Total Pageviews

Wednesday, February 15, 2012

indahnya hijrah

lama sungguh rasanya tak blogging.....rindu pulak, tapi apakan daya masa sangat terhad sekarang...bila ada masa, cerita pulak tak ada...

petang tadi, balik dari sekolah, mama singgah ke pejabat pos sekejap...sedang duduk tunggu nombor, seorang wanita berpurdah datang menyapa dan bersalaman.....mulanya terkejut juga, tak cam..maklum nampak mata saja..tapi bila dengar suara dan cam mata dia, rupanya dia kawan lama.....dulu pernah praktikum dan posting terus di sekolah mama sekarang, kalau tak silap tahun 2004..kemudian dia ditukarkan ke sekolah lain....alhamdulillah....lain benar penampilannya...dulu dia agak seksi juga......mama dah lama tahu dia dah berpurdah cuma tak pernah lagi berjumpa....hari ini baru Allah pertemukan kami....
.
 
-ini bukan dia, sekadar gambar hiasan-
 
di awal 'penghijrahan'nya tempohari, mama dengar macam2 cerita....bukan cerita apa, cerita org2 yg mungkin ada sikit berprasangka.......konon dia ni masuk pertubuhan agama yg diharamkan suatu ketika dulu......Al-Arqam.  Ada juga yg kata dia dah berpegang dgn mazhab syiah, yg kebetulan hangat juga diperbincangkan oleh ahli2 agama....

apa2 pun, itu cuma prasangka org belaka..bagi mama dia dah cuba berubah menjadi yg terbaik diantara yg terbaik....mungkin dia ada sebab sendiri utk berpurdah..lagipun dia memang cantik orgnya....mama sendiri belum mampu nak berhijrah sedemikian.....kita sebagai kawan eloklah mendoakan yang terbaik juga untuknya....setakat hari ini, belum lagi dengar apa2 cerita yg kurang enak tentang dia, sebaliknya semua yg baik belaka.....maknanya suaminya dah berjaya didik dia daripada seorang yg agak sosial dan seksi kepada penampilannya yg terbaru sekarang...waktu dia seksi dulu pun macam2 cerita dan komen org2 terhadapnya dan mungkin juga itu salah satu sebab dia ditukarkan......kalau org lain mungkin marah dan kecewa ditukarkan ke tempat kerja yg agak jauh dari pekan, tapi dia mama lihat cool dan tenang saja....mungkin itu kelebihan yang org lain tak nampak...

cerita pasal hijrah ni. mama kagum dan hormat kpd seorang artis yang sentiasa istiqamah ni.....sejak dia berhijrah, mama lihat dia tak pernah gagal untuk memakai sarung lengan dan stokin....maknanyadia betul2 mempraktikkan tuntutan menutup aurat itu.....

   

awal2 penghijrahannya dulu, dia masih lagi bergaya cantik....tapi sejak akhir2 ini nampaknya penampilan irma semakin baik, terutamanya sejak menjadi pengacara tv al-hijrah.....mama suka dgn penampilannya yg manis tu.....lupakan saja gaya seksinya dulu kerana mama yakin dia memang totally dah berubah.....semoga irma akan terus istiqamah dan moga cepat dapat jodoh dgn org yang baik dan soleh...kawan mama tadi dan irma dah serasi dengan imej baru kerana mereka dah merasai indahnya hijrah.......

2 comments:

notie said...

Amin. Akak aku Nora dulu pun macam tu. Semasa join Arqam memang kami sekeluarga rasa macam ekstrem sangat sampaikan macam nak ketepikan keluarga tapi syukurlah sejak Al-Arqam di haramkan dia dan abang ipar kiranya dah flexible sikit. Bukan tak bagus pakai Purdah ni tapi kalau semuanya tak boleh rasa macam Islam tu menyusahkan padahal Islam lah paling mudah asalkan kita ikut syariat dan guidelinenya. Pucuk pangkalnya terleta pada hati masing-masing.

mama aini said...

betul tu....Islam itu mudah tapi jangan mudahkan Islam..maksudnya jangan ambil mudah pulak..