan2 dan rumah sewa mama pulak selang dua pintu je.  Waktu tu anak sulung mama baru dua bulan..  Waktu kejadian lebih kurang jam 4 pagi..  Dia sakit perut, kemudian lahirkan anak dlm bilik air.  Lepas tu, boleh pulak jalan ke bilik kawan2 dan ketuk pintu bilik diorang.  Terkejut beruk kawan2 serumah.  Baby dia terbaring senyap atas lantai bilik air. 

Salah seorang kawan dia berlari ke rumah kak yah, sebelah rumah mama tu.  Kak Yah ni baby-sitter anak mama.  Kak Yah dalam panic tu sempat capai baju baby dan lampin anak mama yg ada kat rumah dia.  Seorang lagi kawan bergegas ke klinik seberang jalan.  Jam 5 pagi riuh kawasan tu dgn bunyi ambulan dan macam2 lagila kekecohan.  Ceritanya sepanjang berada di hospital, si ustazah ni tak malu2 langsung, offer anak dia kat orang2 yg dtg ke hospital.  Akhirnya adik kak Yah yang ambik budak tu.  Sekarang budak tu belajar di UITM Perlis.  Kesian kat budak tu yg tak berdosa pun.  Kami satu sekolah menanggung malu.  Maklumlah kampong, sekejapan saja cerita pasal tu tersebar.

Itulah kenangan paling pahit yg tak mungkin mama lupakan sepanjang karier mama.  Teringat dan terbayang lagi wajah selamba ustazah tadi.  Ramai yg menyalahkan kawan2 serumah dia termasuk org2 kampong.  Masalahnya kawan2 serumah tak tau pun dia mengandung.  Maklumlah dia ni aktif semacam.  Sehari sebelum tu main bola jarring lagi.  Dah tu kalau kat ruang tamu tengok tv pun dia meniarap.  Tiap bulan dia cuti sembahyang sama macam kawan2 lain.  Mana orang nak sangka dia ada baby!

Masa kat Muar lak, ada seorang ustazah ni yg suka bermake-up tebal.  Bibir sentiasa merah menyala.  Perangai pun gedik bila bercakap dgn guru2 lelaki.  Yg paling tak sangka tu bila terjumpa dia kat luar, dia tak bertudung pun.  Rupanya dia jadi ustazah atas permintaan ibunya.  Ikutkan hati dia, dia nak jadi mak andam.

Mama bukan nak buruk2kan golongan ustazah ni.  Jauh sekali nak tuduh diorang jahil dan sebagainya.  Tapi kalau dah ada title ustazah, sepatutnya pandaila bawa diri.  Tunjuk contoh yg baik, barulah orang hormat kat kita dan umat Islam.  Macam mana orang bukan Islam nak hormat kita dan agama kita kalau kita sendiri tak tunjukkan akhlak yg baik.  Kadang2 mama malu juga dgn seorang cikgu India kat sekolah ni sebab dia selalu juga meluahkan rasa yg sama.  Malu sebab dia bukan Islam.  Dan ada seorang lagi cikgu dari Sarawak yg beragama Kritian. Selalu juga kutuk ustazah2 ni kat dlm facebook lagi.  Sebab dia dah sakit hati la tu...pernah seorang ustazah marah2 kat dia sebab satu hal yg remeh je..tapi marah sampai satu bilik guru boleh dengar.   MashaAllah.....

Mama tak naklah cerita panjang lebar pasal ni.  Bukan semua golongan bergelar ustazah yg berperangai tak serupa ustazah.  Ada ramai lagi yg bagus2.

Moral of the story:  sentiasa muhasabah diri dan berpegang kpd sunnah dan alquran.

2 comments:

notie said...

Ya Allah mengucap panjang aku baca yang ustazah mengandung anak luar nikah. Ini maknanya dia mengajar tapi ajarannya tidak di praktikkan untuk diri sendiri. Ajaran agama tahu tapi tidak memahami. Sedihkan.

Kadang tak tahu mana silapnya. Adakah ibu bapa kurang beri didikan, adakan dia sendiri tak reti fikir adakah orang sekeliling mempengaruhinya. Tapi sebenarnya diri sendiri lah yang kan menentukan hala tuju kita nak jadi apa kan? Ya lah didikan ibu dan bapa sebagai pedoman. Pelajaran di sekolah sebagai mengisi ilmu di dada. Lepas tu setelah menerima didikan keluarga dan ajaran di sekolah terpulang pada diri sendiri kita nak menjadi apa. Adakah nak merosakn diri atau nak menjadi orang berguna.

Sedih kan sebab kadang-kadang mereka bukannya tiada agama tapi perangai serupa orang tak ada agama je. Apa yang menjadi kesalahan lagi sedap mereka lakukan sampaikan hilang perasaan malu dan takut pada Allah. Janji hati mereka puas walaupun sebenarnya mereka memperbodohkan diri sendiri. Ini ke ustazah yang nak mendidik anak muridnya supaya berkelakuan baik jika diri sendiri tidak berkelakuan baik. Hish hish Sabor jelah banyak2 dengan species manusia macam tu.

mama aini said...

itulah not reality masa kini... gelaran mulia tu kdg2 tak sesuai dgn penyandangnya,,mungkin sebab diorang ni terpaksa je jadi ustazah sebab tak de pilihan lain..kita doakan jelah semoga diorang cepat dapat hidayah, cepat tersedar dari keselesaan gelaran tu.. diorang mungkin fikir, bila dah ada title ustazah tu, diorang la yg betul, org lain semua salah.. tak tawaddhuk langsung.. kalau dari segi penampilan pun rata2 tak menunujukkan diri tu sebagai usatazah....org lain pulak yg kdg2 murid2 panggil ustazah sebab penampilan muslimahnya..