Total Pageviews

Monday, July 2, 2012

nostalgia 2

 
Lagi cerita nostalgia.  Ini adalah kerusi gunting, tempat aruah bapak menggunting rambut orang2 kampung dan anak2 ...sekarang kerusi gunting ni ada lagi tapi dah tak digunakan untuk 'pelanggan' lagi.  Sebaliknya ia jadi tempat cucu2 aruah bapak bermain.  Seingat mama, anak2 bapak tak pernah bergunting rambut di kedai semasa kecil.  Bila dah merantau barulah bergunting di kedai.  Mak pun ada juga kebolehan menggunting rambut menggunakan mesin atau ketam rambut.  Mak selalu juga guntingkan rambut aruah bapak.  Mama sendiri kali pertama dan terakhir bergunting rambut di kedai adalah pada tahun 1991.  Masa tu baru menikah dengan abang.  Abang kata rambut mama panjang, so dia bawak ke kedai / salun untuk gunting rambut.  Itu pun kat Muar.  Masa tu hari pertama, selepas seminggu menikah dan mama kena ikut abang balik ke Kota Tinggi.  Sementara tunggu bas, selepas beli tiket, mama potong rambut jap.  Selepas tu setiap kali abang tengok rambut mama panjang, dia yang sibuk nak potongkan rambut mama.  Iyalah, kalau masa kecil, mak yg potong rambut mama, bila dah kawin, suami pulak ambil alih.     .  


Habib, menggayakan kerusi gunting peninggalan aruah atuknya.


Ini satu lagi nostalgia.  Basikal tua inilah yang banyak berjasa kepada kami.  Dulu, sewaktu kecil, mak selalu jemput mama balik sekolah dengan basikal ni.  Masa tu darjah satu.  Mak tunggu kat depan kedai mamak Bt 18.  Kadang2 bapak yang jemput dengan motosikal .  Masih ingat lagi nombor platnya BAB 1.  Helmet atas basikal tu adalah helmet pertama aruah bapak.  Bila mama dah masuk darjah tiga, mama sendiri kayuh basikal tua tu ke sekolah.  Dua batu tau, tapi tak terasa jauh pun. Dengan basikal nilah mama membesar, jatuh basikal tu perkara biasa.  Kalau anak2 orang berada sikit kat kampung tu, macam anak Cikgu Sofa, anak Wak Leman, tak ada la ke sekolah kayuh basikal macam ni.  Diorang pakai basikal mini dan basikal Chopper.  Baru nampak ada kelas.  Mama tak merasa pun basikal Chopper sampai habis sekolah rendah.  Masa tu basikal tu cukup mahal harganya bagi orang2 kampung yang susah macam mama ni.  Bila hujung minggu dan cuti sekolah, dengan basikal ni jugak mama ikut mak ke kebun . Menoreh getah.  Balik dari kebun bawak getah sekerap atas basikal ni jugak.  Ha....., budak2 sekarang tak merasa......mau saja mama tanya, " Aku ada, kau ada?"

Basikal ni masih ada lagi kat stor belakang rumah.  Ini saja mama letak kat depan untuk 'shooting'.  hehe..


Yasin jadi model basikal tua.

Bilik air lama........lebih 20 tahun kot.....

Ini bilik air dan tandas [dua pintu] yang dulunya 'tempat terindah' untuk 'mencari ilham'.....sekarang dah terbiar sebab ada bilik air baru kat belakang rumah.  Seingat mama, bilik air ni wujud sejak mama masuk maktab lagi...pernah sekali tu, mama 'melalak' sakan kat dalam bilik air ni......tetiba mama toleh keluar, aruah abang ngah tengah pandang dengan muka masamnya...adus...kantoi...aruah abang ngah memang tak suka adik2 perempuannya terjerit2 menyanyi yang entah apa2....


Pokok2 yang mak tanam keliling bilik air....mak memang rajin..macam2 pokok ada kat laman rumah..sampaikan suatu ketika dulu ada tauke nursery datang beli anak2 pokok yang mak tanam...





.Inilah rumah yang menjadi syurga kami sekeluarga............

2 comments:

notie said...

Wah memori lane nampak. Rumah mak ko masih banyak tak berubah cuma tambahan kat dapur. jadi masih boleh mengimbau kenangan lalu. Rumah mak aku kat dapur tu 2 kali ubah lepas tu depan pulak ubah jadi nak teringat masa bakar kuih,bilik air pakai jaring bila nak buang air kena tenguk2 sebelum sedap je surrrrr (hehehe), panjat tingkap sebab kena sondol kambing emmm tak boleh imagine lagi lah.

Apa pun kenangan itu tetap bersemadi dalam ingatan.

mama aini said...

hehe......nama pun kenangankan. Rumah mak ko makin cantik..kalau dulu rumah kayu. sekarang dah jadi rumah batu, banglo gitu...

bila ko balik dari guangzhou? berapa lama kat sana? seronok tak? ewah, kepoh pulak aku...saja umpang seronok campur sikit2 jeles...hahaha...masukkan la dlm blog ko....tak sabo nak baca..