Total Pageviews

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU

 

selamat hari guru ku ucapkan buat semua  guru, terutamanya adik-beradik mama yg bergelar guru, abang long, udin dan esah....juga buat suami, ipar2 iaitu kak ngah, ikin dan birasku, faridah.....tak lupa nadia, anak buah yg bakal jadi guru juga....  semoga kalian terus dapat meneruskan perjuangan dgn semangat yg tinggi demi anak2 bangsa....terlupa pulak.  abang long dah pencen, tapi rasanya bekas2 anak murid dia kat IKM Jasin dan Lumut masih akan panggil abang long cikgu juga...sebab tulah org kata, gelaran cikgu ni tak akan hilang sekalipun kita dah bongkok tiga....pendeknya selagi ada umur kita, selagi itu gelaran cikgu tu kekal buat kita...

hmm, cakap pasal kerjaya guru ni.....mama dah lalui macam2 pengalaman....yg pahit yg manis, masin, kelat, payau semuanya ada......setakat ni ada empat buah sekolah yg mama pernah berkhidmat...semuanya berbeza...bukan saja warga sekolahnya berbeza, malah gaya pentadbiran pun berbeza....mula2 dulu mama posting kat SJK[C] Foon Yew Johor Bahru........masa tu tahun 1989......punyala frust dpt kat SJK[C]....betul2 terkena 'kejutan budaya' ....sekolah tu sikit punya besar, murid lebih kurang 2000 org...tapi cikgu Melayu ketika tu cuma ada 3 org termasuk mama.....sedangkan jumlah guru ada lebih kurang 80 org.  kami yg bertiga nilah g mengajar BM....dan dibantu oleh beberapa org guru berbangsa Cina. Mula2 memang tension sbb murid2 tu tak faham apa yg kita cakap dan ajar...ibarat itik bercakap dgn ayam...terpaksa la pulak terjemah dlm bahasa inggeris ..itupun tak ramai yg tau berbahasa inggeris.....akhirnya mama ambil inisiatif utk hadir ke kelas mandarin....boleh bercakap sepatah dua dan ianya sgt membantu merapatkan hubungan mama dgn murid2.....malangnya banayk perkataan yg mama dah lupa sejak tinggalkan sekolah tu pada tahun 1992...agaknya kalau mama masih mengajar di SJK[C], mama boleh fasih mandarin...

awal tahun 1992, mama ikut suami ke Tg Sedili........dari bandar besar JB, mama ke kampung di hujung tanjung....hmm banyak kenangan manis selama lima tahun di sana...kg tu  kg kelahiran Usman Awang dan Rosiah Chik.......suasana perkampungan nelayan yg mendamaikan...


di sini jugalah opsyen mama bertukar, dari cikgu kepada teacher..haha.....



dan ia berterusan shingga ke hari ini.....pengalaman manis di SK Seri Setia Jaya masih kekal diingatan.....sebelum berpindah ke Muar, guru2 ada projek mural..kebetulan mama kena bahagian tembok depan dan satu lagi di tepi jalan besar....terharu betul bila mama dapat lihat mural hasil tangan mama itu masih ada selepas mama tinggalkan sekolah tu... kalau nak citer, tak cukup muka surat ........lain kali sajalah mama citerkan....

No comments: