Total Pageviews

Friday, June 17, 2011

cerita kenduri

cuti sekolah dah berlalu. mama macam biasalah, cuti sekolah kadang serupa tak cuti. ada saja program masa cuti seperti kelas tambahan dsb. selain memenuhi tuntutan kerja [kelas tambahan], mama turut menghadiri jemputan2 kenduri yg memangnya amat banyak waktu cuti sekolah yg lalu. setiap sabtu dan ahad. kadang2 sehari tu sampai tiga atau empat rumah. kesian kat perut mama yg kekenyangan. rumah pertama dan kedua biasanya mama akan jamah sedikit. rumah ketiga mama makan sayuran sahaja atau menjamah hidangan sampingan seperti cendol atau bubur pulut hitam. masuk rumah keempat, mama pandang sajalah.

mama tertarik dgn satu majlis kenduri ni. ia rumah kenalan lama mama. mama dapat lihat situasi, suasana kekluargaan yg amat rapat. mereka anak-beranak saling bekerjasama. semua tugas dan acara tersusun rapi, dapat berjalan dengan mudah dan lancar. ini kerana mereka anak-beranak tahu peranan masing2.

hidangan majlis kenduri itu pun amat menyelerakan. ada kerabu mangga, nangka masak kari, keladi masak asam, ayam goreng berempah, daging lembu masak asam pedas, ikan masin, sambal belacan dan ulaman pun ada sama. kuih-muih termasuk tapai juga ada. mama dapat rasakan betapa ukhwah yg ada dlm keluarga ini begitu hebat sekali. walaupun penat, mereka nampak amat gembira menyambut kedatangan tetamu.

walaupun mereka ini sebuah keluarga yg amat sederhana, tetapi mereka gembira dan tidak pula sombong. mereka bijak menghargai orang lain, anak2 menghormati org tua dan saling membantu kepada yg memerlukan. oleh itu, majlis kenduri itu amat meriah. hampir semua org kampung datang menolong di majlis tersebut. tetamu pula dari pelbagai peringkat dan golongan. pendek kata, majlis itu mendapat keberkatan kerana sikap dan budi baik mereka.

No comments: