Total Pageviews

Sunday, January 22, 2012

syurga untuknya

tengahari tadi, sedang mama berkira-kira ttg apa menu masakan hari ini, mama dikejutkan oleh suara kak mon jiran depan rumah.  kak mon menyampaikan berita kematian cucu kak yah dan abg rosli, jiran blok belakang.  kira2 jam tiga petang mama dan abg ke rumah kak yah....setengah jam kemudian, jenazah bayi sampai....kami sama2 dapat tatap wajah bayi yg baru berusia lima hari itu.....amat comel sekali.....wajahnya tenang seperti org tidur saja.....kesian shikin, menantu kak yah itu..ini anak kedua shikin dgn din, anak kak yah.  anak pertama mereka, nur qaseh baru 4 tahun...

shikin melahirkan bayinya tiga minggu lebih awal kerana ketuban sudah pecah.....anak itu lahir secara pembedahan kerana khabarnya sudah hampir lemas.....kata doktor ada jangkitan kuman di jantung bayi....hari kelima, ia nazak dan darah keluar dari mulut comelnya......
 
gambar hiasan ...comelnya..

kepada kak yah dan shikin, mama ceritaka pengalaman mama kehilangan anak kedua mama 17 tahun dahulu......ia memang amat pedih dan sedih utk dikenang.......Ain Nabihah, anak kedua mama meninggal ketika umurnya 11 bulan 27 hari..............ketika itu Ain baru pandai memapah dan mengagah.....dia demam panas....demamnya berulang selepas dua minggu dan akhirnya meninggal dipangkuan mama ketika kami dlm perjalanan ke klinik.........lama mama 'meroyan' teringatkan dia........di sekolah, mama tak dpt mengajar dgn baik kerana setiap kali terpandang anak2 sekolah, mama teringatkan Ain.......lama jugaklah nak pulih.....sepanjang tempoh itu mama tak pernah sendirian.....abg sentiasa pastikan mama ada teman bercakap......Ain masih menyusu badan, jadi mama demam bengkak susu dan terpaksa makan ubat keringkan susu yg diberi oleh doktor..
pengalaman itu mama ceritakan kpd kak yah.......memandangkan shikin akan dijaga olehnya sepanjang tempoh berpantang........kpd kak yah, mama pesan agar dia tidak biarkan shikin bersendiri tambahan pula dia masih dlm pantang, takut2 terkena gangguan atau kemurungan atau meroyan pulak....
kehilangan anak memang satu perisitwa yg amat meyedihkan bagi mama.....penat dan 'berat' mengandungkannya bagai masih terasa...........shikin dan mama mungkin boleh menerima ketentuan Illahi itu ...mama bisikkan kepadanya supaya dia kuat dan sabar .......kerana Allah tahu kita kuatlah maka Dia berikan ujian itu...anak itu akan menantinya disyurga, Insyaallah...
kehilangan itu mungkin dpt kami terima dgn reda.......anak itu sakit, mungkin kalau Allah panjangkan usianya, kita tak mampu utk menjaganya, mungkin dia cacat, mungkin terencat akal macam yah dan macam2 mungkin lagi....

TAPI, bagaimana ye kalau nak kita sihat, segar bugar ketika kita tinggalkan di rumah atau pusat asuhan, kemudian kita dikhabarkan anak kita itu telah pergi? tanpa kehadiran kita disisi saat2 terakhirnya?mesti kita akan rasa amat terkilan.......sejak akhir2 ini, kerap sekali kita terdengar berita kematian bayi di pusat asuhan...seperti yg baru berlaku baru2 ini, dua bayi sekaligus hanya berselang 10 minit sahaja ......pasti ibubapa kedua bayi tersebut amat sedih......kerana kematian anak mereka yg boleh dikategorikan sebagai mati mengejut.....hanya kerana tersedak susu........cuai sangatkah pengasuh anak itu? mungkin terlalu memikirkan keuntungan semata-mata, maka anak2 di pusat asuhan tersebut dijaga secara ala kadar saja....

*keratan Berita Harian
KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam. KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.
Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.
“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.
“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.
Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.
“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian.


*kepada ibubapa kedua-dua bayi tersebut, mama ucapkan salam takziah.......Allah maha mengetahui ........anak2 itu menanti anda disyurga........

No comments: