Total Pageviews

Monday, January 6, 2014

Tukang masakku dah hilang...

HUUU.... sedih juga.  Lembaran 2014 ini dibuka dgn pemergian 'tukang masak' mama ke PLKN.  Yelah, kalau selepas SPM haritu sampaila ke 3 Januari 2014, mama boleh manjakan diri..order je mintak anak dara sorang tu masak, Inshaa Allah...walau tak secekap Masterchef sekurang-kurangnya adalah rasa jugak.  Sepanjang dua minggu akhir Disember lalu, mama dah mula sibuk ke sekolah dgn macam2 urusan....Jadi tugas masak tengahari memang tugas dia.  Lega bila mama balik lauk dah terhidang di atas meja.  Bukan lauk 'gah' pun...setakat asam pedas, sayur goring, sambal tumis..semua dia dah boleh buat...jadi, kuranglah sikit beban mama...kain baju pun dia dah tolong cuci [ala, guna mesin kan} dan siap angkat bila dah kering...

 
Terasa benar sunyi dan sepi rumah ni...mama dan abang hantar dia ke Stadium Jasin, tempat berkumpul pada Sabtu 4 Januari lepas...hmmm..meriah dgn ramainya ibu-bapa dan keluarga peserta.  Macam nak hantar ke oversea lak.....mak bapak tunggu kat depan bas bila anak2 dah naik bas, macam tak nak bagi bas jalan pulak! Yg syahdunya kawan2 dia yg tak dpt ke PLKN siap dtg beramai2 nak bagi sokongan moral. 



Ina dapat tau terpilih ke PLKN sebelum SPM lagi...masa tu terganggu jugaklah emosinya.....dia menangis sebab tak nak pegi...mujur abangnya beri nasihat tentang kelebihan org yg dah ke PLKN...abangnya tak kena pun tapi bila dia tengok kat U pelajar yg dah ke PLKN ada keistimewaan tolak credit hours dan tak terlibat dgn kokurikulum, terbit juga rasa cemburunya...sejak tu nampaklah Ina ceria sikit...mama risau jugak takut2 dia emosi sampai terganggu SPMnya.

Seminggu sebelum ke PLKN dia sempat belajar buat cheese cake mintak resepi kawannya yg rajin masak....wah kemain seronok bila keknya menjadi..masa tu kebetulan abanng longnya ada balik....abang longnya pun pandai ambik hati, puji kek dia..wah kembang kempislah sekejap....dua hari lepas tu buat sekali lagi!

Mama tunggu kat stadium sampai bas dia berlepas...haha..nampaklah sorang dua pelatih yg menangis beriya-iya....Ina pulak, bas gerak je, sms kat mama katanya dapat rm10 dlm bas....jam 11 pagi, dia dah sampai kot ke kem Warisan Masjid Tanah [tak jauh mana pun]...sms lagi kata boring...hmmmm..anak dara sorang niii....ptg tu sms lagi, pesan jgn lupa dtg melawat dia hujung minggu nanti.....mintak mama buat cheese cake utk dia.....mama 'enggih' sajalah....hmmm......belum sampai 12 jam dah berderet sms mengadu hal......!!!!! Hari ni tak de pulak sms, mungkin sebab dah mula sibuk dgn aktiviti ....mudah-mudahan jadilah dia seorang yg ada jati diri, yg cekal dan tabah, kuat semangat macam mamanya...[termasuk dlm bakul bocor pulak...tak yah angkat..hehe]....

2 comments:

notie said...

wah pandai dah ina jadi chef. Sian pulak nak kena pi PLKN 3 bulan kan?

Tapi nanti bila dah start aktiviti busy le dah takde masa nak sms bagai.

Selamat berPLKN ina.

mama aini said...

haha...jadi chef segera je......bolehla setakat makan anak beranak....