Total Pageviews

Sunday, January 8, 2012

kisah org kita

Bermulanya penggal persekolahan bererti bermulalah hari2 yg sibuk buat mama sekeluarga......setiap hari terpaksa balik ke rumah lewat petang kerana berbagai urusan yg berkaitan dgn sekolah tentunya.....hari rabu 4 januari dan khamis 5 jan. terpaksa bertugas di kedai buku sekolah sehingga jam 5 petang...letih melayan kerenah ibubapa yg pelbagai....ada seorang ibu yg dtg dgn penuh gaya, bermekap sakan tapi anak2 selekeh habis...baju sekolah pun dah kuning warnanya dek kerana terlalu lusuh....kdg2 anak2nya macam org tak mandi je dtg sekolah....ibu ini setiap tahun sama saja helahnya....datang kat kami lalu berkata tanpa segan silu,"cikgu, hari ni saya dtg ambik dulu buku ye cikgu.  dapat gaji hujung bulan ni saya bayar. Cikgu kira je la semua sekali berapa." kami yg tak sampai hati nipun berilah buku kat anak2 dia yg seramai tiga org kat sekolah ni...dia nak semua sekali termasuk t-shirt sukan dsb.  bila dah kira dekat rm400 jugalah utk tiga org anak.....dia akan beredar dgn janji manis dia tu........sudahnya sampai ke hujung tahun hutang tak bayar! rabu lepas dia buat lagi hal yg sama, cakap dialog yg sama......mama dan rakan setugas merangkap pengerusi kedai buku saling pandang-memandang.  maznah bisik kat mama, beri buku tulis sahaja!  yang lain2 tak payah beri....muktamad. heran jugalah dgn perangai org2 kita ni....walhal anak2 dah dpt bantuan rm100 seorang pemberian kerajaan hujung tahun lepas...mana agaknya duit tu? habis kat mekap mak dia je kot?

ada satu keluarga lagi agak sadis kisahnya.......si-ibu berungkus-lumus bekerja buka kedai makan kecil-kecilan utk menyara enam anak dan kdg2 utk 'menyogok' atau 'menyumbat tembolok' anak2 tirinya....ibu ini isteri kedua....anak2 isteri pertama ada empat org yg dah dewasa dah tak sekolah pun..tapi malas kerja dan selalu dtg kedai mak muda mintak duit..!!! madu dia pun sama ....isteri kedua ni anak2 masih bersekolah....tiga sekolah rendah dan tiga lagi sekolah menengah...nak makan dia anak-beranak pun kdg2 susah......sang suami kaki kelentong..kerjanya tarik kereta...dan tipu sana tipu sini.....bini ketiga pensyarah uitm .....entah apa yg dia kelentong sampaikan pensyarah ni boleh sangkut kat dia....baru2 ini bila anak2 dpt rm100 seorang, sang suami dgn 'gelojohnya' pergi kat isteri kedua mintak semua duit yg anak2 dia dpt...si isteri merayu, katanya itu duit buku anak2.....sang suami jadi baran bila isteri tak beri duit tu....akhirnya dia belasah isteri kedua ni depan anak2......kesian sungguh kami dengar cerita tu....tak berhati perut punya suami......patutlah anak2 dia benci kat dia.....anak sulung isteri kedua ni cukup benci utk sebut nama ayahnya.....anak2 isteri kedua cerdik2 belaka...tapi dek kerana masalah ibubapa, ada antara mereka yg amat nakal di sekolah, selalu kena tangkap sbb mencuri....sayang sekali.....di sekolah boleh juga kami awasi dan nasihatkan mereka..tapi bila balik ke rumah mereka tertekan dan memberontak selalu....

itu cuma sebahagian kecil kisah2 kehidupan org2kita yg dpt mama 'korek' di sekolah...banyak lagi kisah lain yg tragis...selalunya bila anak2 nakal di sekolah kita dapati puncanya adalah dr rumah........banyak kes sbb anak2 ni terbiar.....pergi sekolah mak ayah belum balik kerja [shift malam], balik dari sekolah mak ayah dah pergi kerja......jumpa hujung minggu je.....itupun kdg2 tak jumpa juga kalau mak ayah overtime....hmmm..nampaknya wang adalah segala-galanya...

No comments: