Total Pageviews

Wednesday, May 25, 2011

ulangtahun

alhamdulillah, hari ini genap 20 tahun usia perkahwinan kami...syukur ya Illahi kerana limpah rahmat-Mu. Mungkin inilah masa yg terbaik buatku mengimbau kenangan pahit manis bersama-sama suami. Bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan sepanjang 20 tahun, tapi Alhamdulillah.....segalanya dipermudahkan. Petuanya; sering berkongsi masalah baik dalam rumhtangga atau kerjaya. Sebagai seorang isteri, syurga kita ada padanya. Oleh itu, segala hal berkaitan rumahtangga lebih baik diluah, diceritakan dan dikongsikan bersama-sama suami. Bukan kepada orang lain. Paling penting, hal rumahtangga jangan sesekali dihebohkan kepada orang lain yg kita belum tahu hati budinya. Kadang-kadang kita terlalu ambil mudah dengan hal ini. Kadang-kadang ada yang terlalu ambil kisah dengan masalah kita. Lebih bahaya jika org yg kita rasakan mengambil berat itu adalah org yg berlainan jantina. Akibatnya berlakulah salah faham, dan kadang-kadang ada pula yg mengambil kesempatan. Terhadap keluarga suami pun kita kenalah pandai ambil hati. Perlu lebih banyak bertolak-ansur. Benar kata bijak pandai, KESABARAN ITU PAHIT...TETAPI BUAHNYA AMAT MANIS...

No comments: