Total Pageviews

Thursday, December 5, 2013

Malang yang tak berbau...


KAKAK DIBUNUH, DUA ADIK DITEMUI MATI : sumber mymetro

Pic: Harian Metro

ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, dekat sini, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
 
"Sementara itu, dua beradik yang hilang itu disahkan turut meinggal dunia dan mayat mereka ditemui di Langgar," katanya pada sidang media.
Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes ke atas remaja permpuan itu sebagai bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.
 
Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Polis cari teman lelaki Norsyafika 

ALOR SETAR: Polis sedang menjejaki teman lelaki kepada Norsyafika Nadia Rusdi, 14, iaitu salah seorang mangsa tiga beradik yang ditemui mati bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya difahamkan lelaki itu kini berada di Arau, Perlis dan akan mendapatkan keterangan daripada lelaki itu.

"Kita akan dapatkan maklumat daripada teman lelaki kepada Norsyafika Nadia berhubung maklumat mangsa berhubung tujuan mangsa keluar dan berjumpa dengan siapa?

"Setakat ini kita sudah kumpul banyak saksi untuk membantu siasatan dan kita akan lihat laporan bedah siasat dua lagi mangsa pada hari ini," katanya.


Beliau berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan akan melihat kedudukan terkini kes itu selepas menerima laporan bedah siasat.

Menurutnya, polis menyeru kepada orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil untuk membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/02 

*******************************************************************************

Sedih, tiga beradik mati sekaligus.  Mama tak dapat nak bayangkan perasaan ibu dan bapa tiga beradik ni.  Yang menjadi persoalan, macam mana benda ni boleh terjadi?  Kalau kita tengok berita tv, dikatakan sikakak ni beritahu ayahnya nak keluar jumpa kawan.  Lepas tu tak balik2 sampai ayahnya buat laporan polis.  Tup2 jumpa anak2 dalam keadaan sudah tak bernyawa lagi...

Mungkin ada juga yang salahkan si ayah, kenapa benarkan anaknya tu keluar jumpa kawan..bawak adik2 lagi...  Manalah si ayah menyangka benda macam ni nak berlaku..kalau dia tahu tentu dia tak bagi anak2nya keluar rumah!  Dan mungkin juga ini bukan kali pertama, anaknya keluar jumpa kawan..sebab tu ayah benarkan.  Si anak pun taklah keluar berseorangan.  Bawa adik2 sekali meneman. Maknanya si kakak ni anak yg baik, tak delah keluar rumah sorang2....mintak izin ayah lagi.

Dalam zaman serba mencabar ni, ibu bapa adalah antara org yg serba salah..tak bagi anak berkawan, dikatakan tak sportinglah, tak bermasyarakatlah...dan bila tragedy berlaku pulak, ibu bapa juga yg disalahkan....apa2 pun yg paling penting, ibu bapa kena selalu pantau aktiviti anak2 dan kenalpasti siapa kawan2 mereka.  Dan bila dah berlaku peristiwa malang ni, macam biasalah, org buat macam2 spekulasi..mama hormat teguran Ketua Polis Alor Setar dan juga MB Kedah yg minta kita org ramai supaya jgn buat apa2 spekulasi dan andaian..biarlah polis buat kerja mereka....untuk ibu bapa malang itu, mama doakan supaya mereka tabah, sabar dan kuat dlm menempuh dugaan maha hebat ini.

Teringat mama masa zaman remaja dulu, mama biasa je keluar rumah sorang2..naik basikal je.... dari rumah aruah embah sampai ke rumah aruah mak ngah..lebih kurang 1km...tapi masa tu walau pun melalui jalan sunyi dan berlatar belakangkan kebun getah, kami masih tak risau dan rasa selamat sentiasa.  Masa tu mama sweet 17 lagi, tengah tunggu result SPM.  Mulanya ikut abang long ke Jasin.  Abang long mengajar di IKM Jasin, dan oleh sebab teruja sgt nak cari kerja kononnya, mam ikut abang long.  Abang long bawak ke kawasan kilang di Air Keroh dan Bt Berendam......malangnya jawatan kosong banyak, cuma tak de bas ke Jasin....at last, mama kerja cuci botol kat Kg Chin Chin....!!!!  Pagi2 ada van dtg amik.  Mama pegi kerja ngan kakak2 dekat rumah sewa abang long.... setiap satu botol yg dicuci di beri upah 3 sen atau 5 sen!  Botol2 kaca bekas sos dan kicap..kalau tak silap utk guna semula...ramai juga yg bekrja cuci botol tu....tapi malang kan tak berbau..., mama terpijak botol yg pecah..akibatnya kaki luka dan mama berhenti kerja! Adalah tiga hari kot kerja kat situ.....

Bila mak dan mak ngah dapat tau, mak ngah suruh mama balik dan duduk rumah dia.....adalah dua bulan kot duduk ngan abang long.....dgn mak ngahlah mama dapat kerja 'bomba'...hihi..siram pokok2 bunga kat Bu Seng Chong Nursery...hmmm..apahal ni..dah melalut cerita lain pulak..maknanya mama dah penat, bila penat idea kurang, bila idea kurang mama kena rehat , bila nak rehat maknanya mama kena stop dulu kat sinila...

Moral of the story kali ni:  sentiasa berhati-hati di mana2 pun kita berada..kalau nak malang bukan setakat budak2, mak bapak budak pun boleh ditimpa malang...yelah, malang tak berbau kan....kadang2 dengan org yg kita biasa dan kenal baik pun kena hati2 jugak.......ingat tu....

 

 

 
 

No comments: