Total Pageviews

Wednesday, February 12, 2014

Siapa Pun Kita


Biar siapa pun kita.....
Cikgu, pensyarah, peguam, usahawan...
Artis, hakim, pegawai, kakitangan awam, doktor.....
Dan siapa-siapa pun kita ini...
Walau sehebat mana pun kita, 

Ingatlah kuasa Allah lagi maha hebat,

Dia boleh buat kita jatuh bergolek lantaran riak dan besar diri kita

Kesombongan, keangkuhan, kebiadapan kita

Sekelip mata sahaja Dia akan runtuhkan

 
Jadi, walau siapa-siapa pun kita di atas muka bumi ini,

Walau sesedih mana pun kita, ada yang lagi sedih.

Walau sesusah mana hidup kita, ada yang lagi susah.

Walau sebahagia mana pun kita, ianya ujian dari Tuhan.

Kaya kita, mewah kita...

Itu adalah amanah

Itu adalah dugaan Allah
 

Jangan lalai hanya kerana kau merana,

Jangan alpa hanya kerana kau kecewa

Jangan leka hanya kerana kau tidak ada apa-apa

Tetapi

Jangan pula berhenti berusaha

Hanya kerana kau berjaya dengan cita-citamu

Hanya kerana kau kaya dengan hartamu

Mungkin bahagia kita hari ni kerana luka masa lepas.

Mungkin takdir kita hari ini tercipta kerana takdir masa lalu.

Mungkin kaya kita hari ini kerana ada amanah yang menanti
 
Mungkin kita yang hari ini tidak mungkin jadi begini tanpa pengalaman lalu

Belajar bersyukur. belajar berterima kasih. belajar untuk sentiasa memandang ke bawah.




 




 
 
 



 

 
 
 
**terima kasih masa lalu. terima kasih atas pengalaman itu. terima kasih atas rasa itu. terima kasih atas kesempatan itu. teruskan apa yang sedang berlaku. jangan menoleh dan membiarkannya membeku. 

 

2 comments:

notie said...

Ya betul. Semuga kita sentiasa menjadi seorang yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah.

mama aini said...

Sebesar mana pun kuasa kita, tidak dpt menandingi kuasa ALLAH