dam dam
dum.....dah masuk hari ke Sembilan syawal, esok sepuluh..suasana kemeriahan
masih terasa, ternyata rakyat Malaysia , ibu2, bapak2, anak2 masih lagi riang
memeriahkan hari2 Syawal. Malam2 pula, masih lagi kedengaran bunyi2 mercun dan
budak2 pun ceria bermain bunga api. Maklumlah,
cuti sekolah pun panjang. Lagipun kita ni selalu sambut raya sebulan... SELAMAT HARI RAYA SEMUA..!!! Jangan terlebih raya pulak ek.... kenala berpada-pada dlm beraya tu..
Hmmmm...lama
juga mama tak melakar, mencoret, mencurah rasa di blog. Bukan tak rindu, bukan tak de idea..banyak
cerita nak di kongsikan Cuma masa dan keadaan yg kurang mengizinkan. Hari2 sebelum Ramadhan dan sepanjang
Ramadhan, mama sibuk sikit. Kerja2
sekolah yg online pun menimbun. Belum
lagi nak menanda kertas ujian. Yelah,
peperiksaan UPSR dah dekat. Hampir
setiap minggu kami buat ujian. Sebelum
cuti raya pulak, sakan menyiapkan set2 soalan sebagai kerja rumah sepanjang
cuti raya. Kesian kat budak2 tapi kesian
lagi kat cikgu2nya. He...ni kira ok
jugak..setengah sekolah tu buat kelas tambahan lagi selepas lima Syawal. Maknanya tak cuti le...
Alhamdulillah..sibuk2
pun sempat juga mama jenguk mak kat kampong.
Kesian dia. Minggu pertama puasa
mama ada balik, masa tu mak ok jer...siap ikut Ajaq gi shopping lagi. Cuma dia mengadu sakit2 badan dan
belakang. Ajaq rajin urut mak. Tup2 tiga hari lepas tu, Idah sms kata mak
sakit. Kak Ngah hantar mak ke
klinik. Berderau juga..apa sakit
mak? Lepas tu mama call Idah dan k.
Ngah....rupanya mak kena kayap. Kat
pinggang. Bila mama call mak, suara mak
merintih sakit..tak sampai hati pulak.
Mulalah terbayang yg bukan2.
Yelah, mak dah berusia..dah 75 tahun.
Daya tahan dah kurang. Ditambah
lagi dgn penyakit darah tingginya. Masa
tu juga terasa melonjak2 hati nak balik tengok mak, nak jaga mak. Yelah, kalau bukan kita anak2nya, siapa lagi?
Hujung
minggu tu juga mama balik kampung lagi.
Serba salah dn berbelah bahagi juga sebab di sebelah sini, abah pun
selalu pitam2. Sama2 tak sihat dan
uzur.
Sebelum
balik sempat juga mama buat research pasal kayap. Kayap ni ada empat jenis. Kayap ular, kayap tali pinggang, kayap
selendang dan kayap tapak kucing. Ia
berkaitan dgn saraf, sebab tu ia amat bisa.
Mak mungkin kena kayap tali pinggang. Mak kena makan ubat setiap tiga jam. Jadi mak tak dapat puasa. Lagipun dia tak tahan sakit. Mama adik-beradik bergilir tengok mak setiap minggu.
Hari
raya macam biasalah. Mama beraya di
Melaka dulu. Biasanya lepas zuhur baru
balik ke kampong jumpa mak. Hari tu,
kami tinggalkan abah dgn Yah. Kalau
biasanya Ani balik ke rumah abah lepas solat raya, tahun ini Ani balik
lambat. Suaminya dah bising sebab
katanya asyik diorang je yg selalu kat rumah abah petang raya. Yelah, rumah org tua, biasanya tetamu, kaum
keluarga dtg rumah jumpa abah petang raya. Kalau boleh Ani nak Aie tunggu kat rumah abah
sampai petang. Tapi.............biasalah,
lepas sembahyang raya je, isteri Aie sibuk telefon sana-sini........ Ani tak boleh nak marah kalau mama nak balik
beraya, dia pun tak boleh marah kalau mama langsung tak nak duduk rumah
abah....kan?
Raya tahun ni pun tak berapa meriah.
Pertama sebab mak tak sihat. Keduanya sebab dah ramai yg tak ada. Dulu raya pertama kira wajiblah beraya ke Sg
Abong ke rumah aruah Mk Ngah, aruah mak Long dan aruah Pak Usu. Kemudian ke Sg Nibong pulak ke rumah Cik Yam
dan Cik Mis. Tahun ni Mak Ngah, Mak
Long, Pk Usu dah tak ada. Kalau ada
anak2 diorang pun, masing2 entah beraya di mana2 rumah mentua masing2 kot. Cik
Mis pulak dah ikut anak dia, tak duduk rumah dia lagi. Kalu ada pun Cik Yam je sorang. Jadi hari tu, kami duduk sajalah berehat di
rumah mak sambil2 tengokkan mak.
Esoknya, kami ke Pt Baru, rumah Cik
Jar dn k.Ngah. Lepas tu bertolak ke Sg
Nibong..tapi Cik Yam tak de kat rumah.
Si SAVY biru:
Raya ketiga, abang Long dan keluarga
bertolak balik ke Perak. Abang ajak mama
balik ke Melaka lepas zuhur. Mama cadang
nak singgah rumah Noty. Masa mak dia
meninggal kami tak sempat ziarah. Lagipun hari tu dia kata jari dia luka
terkena parut kelapa. Abang setuju sebab tu kena balik lepas zuhur. Malam nanti abang ada mesyuarat JKK dan
mesyuarat agong UMNO merangkap jamuan raya.
Perghhh.......mesyuarat gitu...yelah, abang salah seorang JKK. Mama call Noty, katanya dia kat Tanjung Mas
ada gathering dgn alumni SABGS.
Alamak............ abang kata tak
apa, nanti kita lalu rumah Noty belok jelah kalau kereta dia ada.
Sebut pasal
collection, mama selalu ingatkan anak2 dan juga anak2 murid kat sekolah tujuan
beraya. Macam dah jadi kemestian pulak,
bila raya mesti ada duit raya. Tak leh
macam tu. Itu bukan budaya kita. Masa mama kecik2 dulu, dapat beraya rumah
cikgu atau saudara-mara memang seronok.
Tak de pun duit raya, tapi ikatan kasih dan silaturahim tu yg kita nak. Ini tidak....kalau budak2 dtg beraya, selalu
juga mama bebel..bukan bebel apa... dtg tak bg salam..tetiba masuk rumah. Tak salam pun kat tuan rumah, terus duduk
menghadap kuih. Dah tu selagi tuan rumah
tak hulur duit raya, selagi tu le dok tunggu.
As soon as tuan rumah bagi duit raya terus blah.......... ish, ish, ish...
*moral of the story: lain kali tak reti2 nak plan awal2.............. kan bole je beraya waktu pagi raya kedua atau
ketiga tu sebelum balik......baru le dpt jumpa semua orang........[.hmmmm,
macam berani sangat nak deal ngan abang.....silap2 kena tazkirah..hahaha...]
2 comments:
Kesian mak ko.. memang menjaga orang tua memang kena banyak bersabor..
Raya kali ni hari aku penuh dari raya 1 hingga 4. Walaupun sunyi di pagi syawal tapi petangnya sempat lagi buat tahlil sesama adik beradik buat semua aruah kedua mak dan bapak, semua atok dan nenek, semua pakcik dan makcik.
Penuh sebab hari 1 chief aka akak yg sulong dah bagi arahan raya ke2 gie rumah dia lepas tu rumah paman. Raya ke4 beraya ke melaka pulak rumah adikberadik aku.Nasib baik raya ke 3 dia takde buat plan sebab aku ada genda ke reunion.
Takpe lah kalau aku balik insya Allah aku singgah rumah ko. Tak semestinya raya je kita boleh berjumpa. Cuma terkilan juga nak ke rumah mas berjumpa dgn mas. Huh raya haji nanti tenguklah mesti aku nak singgah juga rumah mak mas.
Aku pun teringin gak nak jumpa mas...lama tak jumpa dia. hari tu aku lalu cuma ada keta kancil hijau je.. confirm la mas tak de kat umah mak dia..
aku kena kerap balik kg atau ke rumah adik aku kat kluang tengok mak aku..
mak aku dah selalu lupa2..risau aku..
Post a Comment