Total Pageviews

Sunday, April 15, 2012

aku tahu, aku tahu sangat.....!!!



'monolog seorang wanita bekerja, yang juga seorang isteri, ibu, menantu dan ipar, kepada orang2 sekelilingnya....'

"..........hmmmm......tak tahu bagaimana harus aku mulakan.  segalanya amat sulit walau kelihatannya amat mudah....segalanya terasa pahit walau di mata orang ianya manis, segalanya seakan menekan walau zahirnya kelihatan santai, segalanya dilihat amat indah.......namun hakikatnya...........................hanya aku yang merasainya...pahit, jerih, payah, tertekan.....tak mampu untuk kusimpan namun untuk diluah juga amat payah....

           saban hari memandang dan terpandang kelibat wajah ipar yg oku, tidak terasa beban dek kerana tanggungjawab sesama insan...tetapi setiap kali oku itu meragam, hati dan seluruh tubuhku terasa 'sakit' sekali...sudah masuk hari keempat dia menjerit-jerit 24 jam, mengganggu tidurku anak-beranak..belas sungguh ku lihat anak2 yang berwajah muram untuk ke skolah lantaran tidur yg terbantut gara2 ibu saudara mereka.....segala yg dibuat yah menyakitkan mata dan hati kami...amat mengganggu minda dan pandangan....penceritaan tidak sama dengan merasai sendiri pengalaman......bukan aku mahu mengelak dari menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab menguruskan dia....aku tahu dia insan istimewa, tempat untuknya sudah ada di syurga, aku tahu kehadirannya untuk menguji kesabaran dan keimananku..aku tahu sangat..........kini, aku rasa aku tak mampu...aku tak kuat lagi menanggungnya sendirian.....

            kini, ruang mindaku, ruang privasiku juga tergugat dengan kehadiran seorang lagi individu yang masih lemah dan dalam proses pemulihan.....ruang pandangan juga terganggu saat terlihat dia berkerut menahan kesakitan.....bukan aku tidak mahukan dia hadir ke rumah ini, kerana rumah ini juga rumahnya, aku tahu itu..aku tahu sangat....aku juga tahu dia masih berjuang melawan sakitnya...aku tahu sangat....dan aku tidak dapat mengelak rasa simpati bertandang di hati ini....aku tahu, bukan pintanya dia sakit begitu..aku tahu, itu semua ujian dari Yang Maha Esa...ku tahu sangat........tapi mengapa dalam hati ini terdetik sekelumit resah gelisah kala berhadapan dengannya....aku tahu, itu bisikan syaitan yang mahu aku menghancurkan rasa ikhlasku...aku tahu sangat.....

       Jumaat 6 Aprl 2012...,sebulan sudah aku anak-beranak tidak dapat balik ke rumah kami....anak2ku gelisah, resah dan menyatakan rasa rindu mereka utk menetap di rumah sendiri...aku juga begitu..kalau sebelum ini, setiap hujung minggu, kami balik k rumah, kini tidak lagi kerana kesibukan menguruskan org2 yg 'sakit'.....setelah genap sebulan, fkirku aku dpt pulang ke rumah....tapi tiba2 adik bongsu suamiku beritahu yg dia akan ke majlis bertunang sepupu suaminya dan akan balik Ahad malam...bermakna, terbantut impian kami...aku jadi stress, pening dan sakit dada......anakku membawaku ke klinik tapi kemudian aku terpaksa ditahan juga di hospital hampir 4 jam kerana tekanan darahku naik mendadak.......anak2 dan suami resah, mujur selepas 4 jam, aku dibenarkan pulang......hikmahnya, adik bongsu suamiku membatalkan niatnya utk 'makan angin'...

       Ahad 8 April 2012, suamiku menghantar ayahnya ke Hospital Selayang kerana rawatan batu karang..tiga malam dia di sana...hari ketiga, ayahnya menangis kerana suamiku ingin bertolak pulang...sedangkan ayahnya terpaksa tinggal seminggu lagi....tapi apa daya, suamiku tak boleh bercuti lama....kami bukan ada cuti tahun.....aku tahu, suamiku berat utk meninggalkan ayahnya....tapi dlm masa yg sama dia juga rindukan kami yg sudah tiga hari ditinggalkan.........dia terpaksa...aku tahu itu...

       Khamis 12 April, adik bongsunya pula ditahan di hospital kerana sakit belakang.......aduhai......aku bertambah stress.....segalanya harus aku uruskan sendirian....aku tahu, itu takdir tuhan..aku tidak boleh menyalahkan takdir yg menmpa keluarga suamiku...aku tahu, aku tahu sangat...tapi kenapa aku mesti rasa tertekan?

       Jumaat 13 April..akudikejutkan dgn berita kematian Mak Ngahku....aku sedih kerana kematian itu amat mengejutkan..dia tidak ada sebarang penyakit...dia 'terkulai' diatas buaian depan rumah hanya beberapa saat selepas memberi ayam2nya makan.....begitu mudh Mak Ngah pergi..terlalu banyak jasanya kpdku.....aku tahu, dan aku tahu sangat....Mak Ngah yang umurnya 77 tahun itu juga banyak kebaikan dgn kami dan jiran2...sebab itu, saat jenazah diusung ke van jenazah, hujan renyai2 turun....dan sekali lagi hujan renyai turun sebaik sahaja jenazh dikebumikan.....semoga hujan itu hujan rahmat, yg mendoakan kepergiannya....

      Hari ini Ahad 15 April, aku 'lari' sekejap dari rumah 'agam' abah......aku tinggalkan semua penghuninya ..cuba mencari ketenangan sendiri....aku tahu, dan aku tahu sangat..., aku sudah tak mampu bertahan..aku sudah hilang kekuatan...aku sudah hilang daya utk menatap wajah2 sakit si oku, kakaknya dan juga adik bongsunya yg baru keluar hospital semalam....ampunkan dosaku Ya Allah, kerana aku sudah tiada keikhlasan lagi...ampunkan aku kerana aku lari dari amanah-Mu......aku tahu, aku tahu sangat, hanya Kau saja tempatku mengadu......kasihanilah aku ya Rabbi.........

2 comments:

notie said...

Ya allah aini.... aku tak tahu nak cakap macamana betapa banyaknya dugaan mu itu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kalau aku cakap sabar, aku tahu kalau aku di tempat mu juga belum tentu kesabaran itu menjadi milik aku. Tapi bila mendengar darah tinggi mu naik mendadak.... apa pun jaga kesihatan ya. Aku takut bila darah tinggi mu naik takut diserang stroke pulak.

Sedih juga melihat adik2 Am semuanya jatuh sakit. Apa daya ku untuk membantu semuga kau di beri kekuatan dan ketabahan menangani dugaan ini. Apa pun jaga dirimu baik-baik ya.

Al fatihah buat Mak ngah mu yang di Sg Abong kan. Semuga rohnya di cucuri rahmat dan bersama dengan orang yang beriman. Al fatihah.

mama aini said...

terima kasih not....itu je yg mampu aku ckp..