Total Pageviews

Friday, February 13, 2015

SALAM TAKZIAH Tok Guru disemadi, lebih 50,000 hadir

Nor Khanifah Roseihi's photo.

Salam Jumaat buat semua...Hari ini diselubungi kesedihan buat semua atas pemergian insan2 tersayang...Semoga Kita semua redha Dan tabah...Salam takziah buat keluarga TGNA...juga tak lupa buat rakanku Aslina Abd Rahim di atas pemergian suami tercinta.. Al FATIHAH...

#PerginyaTokGuru Al-Fatihah
> Tok Guru disemadi, lebih 50,000 hadir hmtro.com/1vHCrzk
> Hembuskan nafas terakhir depan keluarga hmtro.com/16XNAQl
> Nik Aziz dibawa pulang, tak sedarkan diri hmtro.com/17lYOzn
Kota Bharu: Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, 10.55 pagi tadi. Terdahulu, lebih 20,000 orang menyertai solat jenazah di Masjid Tok Guru pada 9.55 pagi sebelum mereka mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tiba pada 9.45 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir turut menyertai solat jenazah bersama jemaah lain.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Lebih 50,000 orang setia menanti sehingga pengebumian selesai. Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ayahandanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal kira-kira 40 tahun lalu. Turut hadir di tanah perkuburan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia 9.40 malam tadi akibat kanser prostat. Terdahulu, Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 19 Januari lalu. Ketika dibawa pulang, beliau terpaksa diusung menggunakan katil hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen. Anaknya, Nik Mohamad Abduh kemudian mengesahkan Nik Abdul Aziz meninggal dunia di depan ahli keluarga. Beliau meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya itu. Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 11:38 AM « » JENAZAH Nik Abdul Aziz selamat disemadikan 11 pagi tadi. FOTO Khairull Azry Bidin - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30583#sthash.cdN8jVyI.dpuf

No comments: