Total Pageviews

Monday, February 20, 2012

kau datang lagi dalam fikiranku

  Hail Amir---Kau Datang Lagi Dalam Fikiranku
  -Kau datang lagi
Mengganggu fikiranku
Membuat daku terharu
Tiada dapat melupakannya
Kau menjelma di hatiku

Puas ku cuba
Melupakan wajahmu
Tapi ku tak berdaya
Mengapa aku rasa begini
Merindu sehari-hari

Begini rasa bila
Dilamun cinta
Hati berdebar tak terkira
Di mana saja
Ku terkenang dirinya
Hasrat ingin bersua

Kau datang lagi
Mengganggu fikiran ku
Setiap saat tak lupa
Bilakah kita akan berjumpa
Hilanglah rindu di jiwa

layan jap lagu lama ni......memang ada kena mengena terutama rangkap pertama....bukan cinta bukan apa, tapi masalah dan dugaan yang menjelma lagi...datang lagi mengganggu fikiran...

epi yang membantu kami menguruskan yah mintak cuti dua hari..nak renew permit..maklum dia ni PATI..........setahun sekali kena renew permit kerja...walau dah bertahun kat Malaysia, dia gagal mohon kewarganegaraan kerana pelbagai masalah dokumen yg serba tak lengkap....susah ye jadi PATI ni.....tapi gigih juga teruskan tinggal di sini demi anak2 yg kebanyakkannya lahir di sini.. ....epi kata, sepupunya yg membantu menguruskan permit dia tu mintak epi kerja di tempatnya, di Sg Udang....kalau epi setuju bermakna kami terpaksa susah lagi, cari org lain jaga yah.....cabaran betul.........

cabaran kedua bila ani datang dan beritahu ttg sakitnya yang confirm stage two...doktor nak mulakan kemotrapi seminggu dari sekarang... ani dah menangis lagi meluahkan perasaan takut dan pelbagai lagi yang mengganggu fikirannya...kesian pun ada, tapi apa daya mama...mama bukan doktor, mama bukan motivator... mama cuma boleh tolong beri sedikit kata2 semangat buatnya....ani bimbang kalau2 suaminya tak dapat terima kenyataan yang isteri yg baru dikahwininya tak sampai setahun tu kena breast cancer....ani kata suami dia macam nak marahkan dia saja..... mama kata pada ani, anggaplah itu cara suaminya menunjukkan rasa prihatin dan kasih syg....mungkin suaminya juga stress, bimbangkan dia....kalau dia tak marah2 maknanya dia tak peduli.  Tak peduli maknanya tak ambil berat langsung penderitaan isteri.....
.

seperkara lagi,mungkin ani juga stress kerana serumah dgn ibu mentuanya...mungkin ibu mentuanya mulut ***********.jadi sebab itu ani dah beritahu mama awal2, kalau2 dia 'dibuang' oleh mentua, dia terpaksa balik ke rumah abah...dan kalau dia sakit nanti, mama kena jaga dia....

mama cuba berikan dia kekuatan.....mama kata Tuhan tahu ani kuat sebab tu Dia beri dugaan ini...mama cuba juga tunjukkan kekuatan mama, mama tak boleh menangis didepan ani.....takut ani serba salah....  mama tahu ani perlukan sokongan kuat dari ahli keluarga, terutamanya suami dia...tapi kita tak tahu hati org.........oleh sebab suaminya ada cadangkan utk buat rawatan tradisional, mama kata ikutlah kata suami, tapi dgn syarat, hospital dan doktor juga perlu dirujuk.....ani mesti tahu sebab dia nurse...

abah nampak tertekan juga bila dia tahu penyakit ani....tempohari, abah bawak ani jumpa seorang pengamal perubatan...banyak pulak yg ani kena pantang....sayur atau buah yg menjalar pokoknya dan semua jenis kacang serta ayam tak dibenarkan makan......kemudian mama juga ada mintak tolong ustaz yusle, kawan lama mama, yg ada belajar perawatan darul syifa...ustaz yusle dan kawan2 datang kerumah malam minggu lalu dan kami baca yasin dan ayat2 syifa beramai-ramai...
  

3 comments:

notie said...

Ya allah banyaknya dugaan. Ani kena sabar. Kena kuatkan hati agar bertabah selalu. Nasib baik dapat kesan awal. baru stage2 kalau dibiarkan sampai dah stage 4 lagi teruk. Ai diakan nurse takanler tak tahu macamana nak atasi. Setau aku kena buat kemoterapi lah cepat2 nak buang sel cancer tu takut menular. Kalau ubat bomoh ni aku kurang setuju sebab dia masih awal lagi masih boleh di ubati.

Lagi satu ko pi rumah aku ko jenguk rumah Kak jee. Dia ada jual produk atau kiranya suplemen untuk menguatkan antibodi badan. Ada kawannya cancer hidung dah stage 4 tapi makan produk tu alhamdulillah sihat sekarang ni. Tapi produk tu mahal sikit tapi nak baik kuar duit sikit takpe kan.Cubalah

notie said...

Opss lupa blog kak jee tu dari dapur kak jee. Dia ni dulu wartawan juga bekas pelakon Fauziah samad atau mesra dipanggil Kak jee. Adik beradik dengan penyanyi fauzi yang ala-ala pramlee suaranya atau aziz jaafar gitu.

mama aini said...

ok, qaku kenal kak jee tu...dia jer tak kenal aku, haha...ok, terima kasih atas rekomen kau..nanati aku try..