Total Pageviews

Monday, November 25, 2013

busy nya..................

Lamanya mama tak update ..tak kemas 'rumah' ni...dah sebulan dah...harap2 org tak lupa kat mama....sibuk sikit sejak akhir2 ni....Ina, anak dara mama yg sorang tu ambik SPM tahun ni..mama sibuk sikit menguruskan keperluan dia dan juga hantar dia pergi balik sekolah dan kelas tambahan...

Kemudian kat sekolah pulak mama sibuk uruskan borang2 kemasukan ke asrama penuh [SBP], sekolah kawalan dsb... tengah2 busy tu, kena lak pergi taklimat utk kemasukan ke sekolah agama bantuan kerajan [SABK]....ada sekali lak kena juga pergi taklimat sekolah premier, feeder school and mcm2 lagi lah..semuanya ada kena mengena dgn murid2 tahun 6 yg nak ke tingkatan 1 /2014.  Uruskan borang2 satu hal, nak key=in maklumat satu hal lagi....dah tu bebudak ni ada yg tak htr salinan sijil yg diminta..kena la mama 'kejar' plk mereka... yg htr salinan sijil pulak ada yg 'overload'..kalau ada dua puluh sijil, semuanya dia htr atas meja mama..tak ke pening nak pilih lak sijil2 yg perlu saja...dlm masa yg sama, kena pulak uruskan aktiviti selepas UPSR....ish, pening dibuatnya......
 

Hampir setiap hari bila ada masa free je mama akan duduk di pejabat....online kemasukan tingkatan 1 SABK....handphone mama pun hotline jugalah..sekejap parents, sekejap pejabat call.sekejap GB atau GPK call... .tak senang duduk dibuatnya...

 
Bila result UPSR keluar lak, lagi tambah busy....masa ni la bebudak htr sijil2 dsb....lps semak mama copkan, letak atas meja GB utk pengesahan.....ish, malas la nak citer...

Ni nama je cuti sekolah, tapi hampir setiap hari mama ke sekolah gak... kalau mama tak ke sekolah kejap2 kerani call kata org jabatan call lah, parents call lah...yg directly  call mama  pun ada gak....ish serik jugak bila jadi Penyelaras Penempatan Tingkatan 1 ni....dlm masa yg sama, mama SU peperiksaan dan SU kecemerlangan....analisis keputusan pun nak kena buat, post mortem pun nak kena fikir...cobaannnnn...

hari ni mama dah lega sikit...kerja2 yg dipertanggungjawabkan kat mama pun dah hamper 100% beres...ALHAMDULILLAH, ramai yg sudi nak tolong..

moral of the story: kalau tak nak busy, tak yah buat semua tu...'sub' je kat org lain atau biarlah pentadbir uruskan.................dok jela goyang kaki.....soal tanggungjawab ke dosa ke...tanggung le sendiri.....dan jadilah kita org yg SELFISH, yg IRRESPONSIBLE.............tak elok kan?

Kena ingat selalu: KERJA adalah IBADAH....kerja kena IKHLAS, InsyaAllah.........masyuuk......masyuk pahala le...

2 comments:

notie said...

Wah ina sama dengan anak anifah le ambik SPM. Semuga berjaya. Aku doakan impian ina nak pergi belajar kat luar negara tercapai. Amin.

Biasalah kerja kalau tak sibuk bukan namanya kerja. Insha Allah jika ianya dibuat dengan ikhlas hasilnya anak-anak berjaya tentu ko rasa bangga sangat sebab hasil penat lelah ko mengajar akhirnya anak didikan berjaya. Tu kan alhamdulillah tak sia-sia ko sibuk untuk anak didikan ko. Apa pun mudahan segala ilmu yang diberikan mendapat keberkatan. Ilmu yang ko ajar pahalanya berkekalan selagi anak murid ko berjaya di kemudian hari.

mama aini said...

terima kasih atas doa kau tu...
semoga apa pun pekerjaan kita direstui ALLAH dan sama2 mendapat ganjaran...yelah, setiap pekerjaan ada kepentingannya, ada tujuan baiknya, ada kelebihannya...yg penting kita betul2 bekerja kerana ALLAH