Total Pageviews

Tuesday, April 24, 2012

kaunseling

mama rasa mama perlukan kaunseling.  amat penting utk mengembalikan semangat mama semula.  betul, semangat mama dah hilang. yang ada cuma 'kesakitan', 'kemarahan', 'kekecewaan; dan 'kekeliruan'.  abang pun bimbang dgn emosi mama yg berubah-ubah.  betul kata orang, kena banyak sabar dengan org mcm yah.  kalau tak sabar, silap2 kita pulak lagi teruk dari dia....nauzubillah.....hmmm......yang sebenarnya hati ini sedang keliru....tercari-cari jalan keluar.......

bila mama 'jalan2' di laman maya, terjumpa blog kisah haziq.....mama kagum betul dgn ketabahan ibunya.. mama rasa mama tak mampu jadi macam dia.  tapi haziq bukan macam yah.   haziq tak ada masalah mental.  mudah-mudahan haziq akan mampu membuat ibunya bangga dgn dirinya.

dua hari lepas mama bertemu seorang ustazah, bertanyakan pendapatnya tentang perasaan mama saat ini.... betul, mama rasa tak sanggup lagi uruskan yah....tapi kadang2 rasa bersalah dan simpati pada abah mengatasi rasa tidak sanggup itu....ustazah beritahu, perasaan itu normal bagi insan biasa macam mama...lagipun mama 'org luar' , bukan adik-beradik yah....yah bukan dibawah tanggungjawab mama....dan mereka tidak boleh memaksa mama kalau mama tak mampu kerana katanya lagi, sabar itu ada hadnya.......keredhaan hati kita juga perlu ada batasnya...bukan sabar sehingga melukakan hati sendiri......bukan redha tapi menyiksa diri.......kalau niat untuk mencari pahala pun bukan sampai ditimpa bala...

terbaru, mama dengar mereka takkan hantar yah ke rumah kebajikan...yah tetap akan diurus dirumah dan mereka akan berusaha mencari org lain menggantikan epi.....ada ke? mungkin..........dan yg mama lihat, abang pun serah semuanya pada mereka, tapi abang dah beri kata dua.......tunggu dan lihat....

   
hah......tensionnya......

No comments: