Total Pageviews

Thursday, February 26, 2015

Susahnya nak istiqamah....


Daripada Abu 'Amru Sufian ibn Abdullah r.a., beliau berkata.
               
                        "Aku bertanya pada Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, ajarkan untukku dalam Islam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu.' Baginda bersabda : 'Ucapkanlah, Aku beriman kepada Allah kemudian engkau beristiqamah.''              
                                                                                                               
-HR. al-Imam Muslim-

Maksud Istiqamah menurut segelintir para ulama :

Ibn al-Qaiyim menegaskan makna istiqamah dengan kata-katanya sendiri. Iaitu berdiri di hadapan Allah dengan sebenar-benar kejujuran dan pelaksanaan. Istiqamah itu berkaitan dengan perkataan, perbuatan, keadaan dan niat.


Walaupun banyak perbezaan pendapat daripada para ulama tentang maksud istiqamah namun semuanya masih tetap sama meluahkan istiqamah itu menyuruh kita melakukan perintah Allah secara konsisten dan berterusan. Ramai yang tertipu apabila mereka berpendapat kuantiti ibadah itu lebih diutamakan Allah berbanding kualiiti ibadah itu sendiri. Bila mana pada awalnya kita sangat bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadah, contohnya dalam sehari nak mengaji 3jam. Sehari dua hari tiga hari, okeylah boleh buat. Tapi bila nak masuk 4 hari terus kita dah rasa bosan dan malas nak buat. Akhirnya terus tinggalkan. Kita tak nak jadi macam tu.


Kita susah nak istiqamah kerana kita susah nak lawan nafsu kita sendiri. Tanpa kita sedari kita sebenarnya takut dengan nafsu sendiri. Benda lagho yang kita selalu buat itu sebenarnya akhlak kita sebab perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi diri kita. Contohnya bila selalunya kita solat lambat. Nak berubah menjadi solat pada awal waktu pada mulanya memang sulit tapi kita cuba juga untuk melawan rasa sulit tu dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk bila azan dah berkumandang. Lepas 3 hari kita dah malas nak solat awal waktu sebab kita fikir solat pada tengah-tengah waktu pon tak apa. Sampailah hari seterusnya kita selalu lewat-lewatkan solat sampai kadang-kadang tertinggal waktu. Dah nak habis waktu solat baru nak terhegeh-hegeh ambil wuduk dan solat. Haih... nilah padah lambat-lambatkan solat. Ibu cakap bila lambatkan waktu solat lama-lama kita jadi malas terus tak nak solat.
Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya:  Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

antara halangan untuk kita beristiqamah adalah seperti berikut :
1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

4.Halangan wang atau kebendaan.

pe yang perlu kita wat :

1. Kuatkan azam

2.  Berusaha dengan   tetap dan bersungguh-   sungguh.

3.  Tidak patah semangat.

4.  Tidak kecewa dan putus asa.

5.  Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

6.  Sentiasa berfikir.

7.  Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

8.   Bertawakal dan bersyukur.

(dipetik dari http://www.al-azim.com)

No comments: