Total Pageviews

Friday, June 3, 2011

SABAR

Hari ini dlm kuliah magrib, ustaz bercerita ttg erti SABAR.....bahwa erti sabar yg sebenar adalah ketabahan hati, tak takut akan ujian dan dugaan, tahan menanggung derita dalam mempertahankan prinsip dan melaksanakan cita-cita. Mempunyai iman yg teguh demi keselamatan diri dan mencari kebahagiaan mengikut jln yg diredhai ALLAH.
Allah menjanjikan balasan syurga kepada umat-Nya yg bersabar atas kematian org2 yg dikasihi dari kalangan hamba2-Nya yg beriman.
Dari Aisyah r.a; Aisyah pernah bertanya Rasulullah saw ttg penyakit taun. Nabi saw menyatakan bahawa taun itu adalah satu siksa [azab] yg diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya dan dijadikan-Nya rahmat bagi kaum mukmin. Jika seseorg mukmin itu bersabar menanggung kesakitan akibat taun, dan meninggal dunia; maka dia mendapat pahala seperti pahala org yg mati syahid.
Org Islam tidak harus lari dari kematian tetapi tidak pula sengaja mencari kematian. Oleh itu, sekiranya sakit wajiblah bg org Islam mencari penawar dan bersabar serta bertawakal. HARAM bg org Islam meminta mati atau bercita2 utk mati jika ditimpa sakit; tetapi harus berdoa seperti berikut; 'Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu baik bagiku. Matikanlah aku jika mati itu lebih elok utkku."
Maksudnya, sebagai umat-Nya kita janganlah terlalu mudah berputus asa dan mengeluh disebabkan sebarang kesulitan yg menimpa kita. Kerana segala kesukaran, penyakit, kebimbangan, kedukacitaan, kemalangan dan kesedihan atau sekadar duri yg mencucuk jari adalah semata2 ujian dari Allah supaya kita menjadi umat yg lebih baik, kerana segala kesulitan itu adalah ganjaran dr Allah utk menghapuskan dosa2 kita.
Nabi Muhammad saw adalah contoh umat yg paling sabar kerana dlm keadaan kepala baginda berdarah kerana dipukul oleh kaumnya, baginda hanya tersenyum, mengelap darah dikepala sambil berdoa,"Ya Allah, ampunkanlah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Allah beri dugaan kepada setiap hamba-Nya dan setiap detik itu adalah pahala jika hamba-Nya itu redha dan sabar. Sekian.

No comments: