Assalamualaikumwrhmatullah..........
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dulu masa kecik2 tak faham kenapa pulut menyebabkan santan binasa. Haha, dah tua2 gini barule tau...yelah, kalau dah santan tu dikacau ngan pulut, hilang dah nama sisantan..org akan kata itu pulut juga.
Hari ni bukan nak cerita pasal pulut. Tapi pasal mulut. Mulut tu sebaik-baiknya kena selalu servis. Jangan sesedap rasa saja bercakap tanpa mengira perasaan orang. Kan nabi pun kata, diam itu lebih baik dari bercakap. Lagi banyak cakap, silap2 lagi banyak dosa. Kadang2 kita tak perasan kalau kata2 kita tu menyebabkan orang lain berjauh hati. Memangla asalnya tak berniat nak melukakan hati orang, tapi agak2 la kalau nak bercakap. Cakap siang pandang2. Kalau tak pandang silap2 kena penendang..!!
Lagi satu, jauhkanlah diri dari menjadi si mulut tempayan, mulut becok dan mulut murai. Tak pasal2 ramai yg jadi musuh angkara mulut2 tu. MULUT becok atau mulut murai selalunya dilabelkan kepada kaum Hawa kerana fitrah wanita kebanyakannya suka membebel. Ada juga yang jenis berat mulut, sepatah kita bertanya sepatah juga dijawabnya.
Kerana mulut juga badan akan binasa, maruah tergadai dan segala kebaikan musnah dalam sekelip mata. Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia tidak, segala rahsia akan terbongkar dan tersebarlah cerita tidak kira positif atau sebaliknya.
Sesekali elok juga pakai penutup mulut, kurangkan sikit rasa nak bercakap tu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”
Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi hatinya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.
Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya.
Mama bukan apa, geram dgn perangai jiran2 yg mulut tak reti nak tapis ni. Baru2 ni jiran belakang rumah bergaduh dgn jiran berselang dua tiga rumah dari rumahnya. Semuanya gara2 mulut. Yang tak sedapnya, ada pulak yg suka dan bertepuk tangan bila jiran tu bergaduh. Sebab? Kata mereka sebab mereka dah selalu sangat terkena dgn mulut si jran tu. Sekali ada juga yg nak bergaduh dgn dia, barulah bertemu buku dgn ruas. Kalau sebelum ni ada yg sakit hati, rasa nak sumbat2 mulut si jiran, kini dah ada yg berani melawan. Pulak.....
*So, moral of the story, berhati2 dlm berbicara. Fikir dulu sebelum berkata. Berkata2 itu perak, diam itu emas. Lebih baik duduk diam2 dan berzikir, bersihkan hati bersihkan lidah. Pahala pun dapat. Insyaallah.
3 comments:
Pulut cecah dengan santan sedap apa jadi pulut berlemak. hehehe. Tapi takleh banyak2 nanti kolestrol naik.
Memang kalau jumpa makhluk versi Joyah memang rasa kena banyak2 bersabar apa lagi yang jenis suka cari gaduh aduhaiiii boleh perang dunia ke3 dibuatnya.
Aku kalau jumpa org asyik mencecer tak habis2 rasa nak sumbat je mulutnya apa lagi yang kalau asyik je pertikaikan apa juga yang dia perolehi. Tak reti nak bersyukur ke atau asyik dia je nak lebeh hish hish memang sakit jiwa kalau jumpa org macam tu. Aku kalau jumpa memang tak layan lah sebab nanti aku yang sakit. Dia tak apa-apa aku yang dok pening kepala nak layan. Biorlah org kata aku takde teman daripada aku berteman dgn mulut tempayan. Ya Allah dijauhkanlah dapat kawan macam tu. SO far ada 2 - 3 kerat orag macam tu aku jumpa tapi kawan gitu-gitu aje lah takde le rapat sangat.
Malahan ada seorang akak yang birthday dia sama tau dengan aku tapi kami berbeza perangai. Dia suka orang puji dia begini begitu kalau org tak tegur dia, dia yg runsing kenapa org tak tegur.Kiranya suka glemerlah. Manakala aku pulak suka low profile. Memang contrastlah perangai kami berdua walaupun sama date birthday camno tu. hehehehe
Low profile tu tak menunujukkan kita low, tapi lagi low profile lagi high maruah kita sebenarnya. Kat tpt kerja aku ramai juga yg mulut2 laser ni. Kalau diorang tak de, senyap sunyi alam maya. Tapi aku tgk yg mulut laser ni lagi sensitive dr yg pendiam. Bila dia 'sentap' tau pulak sedih n nangis. Yang org lain byk sentap pasal dia tak pe plk.
Lagi satu, diorang ni popular lah. Yelah, selalu bising. Sampai ada lak kwn2 yg kata senang je nak popular, ikut je mcm diorang...hmmm..agaknya kan kalaulah semua org di tpt kerja aku tu laser belaka, apa akan jadi ye...nauzubillah..
Ya lah memang lah popular sebab bila dia melaser je semua orang terpegun mendengar laserannya. Tu le pasal jadi popular padahal kadang jadi popular tak semestinya org suka cuma sebab dia banyak mulut kan lagi satu peramah sebab tu org kenal.
Ala tak popular pun takpa aini, lagi senang kerja kita. Kalau popular ni nanti asyik lah kena buat kerja tapi masalahnya yang jenis popular ni sebenarnya banyak mulut je tapi tang kerja tahunya nak order ja. Terpaksalah yang tak banyak mulut ni yang kena buat kerja2 tu semua. Betul tak?
Post a Comment