Total Pageviews

Tuesday, October 8, 2013

Masih ada lagi kah?



Sedihnya dengar cerita abang tentang anak muridnya.   Ada sorang student tu baru form 2.  Budak tu baik sangat, lurus orgnya.  Tiap2 hari dia akan balik lambat sebab nak kemaskan kelas.  Dia kemas kelasnya sorang diri je.  Kawan2 semua dah lama lesap, langsung tak de rasa tanggungjawab utk bersihkan kelas sendiri.  Budak ni ketua kelas, so nak selamatkan kawan2 dan kelasnya dari kena denda, setiap hari dia akan kemaskan kelas, naikkan kerusi seorang diri. 

Baru2 ni abang selalu ternampak budak tu berbasikal ke pekan Bemban jam 6 ptg.  Pagi tadi abg  panggil dia dan tanya kenapa selalu ke Bemban ptg2 hari.  Berbasikal dari rumahnya yg sejauh lebih kurang 6km.  Katanya, dia bekerja di medan selera.  Dari jam 6 hingga 3 pagi.  Ayahnya akan tunggu di simpang masuk ke kgnya jam 3 pagi setiap hari utk kutip duit dr dia.  Setiap hari dia dpt upah rm20, dan upah kerjanya tu dia akan serah bulat2 kpd sibapak.  Dia ni anak sulong dari emak nombor tiga.  Kisahnya bapak dia kawin 4.  Tapi pandai2la anak2 dan bini2 cari duit.  Bapak durjana betul.  Maaflah, bahasa mama kasar sikit tapi geram sungguhla kat bapak dia ni...pandai berbini dan pandai beranak tp tanggungjwab zero!  Dah tu suruh anak kerja , ambik pulak duit sianak tanpa rasa bersalah. Mama kesian kat budak tu, baru 14 th tapi dah terbeban dgn dugaan hidup ciptaan sibapak.  Sibapak bukan uzur ke tua sgt pun, tapi pemalas nak mampus.  Ada org2 kebajikan offer kerja tapi dia tolak bulat2 atas alasan suka buat kerja sendiri, tak nak terikat dgn bos.  Apa kerjanya/  Memancing, memikat burung dan memikat anak dara org kot...tu yg kawin 4 tu.

Mama selalu tertanya2 masih ada lagikah org2 macam ni dlm zaman millennium ni.....Tu budak sekolah abg, bdk2 sekolah mama pun ada juga yg ada nasib lebih kurang sama.  Empat tahun lepas ada sorang budak pempuan drjh 6 [Farah] yg benci betul kat bapak dia.  Dia cukup marah kalau cikgu tanya pasal bapak dia.  Budak ni bijak, setiap kali ada apa2 bayaran yg diminta oleh pihak sekolah, dia akan bayar guna duit tabungnya.  Adik2 ramai, ada enam org.  Ayah kawin 3.  Ayah tak de kerja tetap, tapi mampu pulak kawin pensyarah kolej [bini ke 3] yg skrg ada kat Seremban.  Isteri pertama tak kerja, anak2 dah besar.  Isteri kedua [ibu Farah] ada gerai makan kat kg.  Setiap hari anak2 isteri pertama akan dtg ke gerai mak kedua mintak duit.  Kalau tak dpt mcm2 makian yg mak kedua dpt. dr anak2 tirinya.  Tak cukup maki emak tiri, adik2 tiri pulak dibuli mereka.

 Farah memang tertekan.  Nmpak sgt yg dia benci kat bapak dia.  Bayangkan budak 12 tahun boleh kutuk bapak sendiri, katanya bapak dia gatal, pandai berbini dan buat anak je....  Katanya dia tak nak belajar tinggi, habis sekolah menengah nak terus kerja.  Dia kesian kat mak dia tapi kdg2 marah kat mak dia yg katanya bodoh sebab ikut cakap bapak dan abang2 tirinya tu.  Mungkin bini pertama marah bila suaminya kawin dgn bini kedua.  Tu yg dia ajar anak2 suruh buli bini kedua dan anak2. Adik2 Farah semuanya cerdik.  Tapi diorang selalu tak berduit pergi ke sekolah.  Ada sorang adik perempuannya yg selalu kena tangkap dan kena tindakan disiplin sebab selalu mencuri. Bukan setakat mencuri di sekolah, di kedai dan shopping kompleks pun pernah.   Kesian, umur setahun jagung dah terjebak dlm aktiviti kurang sihat berpunca dari rasa kebencian kpd ayah sendiri.

*moral of the story:  masih ada lagi kes2 mcm ni yg kita tak tau... kesian, di zaman serba maju ni ada lagi manusia2 berhati kebal yg sgt 'tabah' dan 'sabar' berkawin banyak ......tapi ilmu dan tanggungjawab tak ada.  Akibatnya anak2 jugak yg jadi mangsa...





2 comments:

notie said...

Banyak aini bukan hanya kat tempat ko je kat Kl ni melambak org lelaki tahu nak sonang je. Yang aku heran tu macamana lah bini no 3 pensyarah tu boleh tergoda ek.

Masalahnya sekarang terlalu ramai wanita yang berkerjaya besar tetapi tidak kahwin. Jadi bila kena ayat je lelaki macam tu cair lah pompuan. Tapi kesian juga kat mak farahkan. Tersepit dengan salah sebab kahwin laki org menyebabkan dia terpaksa bersabar dengan hinaan dan bulian keluarga isteri pertama.

Ya Allah, aini aku selalu berdoa kalau aku ditemukan jodoh bukanlah lelaki tu hak perempuan lain. Aku tak mahu menyakitkan hati perempuan lain hanya kerana aku nak mencari bahagia.Duda pun takpe yang penting dia tahu tanggungjawab, beragama dan dapat membimbing aku menjadi isteri yang solehah. Amin.

Daripada dapat lelaki(suami) yang hanya tahu menumpang kesenangan isteri baiklah tak payah kahwin hanya mencari susah sahaja. Ya Allah dijauhkanlah aku dari menempuh dugaan seperti itu. Ko doakan aku ya.


mama aini said...

amin..aku sentiasa doakan ko. Noty, lihat saja contoh RABIATUL ADAWIYAH....walaupun tak kahwin, masih lagi tergolong dlm golongan ahli syurga. Itu lebih baik dpd tersiksa jiwa raga...