Total Pageviews

Sunday, May 27, 2012

malang

Sabtu 26 Mei..jam 5.50 pm  Masa tu mama ada kelas tuisyen di tpt biasa.  Tiba2 abang call sampaikan berita buruk.  Anak kedua epi meninggal kerana kemalangan.  Dan abang minta mama balik rumah abah utk uruskan yah sebaik kelas tamat.  Mama minta abang call cah, malangnya cah ada urusan di Palong.  Ani yg ada di rumah abah masih tak sihat utk uruskan yah.  Tak apalah, mama 'serah diri' saja.  Yah agak meragam ketika itu.  Nasib baik dia makan pujuk. Yah dah berbau berak. Sebaik saja mama selesai mandikan yah, cah pun sampai!

Kemudian mama ikut abang ke hospital besar.  Epi ada di sana.  Rupanya Epi ada di wad kanak2 kerana cucunya yg baru 8 bulan itu cedera.  Kisahnya, anak Epi, Siti Rohani, dalam perjalanan balik dari majlis perkahwinan kawan baiknya.  Dia berdua saja dgn anak yg kecil kerana suaminya bekerja.  Mujur dia tak bawa dua org lagi anaknya tu.  Kejadian berlaku jam 3 ptg. VIVA yg dipandunya dilanggar oleh PERSONA yg cuba memotong sebuah bas. Malang sungguh... Sebaik Epi sampai di tpt kejadian, Siti Rohani dah 'tak ada'.  Masih tersepit di tempat duduk pemandu.  Epi segera cari cucunya.  Rupanya org tak tau ada baby. Mereka ingat hanya Siti Rohani saja dlm kereta yg dah 'totally lost' itu.  Epi jumpa cucunya di lantai kereta.  Mamai dan terkejut hingga tak bersuara.  Epi pangku cucunya dan ikut ambulans ke hospital.    Gambar hiasan Gambaran keadaan VIVA putih yg dipandu Siti Rohani.

Kesian sungguh mama lihat cucu Epi.  Mukanya bengkak kesan hentakan dlm kereta.  Dahi dan bibir luka.  Anak itu nampak sungguh trauma.  Cuba lelapkan mata tapi sekejap2 terkejut dan menangis.  Dia tak mau menyusu kerana selama ini hanya menyusu badan. Air mata Epi tak henti mengalir.  Malang menimpa tanpa diduga.  Bertambah beban Epi selepas ini.  Katanya mungkin dia akan jaga semua cucunya, 4 tahun, 2 tahun dan 8 bulan itu kerana tak sanggup berpisah!  Kalau benar begitu bagaimana agaknya dia akan teruskan kerja di rumah abah?  Selama ini Siti Rohani ada kerana dia kerja sebelah petang.  Aduhai, mungkin tiada 'jodoh' Epi dgn kami...Tapi, kalau Epi tak bekerja, apa pulak sumber pendapatannya.  Cucu2nya mungkin ditanggung oleh menantunya, tapi Epi ada anak2 lain yg masih bersekolah.

Dalam kesedihan, Epi mintak kami beri dia cuti dua minggu....Malang! Dua minggu ni lah cuti sekolah..!! Maknanya?  Berulang kembali nampaknya beban mama, sama macam waktu Ana buat hal dulu....

Ya ampun..!!!! Mama tiba2 teringatkan mak sendiri.  Dah lama benar rasanya mama tak balik kampung.  Kalau cuti seminggu Mac lalu mama sibuk jaga Ani, takkan cuti dua minggu ni mama akan terkorban lagi....Agaknyakan, dia org terlupa mama ada mak lagi....selama ni rasanya mama dah banyak bertolak-ansur.....Balik dari hospital malam tadi, cuba nak bincang dgn cah, malangnya, cah tak ada...pergi kenduri rumah kawan dia.....hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........

No comments: