Total Pageviews

Wednesday, April 9, 2014

Nikmat ALLAH .....Kenapa kita meremehkannya?

Kenapa kita meremehkan nikmat Allah ???
Kadang-kadang kita alpa, kita lupa...apabila kita selesa daqlam kesenangan.  Kita terbuai dengan kenikmatan.  Kita terlalai dengan kebendaan.
Mama tertarik bila baca blog ini, lalu mama copykan utk tatapan mama dan teman2.

Kita terlalu selesa dengan kehidupan di dunia ini. kita berbangga dengan kekayaan yang kita miliki. Kita terlalu sombong dengan pangkat dan kedudukan yang tinggi. Kita sangat riak dengan ketampanan wajah dan kejelitaan rupa paras. hakikat sebenarnya itu adalah sekadar PINJAMAN.

Lalu kita menjadi manusia yang meremehkan nikmat Allah. Terfikirkah kita...kita menyedut oksigen 24 jam untuk bernafas..Siapa yang memberi? Jantung kita berdegup 24 jam tanpa henti siapa yang menjadikannya? 360 sendi di badan menyebabkan kita selesa melakukan sesuatu

Saya pernah bertanya pada pelajar saya "Dihujung jari kita ada sendi...apakah kegunaannya" Lantas salah seorang pelajar saya menjawab "Untuk korek taik hidung ustaz..?. "Betul juga jawapan budak ni..'Bisik hati kecil saya.

Persoalannya sekarang kenapa kita tidak mempersembahkan pujian kepadaNya setelah begitu banyak nikmatNya digunakan secara percuma.

Kenapa kita tidak mensucikan Allah dengan tasbih setiap kali kita mendengar azan dilaungkan?

Kenapa kita tidak memohon keampunan dalam keadaan tidak berdosa sepertimana yang dilakukan oleh para nabi dan rasul-rasul utusan Allah swt ?

Kenapa kita memohon keampunan setelah kita berdosa kepada Allah swt ?

Kenapa kita memohon nikmat lain daripada Allah swt, apakah nikmat yang kita gunakan sekarang tidak mencukupi?

Sesungguhnya manusia sentiasa memandang rendah di atas segala nikmat yang telah Allah swt kurniakan dan sentiasa memandang dosa yang manusia lakukan terhadap Allah swt terlalu kecil serta tidak memberi kesan terhadap kemurkaan Allah swt.

Ingatlah... Malaikat Malik Zabaniah diciptakan Allah tidak mempunyai sedikitpun perasaan belas kasihan terhadap manusia apabila mereka tercampak ke dalam neraka...
Na'uzubillah Min Zalik.

Terima kasih kepada tuan punya blog.  Semoga ALLAH merahmati kamu kerana tulisan kamu yang bermanafaat ini.  Amin.

 

2 comments:

notie said...

Betullah kan. Kadang kita pandang nikmat pemberian Allah dari segi yang kita nampak. Padahal nikmat yang Allah beri begitu banyak yang kita tak perasan dan kadang tak terfikir sebenarnya itu semua nikmat Allah yang kita terima setiap hari.


Maknanya kena muasabah diri dan sentiasa bersyukur dan selalu memohon keampunanan Allah sentiasalah kan. hahaha tu untuk peringatan buat diri aku yang selalu lupa dan alpa.

Ada kawan aku ni entah mengapa lately ni kadang macam tak bersyukur je. Dulu masa sebelum nak bersalin dia sakit sampai 2 minggu tak boleh nak makan kerana perutnya bermasalah nak keluarkan angin. Lah ni.. bila dah boleh dapat makan dengan selesa selalu cakap wah dah makan banyak sampaikan dah naik berat badan. Setiap hari macam tu aku yang dengar jadi bengang. Padahal syukur lah dapat makan nun kat afrika tu hah tak cukup makan. Bila termakan banyak sikit wah bising nanti gemuk. Ya allah aku punya bengang tersound lah alhamdulillah kita dapat makan ada orang tak dapat makan tau. aduhaiiiii sabor je lah aku

mama aini said...

hmmmm mmg begitulah ragam manusia notie..selalulunya lupa nikmat , lupa nak bersyukur waktu senang..bila susah barulah cari Allah....semoga kita sentiasa tawadhuk....amin..