Total Pageviews

Thursday, January 23, 2014

KEM WARISAN- waktu melawat

12 Januari jam 2.00 pm sampailah mama ke kem plkn di mana ina ditmptkan....jauh jugak masuk ke dlm estet kelapa sawit nun....jalan tak berturap lak tu....mencabar betul...

sampai2 je, ina terus menerpa.....huhu menangis lagi....lepas tu bila suakan cheese cake dan ayam masak lemak, ceria lah sekejap....kemudian kami sembang2 cerita pasal aktiviti dia...nangis lagi kata boring.....hmmmmm.....ni macam nak suruh mama bercamping kat luar kem warisan je...dua jam lepas tu, kami kata nak balik......ish, dia melalak lagi....jgn la balik dulu, rayunya.   terpaksala layan sekejap....masa tu mama cakapla angan2 dia nak belajar kat korea konon tu terpaksalah dikuburkan..baru berjauhan dlm melaka pun asyik 'ujan'....

sempat pulak ayah dia usik, kata tak nak dtg minggu depan......dia dah merah mata..mintak kitorang dtg..dia nak pesan ikan keli goring berlada pulak....wah2......

minggu berikutnya 19 Januari, kami dtg lg...mama bawakkan ikan keli goreng berlada yg dia pesan...wah, dah ceria sikit nampaknya.  katanya kawan2 dorm dia semua gila2 termasuklah yg india dan cina....mama kata eloklah tu..masa nilah nak berkawan....kemudian dia ceria juga bercerita ttg aktivitinya yg dah mula menarik dan menyeronokkan.  ini sudah bagus, Alhamdulillah...dah ceria anak daraku sorang ni....lepas tu boleh pulak dgn selamba dan rileksnya, kata, "mama bolehlah balik...ina nak basuh baju yg ina pakai ni, dah tiga hari pakai lom basuh"......mama tanya, "betulke nak suruh mama balik.........?"  "betul, mama tengokla...ina tak nangiskan, kan, kan..."sambil tunjuk kat mata dia......katanya minggu ni jurulatih ajar latihan kekuatan fizikal dan mental..nak bagi kuat otot sebelum buat aktiviti lasak....

sebelum balik, sempat jugak merayu jemput dia balik hari Rabu depan...tak sabar nak balik katanya....dia dpt cuti 4 hari sempena tahun baru cina.  kalau mama tak jemput, dia hanya boleh balik hari khamis...satu malam pun tak boleh tunggu!

2 comments:

notie said...

Alahaiiii ina banyak no demand. Nak bermanja le tu. Mula-mula memang tapi bila dah banyak aktiviti dan dah bercampur gaul dengan rakan lain takdenya nak menangis bagai lagi dah. Mula-mula tu sebab tak kenal orang lagi dan menyendiri tu yang dok asyik ingat kat rumah je.

mama aini said...

iyela notie..mcm kita juga masa mula2 dok asrama dulu....hahaha..aku masih ingat ada kawan kita yg menangis tenung baju dlm baldi..tak tau nak basuh...ada gak yg tak basuh baju tp gi jemur je..pastu hujung minggu mak dia dtg amik baju kotor..kenangan belaka tu..