Total Pageviews

Sunday, May 27, 2012

Anniversary

26 Mei lalu merupakan hari ulangtahun perkahwinan mama dan abang.  Cadang nak makan2, ajak abah, yah, ani dan suami , cah dan suami.  Abang cadang nak bawak dia org makan ikan bakar.  Tapi tertangguh disebabkan kematian anak Epi.

Satu malam selepas itu, kami teruskan plan itu.  Kebetulan Aei sekeluarga pun ada.  Kami makan di restoran ikan bakar Malim.  Hmm, boleh tahanla makanannya.  Ramai pulak org makan di situ.  Oleh sebab 'rombongan' kami ada seramai 18 org, abang order 4 ekor ikan siakap, sotong, capcai, telur dadar  dan tomyam.  Air pulak kami mintak limau dan sirap bandung guna jag.  Ikan siakap yg 4 ekor tu dimasak berlainan rasa. Seekor stim limau, sekor stim special, sekor tiga rasa dan sekor lagi sweet-sour.


Sotong yg besar2 tu goreng dgn tepung.   Sementara menunggu makanan siap, anak2 kami dah 'perhabis' dua jag air.  Terpaksa order air lagi dua jag.

.
 
Tu dia.............. sedap makan tomyam panas2.....

 telur dadarnya ada tiga piring.. Tapi berminyak pulak.  Apapun semuanya licin, kecuali kuah tomyam.
 

Hmmm..sampai rumah abah, beritahu cah pasal cuti epi.....nampaknya cah rileks sungguh.....katanya dia akan uruskan yah waktu pagi.. Alright, wait and see.....sebelum tu bila mama beritau ani, dia cuma jawab, "akak bincangla dgn cah.."  Nak bincang camana kalau org yg nak diajak berbincang memanjang tak de........Well..............................................., what to do...........

Isnin 28 Mei.  9.00 am..Kejap lagi nak ke sekolah, kelas tambahan. Mama tak bermalam di rumah abah.  Biarlah Cah uruskan yah.

Selasa 29 Mei................................ke sekolah lagi.  Lalu depan rumah abah dan nampak kusyen kena jemur kat luar......yah la tu.  Kencing awal pagi kot.  Dua tiga hari ni dia meragam saja.........asyik mengamuk dan menjerit.....   mama pulak dah tiga hari migrain..................sress fikirkan pasal epi dan yah.......................... Rasa nak lari je...........................

2 comments:

notie said...

Wah hepey aniversary yang keberapa ek. Mesti dah 20 tahun lebeh kan kalau tak salah aku lah. Sekejap je masa berlalu walhal dah berpuluh tahun. Teringat lagi waktu itu aku datang dan bermalam dirumah ko menemani pengantin baru dan seronok sekali bersembang macam2 dgn ko. Memori itu masih lagi aku ingat walaupun kehidupan kita dah berubah.

Apa pun aku doakan jodoh kalian berkekalan selamanya. Semuga Allah memberkati dan merahmati kehidupan ko sekeluarga. Amin

mama aini said...

terima kasih noty. Dah 21 th beb..anak sulong aku pun dah 20. sekejap je masa berlalu...aku juga sentiasa doakan kebahagiaan buat nkau, sahabat aku dunia akhirat....bukan senang nak kekal sampai 21 th ni, mcm2 dugaan..maklumlah kehidupan..........dan aku juga selalu berdoa agar persahabatan kita berkekalan juga..amin