Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Ulang Daripada Mula
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!
ALHAMDULILLAH......Selamat menyambut hari merdeka ke 56...semoga Negara kita akan terus aman damai dan maju di bawah pimpinan barisan cabinet yg ada ini, amin.
Apa agaknya erti merdeka utk anak2 muda sekarang ye? Nampak macam mereka ni tak de langsung semangat nak menyambut hari kemerdekaan ni. Tak macam mama waktu kecik2 dan muda2 dulu. Masa tu kitorang excited nak sambut hari merdeka, macam nak sambut raya juga. Pgi2 lagi dah bangun terus bukak tv, nak tengok siaran langsung perarakan hari kebangsaan.
Sambil2 tu nyanyi lagu tanggal 31 dan saya anak Malaysia....siap pegang bendera lagi. Merajuk, kecewa kalau tak dapat pegang bendera.. padahal bukan bendera mahal pun, tapi bendera yg ada gula2 manik kat batangnya.. baru 20 sen masa tu...
Masa sekolah menengah pun excited juga. Aruah abang ngah terlibat dengan perarakan hari kebangsaan masa dia belajar kat Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai. Kitorang adik-beradik tunggu kat depan tv, mana tau muka abang ngah keluar nanti... Bila abang ngah balik kampong, pakaian yg dia guna waktu perarakan dibawa balik. Wah, kami kagum betul. Ada dua tiga pasang ..baju bendera pun ada.
Masa kat SMSAB dulu, ada satu tahun tu, kalau tak silap 1983 kot, waktu mama form 5. Masa tu band sekolah terlibat dgn perarakan kat KL. Walaupun mama tak de dlm band tu, mama tetap bangga dgn sekolah dan kawan2 yg terlibat. Kitorang tengok tv ramai2 dgn cikgu Bedah, aruah kak Tina . Bangga sungguh bila band sekolah masuk tv masa tu... Masniah, Chicken, Farizah dan Notie pun ada. Masniah main trumpet kot, Notie main drum kalau tak silap. Norkh mama tak pasti pulak. Kalau silap maaf jelah, maklumlah dah lebih 20 tahun berlalu. Yg mama ingat lagi, balik dr KL, muka masing2 berbelang kena sun-burn.
Itu merdeka dulu2. Rasa excited dan bangga amat tebal dlm hati.
Subuh tadi, di surau ada kejutan. Ada tiga org remaja melepak kat tepi sunagi belakang surau. Seorang perempuan 16 tahun, dua lagi lelaki 18 tahun. Apa kerjala melepak kat situ. Bila Jemaah surau 'cekup' dan tanya, rupanya sejak jam 2 pagi diorang kat situ. Budak2 lelaki tu budak2 taman mama. Yg perempuan tu dari Bkt Katil. Pak Imam telefon ibubapa ketiga-tiga remaja tu mintak dtg amik anak2 masing2. Diorang balik dari Bandar sempena sambutan ceria merdeka. Agaknya dah lewat, pintu rumah dah berkunci tak tau mana nak tuju, ke tepi sungai perginya. Yg pelik tu diorang bertiga, motor satu je...agaknya naik bertiga kot, Asalnya budak lelaki tu berdua. Berkenalan dgn budak perempuan tu, terus nak ikut balik. Ish, ish, ish..budak2 sekarang.. nak cakap lebih2, mama pun ada anak...
*Moral of the story: Jadilah seorang manusia yang MERDEKA daripada nafsunya dan HAMBA kepada Tuhannya..