Total Pageviews

Saturday, August 17, 2013

Yg syahdu, sayu di hari raya dan mak

Lirik Lagu Airmata Syawal - Siti Nurhaliza

Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah




Abang cukup suka dengar lagu ni.  Sebabnya ada cerita sedih.  Ia berlaku menjelang Syawal 2011.  Ada seorang kawan baik abang, duduk bersebelahan meja di bilik guru.  Setiap hari bila ada waktu free, kawan abang ni akan buka laptopnya dan mainkan lagu2 raya.  Tapi dalam  byk2 lagu raya, lagu ni kawan abang mainkan berulang-ulang.  Abang kata sampai abang boleh hafal lirik dia sebab selalu sangat dengar, siap ulang2 lagi.  Kawan abang ni nampak macam excited sangat nak sambut raya tahun itu.  Semua persiapan raya utk anak2 dia dah beli awal2.  Lebih mengujakan sebab dia pun baru pindah ke rumah baru.  Rumah tu baru je siap menjelang puasa.  Katanya, nanti bolehlah kawan2 dtg ke rumah baru dia.
         Dua hari menjelang hari raya, bersamaan dgn hari terakhir sekolah sebelum cuti raya, dia terlibat dengan kemalangan jalan raya.  Keretanya terbabas melanggar pokok.  Masa tu awal pagi. Malam tu hujan, jadi jalan pun licin. Dengar cerita hari tu dia terlambat.  Tak sempat pun nak bersalam dgn anak2 dan isteri macam selalu.  Isterinya yg mengajar dekat dgn rumah, bawa sekali anak2 ke sekolah dan rumah pengasuh. 
         Dia meninggal di tempat kejadian.  Sebaik mendengar berita kemalangan itu, pengetua sekolah dan beberapa org guru ke lokasi kejadian.  Sempatlah diorang tengok aruah dikeluarkan dari kereta yg hamper terputus dua.  Dekat sejam jugaklah bomba berusaha. Petang itu juga, jenazahnya dikebumikan dan memang ramai pun kawan2 yg berkunjung ke rumah barunya pd hari itu. Yng sadisnya, tanah perkuburan terletak diantara sekolah isteri dan rumahnya.  Macam mana agaknya perasaan isterinya bila nak ke sekolah ye...

*moral of the story: setiap dari kita akan merasai mati.  Hanya ALLAH yg tahu bila ajal kita.  Jadi, sentiasalah bersedia.

Jumaat: 16 Ogos, 1.00 pm
Baru  dpt call dr Idah.  Dia risaukan mak yg tak nak makan.  Jalan pun melayang.  Mak sekejap2 baring, sekejap tidur.  Bila bangun mengadu pening.  Mama pun risau juga.  Tak tau apa lagi yg patut kami buat.  Lepas makan, mak muntah pulak.  Betul2 selera mak dah tertutup.  Mama bimbang kalau2 mak terkena gastric pulak.  Yelah, ubat tahan sakit yg Udin beli kat farmasi tu tinggi dosnya.  Mak pulak makan ubat tu dlm keadaan perut yg tak berisi.  Mak cuma makan roti sekeping.  Mana cukup.  Nak cakap banyak, nanti kecik hati pulak.  Memang susah nak jaga org tua, sensitive... tersilap cakap, dia tersinggung.  Kalau tak kuat sabar, berdosa memanjang.  Kita tua esok, entah macam mana agaknya. 
Baru dua tiga hari kat rumah Idah, mak dah sebut2 nak balik.   Asyik sebut nama Udin.  Bunyi kereta kat depan rumah pun mak kata Udin datang.  Nak beno balik rumah sendiri.  Kami risau dgn keadaan mak yg macam tu, takkan nak tinggal sorang2 kat rumah bila semua org kena kerja, cucu2 mak ke sekolah.  Sapa nak temankan mak kat rumah nanti.  Mak memang susah nak tinggal lama kat rumah anak2.  Dia lebih selesa tinggal kat rumahnya sendiri.  Tapi, hati kami anak2 ni tak senang dan tenang kalau mak tinggal seorang diri.  Sebab tu bila suami Idah, Kamin setuju Idah jaga mak dan mak pun setuju ikut Idah, kami rasa lega sikit.  Idah kerja kat rumah, menjahit.  Memang banyak tempahan walau dah lepas raya, tapi tak pe lah sbb dia sentiasa ada di rumah.

Kalau mak masih nak balik, macam mana ye? Terfikir juga macam nak carikan orang temankan mak.  Macam Epi jaga Yah tu.  Agak2 ada ke orang macam Epi kat kampong? Tugas dia cuma tengok2kan mak je.  Agak2nya kan, boleh ke kalau kami buat macam tu? Tak senang hati mama bila fikirkan mak.
Jumaat: 10.15 mlm
Mama call Idah nak tahu perkembangan mak.  Idah kata mak tidur selepas maghrib sampai la ni tak bangun.  Belum makan lagi.  Risau mama....Idah janji nak call mama kalau ada prob.
Sabtu : 17 Ogos 7.00 pm
Mama call Idah.  Ajaq ada kat rumah dia.  Alhamdulillah mama dapat pujuk mak supaya tinggal lebih lama kat rumah Idah.  Insyaallah nanti mama hulur sikit kat Idah. Kesian dia jaga mak sorang2.  Mama nasihatkan dia supaya banyak2 sabar waktu jaga mak.  Insyaallah kalau ada kelapangan nanti mama akan jenguk mak kat sana.

moral of the story: jihad paling besar adalah menjaga ibu bapa kita.  utk itu kesabaran yg tinggi amat perlu.  Mama yakin, Idah mampu.



 

No comments: