Susahnya nak ikhlas….menonton rancangan Tanyalah Ustazah di
tv9 tempohari yg mana ketika itu ustazah yg mengelolakan rancangan itu ialah Dr
Robiah K.Hamzah, membuatkan mama terfikir sejenak tentang erti ikhlas yg
sebenarnya…
Ikhlas dlm erti kata yg sebenarnya adalah seperti mana yg
diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda
tidak pernah mengungkit dan menceritakan kpd org lain ttg kebaikannya dan tidak
pernah menceritakan aib sesiapa pun..alangkah kerdilnya diri ini dibandingkan
dgn baginda.. kalau kita bercerita ttg kebaikan yg kita buat
bermakna kita tidak ikhlas, bila tidak ikhlas, segala kebaikan itu tiada
ganjaran langsung disisi Allah…..apatah lagi jika menceritakan keaiban org
lain…..walaupun mungkin tujuan kita hanya utk berkongsi rasa , berkongsi
masalah, berkongsi rasa marah dsb…… insaf dan taubat mama sekejap.. dlm hati
ini, tersimpan satu azam utk cuba buat yg terbaik dan jadi seikhlas
mungkin…..INSYAALLAH…semoga Allah izinkan …
Ikhlas ialah : " melaksanakan taat
semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran
dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu
keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."Tingkat-tingkat Ikhlas:
1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai
kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada
pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.
Lawan pada ikhlas ialah RIAK.
Ertinya: Memperlihatkan amal ibadah supaya mencapai keuntungan dunia, baik bersifat kemanfaatan atau menolak kemelaratan atau supaya dimuliakan dan di hormati
“Ikhlas adalah paling
tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak
tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah
penentu samada amalan diterima atau ditolak. Ada para sahabat apabila mendengar
tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak
mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat
sifat ikhlas. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa
yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya
terbatal.”
Contoh-contoh bagaimana yang
dikatakan mengaku ikhlas:Membantu seseorang sambil berkata,”Ambillah, saya
ikhlas…”Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. “Saya tolong awak ini
ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri
dengantandatangan, “Yang ikhlas” “Yang Benar. “Dalam Islam, mengaku baik adalah
salah. Siapa yangmengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang
mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang
berhak mengaku ikhlas, berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima
Allah.
ERTI IKHLAS Murni, bersih, jenis dia sahaja,
tidak bercampurjenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak
bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain,
sudah tidak khalis lagi (tidak pure). Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca
Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar,
semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya
Jadi
perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu, dan
didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur
atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu. Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur
atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah,
glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring
tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala,
hadiah, kerana kawan – maka ia tidak ikhlas atau ikhlas telah ternoda. Dengan
itu boleh jatuh syirik khafi.
Di akhirat nanti Allah menyuruh dia
meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu
kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.Untuk
ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum
atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah,
mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran didepan orang, forum, upacara memberi
hadiah -lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan
terbiar. Jarang diambil kira,selalunya ramai yang terjebak. Khususul Nafs –
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang
menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah
di atas lumpur.
“Sesungguhnya Allah tidak melihat
amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang
mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna
kita masih mempunyai niat lain selain dariAllah.
“Wahai Tuhan, rasanya kami belum
berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan
diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuanMu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami
mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiqMu, ya Allah agar
segala lahir dan batin menujukeredhoaan Mu, ya Allah”
“Ikhlas umpama semut hitam berada di
atas batu hitam dimalam yang gelap. Tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas
kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah.
No comments:
Post a Comment