Total Pageviews

Monday, July 16, 2012

kebun aku tu!!!

Berpeluang balik kampung lebih kurang dua bulan dulu, mama dan esah ambik kesempatan 'melawat kawasan' ala2 YB gitu........ala, tengok 'ladang' kitorang yang seberapa beso tu.......sebenonya tanah tu tiga ekar.  Dibahagikan kpd tga bahagian mama, idah dan esah.  Tapi dek kerana kami bertiga ni sibuk giler ala2 datin gitu, tak pernah berkesempatan nak 'ziarah' kebun tu.......sibuk dan kepoh jugaklah 'pengurus ladang' kitorang.  Sapa lagi kalau bukan adik kami si Udin.  Mana tak kepohnya, dpd kebun tu ala2 hutan sampai la dah bertanam kelapa sawit, datin2 bertiga ni tak pernah jengah.....bila si pengurus ladang mintak duit racun ke baja ke, kami hulur je...nama nak jengah tu wassalam....Akhirnya, selepas lebih kurang 3 tahun, kami terpaksa keluarkan modal tanam semula sebab pokok2 yang dah tanam dulu habis kena sondol dek lembu kaki pendek yg hidung kembang dan kemik tu......pekerja ladang yg diupah oleh Udin buat hal....kebun tu terbiar je semak tak terurus....
 
Ni pun nostalgia jugak....kolam kecil sebelah pokok tu dulunya tempat 'bersidang' mak dan mama atau sesiapa yg jadi 'pembantu' mak kat kebun waktu zaman menoreh dulu.....lepas menoreh rehat jap kat tepi kolam ni, minum ke makan bekal ke sebelum 'bangkit' susu getah....
 
eh..sapa lak ni?  hehe...bukan keluarga Indon ke Bangla  yang tinggal kat pondok dlm ladang.......tapi esah, adikku dan anak2 dia...ni kitorang melawat ke kebun udin..jeles tengok pokok2 kat kebun dia dah berbuah sedangkan kebun kitorang baru tanam semula.......padahal umur kebun tu sama..nasib dia lebih baik sebab kebun dia tak sama lokasi dan pekerja dia rajin beno......tiap2 hari ada kat kebun tu.....siap buat pondok lagi utk berehat...la ni orang yang sama jugak Udin upah untuk uruskan kebun kami...Alhamdulillah, kebun kami dah mulai 'pulih'.  
 
pucuk meranti yang tumbuh meliar....sodap tu masak lemak ke, goreng ke...

 
Ha......jangan tak percaya..kat dalam kebun Udin ni ada 'round-about'...

kolam semula jadi kot......kadang2 ada anak2 ikan....tak pun mr. berudu...hihi..

 
parit yang dah dibersihkan...nampak tenang je air kat dalam parit ni...

 
keladi sayur......ni pun boleh dimasak lemak dengan siput sedut atau masak asam....

 
tempat beristirehat............

..seronok juga sesekali duduk adik-beradik citer pasal kebun ni...hmmmm...lain kali kalau ada kesempatan bolehla jengah lagi kebun tu...kesian kat encik pengurus ladang....uruskan sorang2....

2 comments:

notie said...

Wah peladang jaya nampaknya siap ada pengurus lagi tu. hehehehe
Alhamdulillahlah ada tanah. Aku hanya ada sekangkang tanah rumah ja. Tanah kebun aruah bapak aku ada tapi adik beradik aku ramai kena bahagi kepada 11 adik beradik. Jadi kata akak aku yang tua, "hah,jangan dok berebut tanah sekangkang kera tu, kalau nak, cari sendiri, ni nanti gaduh adik beradik hanya sebidang tanah." Apa pun kita orang semua tak kisah siapa yang dapat. Asalkan silaturahim sesama adik beradik tetap kekal sampai bila-bila.

mama aini said...

setuju tu...........................