Total Pageviews

Monday, June 18, 2012

kembali senyum

ni sambungan kisah K dan L....

sejak beberapa minggu yg lalu, K seakan cuba mengelak dari mama dan kawan2...kalau terserempak pun dia buat2 tak nampak......pendek kata, dia tak macam dulu.......tak ada lagi nak bersembang atau bergurau dgn kami......menurut sumber yg boleh dipercayai, K dah lama tak balik rumah.  Satu hari tu L tak pergi kerja sebab keretanya tiba2 rosak.....kesian si L, terpaksa uruskan semua sendirian.  Kemudian, mama terdengar citer yg si Y dah tak keruan sbb K dah tak berapa layan kat dia lagi.  Ibubapa Y pun dengarnya tak setuju kalau anak dara diorang nak kawin dgn K, apalagi statusnya yg masih suami L.  Nak jadi citer ni lagi panas ala2 drama gitu, suatu pagi tu Y datang cari K di tempat kerjanya...kat manalagi kat sekolahlah!  Y bawak pisau dan nekad nak bunuh diri depan K kalau K tak layan dia lagi.     Ish3x, tak malu punya anak dara....So, kecohla dgn adegan tu yg mana guru2 dan GPK tempat kerja K cuba nak tolong selesaikan masalah K dan Y...mklumlah, kawasan sekolah tu, malu kat budak2....kemudian K berjaya ajak Y keluar, tak tau lah kemana dia bawak Y tu....dengarnya juga, GPK dah 'basuh' Y.....iyelah, sampai nak berbunuh diri tu apa ke hal? macam org tak ada iman lak.....
 
tup2, hari ni mama terserempak dgn K dan L di satu kursus yg mama dan abang juga hadir.  Tempat, tak perlu citerla... Alhamdulillah, kedua-duanya nampak mesra dan tak 'melarikan' diri lagi....Mama agak mungkin K dah berjaya selesaikan masalahnya dgn Y....Mama tengok diorang macam pasangan baru bercinta pulak, jalan berdua, makan berdua....duduk pun dekat2.....Alhamdulillah, senang hati mama tengok..harap2 betullah yg K dan L dah berbaik dan memulakan hidup baru.....K pun ada tegur mama dan cuba nak bersembang mcm dulu2....L pun dah kembali senyum dan ceria.....nampak air mukanya yg bahagia........semoga kebahagiaan mereka berkekalan, amin....

  


2 comments:

notie said...

Semuga cinta kedua berkekalan hendaknya demi anak-anak tersayang. Buat malu org pompuan je mengamuk sebab affair dengan laki orang. Hish hish tak malu ke ngamuk kat sekolah hanya kerana suami org tak layan. Sedihkan sebab musuh wanita ialah wanita juga dalam kes cinta bersegi-segi ni.

mama aini said...

memang memalukan...macam dah terdesak beno...jadi, semua org yg melihat kejadian tu pun terfikirlah sesuatu yg tak elok pd budak tu......samada dia tu ada sakit mental, sbb tu tak tau malu, atau mungkin dia dah ada 'apa2' dgn org lain.....si K ni kambing hitam dia je....