Total Pageviews

Thursday, November 10, 2011

Ana

Sewaktu mama menaip nama ana di entri ini, bagai terdengar-dengar lagu keroncong utk ana nyanyian m.nasir....hmmm...memang ada cerita menarik tentang ana......Ana, pembantu yah yg baru kami kenal lebih kurang 4 bulan...Ana yg peramah, suka menolong org, Ana yg rajin....banyak kerja yg dia buat...Ana yg tak kisah buat kerja yg org tak mahu buat seperti menjaga yah.....Tapi sejak kebelakangan ini, prestasi kerja Ana agak merosot.....Kalau Ani ada, Ana tak akan dtg ke rumah abah, seolah Ana menyerahkan tugas menjaga yah kepada Ani.   Kebelakangan ini juga Ana sering dtg lewat dan kdg2 tak dtg langsung kalau hari itu hari Sabtu dan dia tahu mama ada di rumah.  Pernah sekali dua Ana dtg cuci pakaian dlm mesin basuh tapi tidak disidai diampaian, sebaliknya pakaian masih dlm mesin dan hari sudah menjelang petang.  Ana juga ada buat kerja sampingan, membuat kuih dan menghantar kuih ke kedai2 makan.

Kebelakangan ini mama akan berselisih dgn ana setiap awal pagi.  Mama ke Jasin dan Ana dari arah Jasin.  Kdg2 Ana dgn beg pakaiannya. Semuanya seakan teka-teki.  Suatu hari mama cuba 'korek' dari ana.

Rupa-rupanya Ana kerja waktu malam Dari jam 11 malam hingga 7 pagi sebagai security guard di hospital. dah lebih dua bulan ana kerja di situ.  Kuih2 akan ana buat jika ada tempahan.  Patutlah ana selalu 'mengelat' seolah mencari kesempatan utk merehatkan diri. 

Semalam, Ana buat mama serba salah.  Dia kata nak pinjam duit. Ada masalah sikit berkaitan keluarga.  Bila mama tanya masalh apa, ana enggan beritahu.. Bukan sikit2 duit yg ana nak pinjam.  RM3000.  Mama agak keberatan utk beri ana pinjam.  Bimbang ana lari selepas dpt duit,  Lagipun, mama baru kenal dia.  Mama pun tak tau mana kampungnya. Ana kata kampungnya di palung.  Weiii...palung jauh weh...palung ada byk palung, palung berapa rumah dia. Macam2 hal, macam2 kemungkinan boleh berlaku.

Hari ini mama beri ana rm500.  Ana kata mama tolak saja gaji dia.  Ana ksta lagi, hari ini juga dia balik ke palung.  Ana balik sorang dgn motosikalnya! Tapi apa yg buat mama cuak ialah bila biras mama beritahu dia nampak suami ana menunggang motosikal ana petang tadi......sedangkan ana kata dia akan bertolak jam 3 ptg....kalau ana tak jadi balik, kenapa ana tak dtg petang tadi utk mandikan yah?  Entahlah, sandiwara apa agaknya yg dimainkan oleh ana.....tunggu dan lihat saja.  Mama beritau abang ttg ana dan kata abang kami kena bersedia kalau tiba2 ana buat hal, ana tak mau kerja lagi dgn kami.  lagipun tempohari ana ada beritahu kononnya tauke warung mintak ana kerja dgnnya......................Ana, ana....






No comments: