Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya.
-HR Bukhari
jadikanlah al Quran itu SURAT CINTAmu sepanjang masa. Bacalah Al Quran walaupun satu muka surat pada setiap hari. AL-QURAN memberi petunjuk ke jalan yang benar.
kelebihan taubat dan istigfar:
*disayangi Allah
*didoakan oleh para malaikat
*diampunkan dosa
*diberikan pelepasan oleh Allah dari segala masalah
*dimurahkan rezekinya
*ditinggikan kedudukannya di sisi Allah
*bertaubat merupakan ciri-ciri orang yang beriman.
-DR YUSUF AL QARDHAWI
Berkongsi cerita,rahsia dan tips KEHIDUPAN, khas untuk wanita dan pencinta wanita.....
Total Pageviews
Saturday, June 13, 2015
Monday, March 16, 2015
PETUA HATI TENANG
*sentiasa bersangka baik
*jgn meneka-neka apa yg kita tak tahu
*jgn terlalu bimbang dgn perkara yg belum berlaku, buat saja persediaannya.
*jgn terlalu fikirkan masalah. Minta pendapat kawan2 atau org yang pernah ada pengalaman. Senaraikan jalan penyelesaian dan cuba selesaikan.
*bila hati tdk tenang, segera ambil wudhu', solat sunat dan sebutlah nama2 Allah..zikir, istighfar. Paling kurang, dengar ayat2 suci Al Qurankeran jin dan syaitan yg jahat sangat mudah masuk ke dlm hati manusia yg tdk tenang.
*ingat Allah sentiasa
5 tanda hati tenang:
a. sgt mudah memahami
- hati sentiasa terbuka utk faham takdir atas segala sesuatu yg berlaku
- maka, hati jadi tenang, tdk gelisah dan tdk berduka
-contoh: terima kelemahan dan kekurangan pasangan seadanya
b. ingat nikmat Allah semasa dan selepas diuji
-semasa diuji ingatlah pd pelbagai nikmat lain yg Allah sediakan
-sentiasa fikirkan org lain yg lebih susah
-contoh: dapat anak yg nakal, tapi ada org yg langsung tiada anak
c. hati yg hidup dan sedar Allah sentiasa memberi yg terbaik dlm hidupnya
-kalau nak sesuatu tapi tak dpt, pasti ada sebab yg baik kenapa Allah tak nak bagi kpd hamba-Nya
d. tahu dan sedar Allah selalu melihat kelakuan kita
-merasa diri selalu diperhatikan, maka dapat selalu bersabar
e. selalu dapat rasa / melihat keindahan Allah
-lihat ciptaan semulajadi Allah yg cantik dan sempurna
*jgn meneka-neka apa yg kita tak tahu
*jgn terlalu bimbang dgn perkara yg belum berlaku, buat saja persediaannya.
*jgn terlalu fikirkan masalah. Minta pendapat kawan2 atau org yang pernah ada pengalaman. Senaraikan jalan penyelesaian dan cuba selesaikan.
*bila hati tdk tenang, segera ambil wudhu', solat sunat dan sebutlah nama2 Allah..zikir, istighfar. Paling kurang, dengar ayat2 suci Al Qurankeran jin dan syaitan yg jahat sangat mudah masuk ke dlm hati manusia yg tdk tenang.
*ingat Allah sentiasa
5 tanda hati tenang:
a. sgt mudah memahami
- hati sentiasa terbuka utk faham takdir atas segala sesuatu yg berlaku
- maka, hati jadi tenang, tdk gelisah dan tdk berduka
-contoh: terima kelemahan dan kekurangan pasangan seadanya
b. ingat nikmat Allah semasa dan selepas diuji
-semasa diuji ingatlah pd pelbagai nikmat lain yg Allah sediakan
-sentiasa fikirkan org lain yg lebih susah
-contoh: dapat anak yg nakal, tapi ada org yg langsung tiada anak
c. hati yg hidup dan sedar Allah sentiasa memberi yg terbaik dlm hidupnya
-kalau nak sesuatu tapi tak dpt, pasti ada sebab yg baik kenapa Allah tak nak bagi kpd hamba-Nya
d. tahu dan sedar Allah selalu melihat kelakuan kita
-merasa diri selalu diperhatikan, maka dapat selalu bersabar
e. selalu dapat rasa / melihat keindahan Allah
-lihat ciptaan semulajadi Allah yg cantik dan sempurna
Saturday, March 7, 2015
SOLAT DAN SYARAT SUCI DARI NAJIS
Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya, pakaiannya serta tempatnya bersembahyang suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ianya dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci. Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!” (Surah al-Muddatstsir: 4)
Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Jika
datang darah haid maka tinggalkanlah sembahyang, dan jika telah berlalu haidh
itu maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.” (Hadits
riwayat al-Bukhari)
Daripada
ayat dan hadits di atas, jelas bahawa tidak sah sembahyang seseorang yang
terdapat najis pada tubuh badan, pakaian atau tempatnya bersembahyang. Namun
jika sekiranya najis itu merupakan najis yang dimaafkan, maka sembahyangnya
adalah sah walaupun dia tidak menghilangkan najis dan menyucikan tempat yang
terkena najis itu terlebih dahulu.
Untuk
memudahkan seseorang itu melaksanakan ibadatnya, adalah perlu dia mengetahui
apakah perkara yang dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.
Apakah
Dia Najis Yang Dimaafkan itu?
Menurut
para ulama mazhab asy-Syafi‘e, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal
pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk
dielakkan daripadanya.
Berikut
adalah sebahagian contoh najis-najis yang dimaafkan:
1. Najis
yang tidak nampak pada pandangan mata kasar, walaupun ia daripada najis
mughallazhah. Umpamanya darah yang terlalu sedikit atau air kencing yang
terpercik sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat bersembahyang yang
tidak nampak oleh pandangan mata kasar.
2. Najis
yang sedikit seperti darah nyamuk, agas atau kutu yang tidak mengalir. Begitu
juga darah yang keluar dari kudis, bisul, jerawat kecil, luka atau nanah pada
badan seseorang, pakaian atau tempatnya bersembahyang yang bukan disebabkan
perbuatannya sendiri.
Jika
darah tersebut keluar disebabkan oleh perbuatannya sendiri, umpamanya
membunuh nyamuk yang ada pada bajunya atau memicit kudis atau jerawat
sehingga mengeluarkan darah, maka darah tersebut tidak dikira sebagai
najis yang dimaafkan.
Darah
atau nanah luka yang banyak juga termasuk najis yang dimaafkan dengan syarat,
iaitu:-
- Darah atau nanah tersebut
merupakan darah/nanah dari orang itu sendiri
- Darah atau nanah itu keluar
bukan disebabkan perbuatannya atau disenghajakannya.
- Darah atau nanah yang keluar
itu tidak mengalir dari tempatnya, seperti darah yang banyak itu tidak
mengalir daripada lukanya.
3. Darah
ajnabi iaitu darah orang lain yang terkena pada badan, kain atau tempat
bersembahyang dengan kadar yang sedikit dengan syarat najis tersebut bukan dari
najis mughallazhah iaitu daripada anjing dan babi. Jika ia berasal dari
keduanya atau salah satu dari keduanya, tidaklah ia dimaafkan walaupun hanya
sedikit.
Menurut
Imam al-Adzra‘ie Rahimahullah bahawa adalah termasuk juga darah yang terpisah
daripada badan seseorang itu yang kemudiannya terkena semula padanya sebagai
darah ajnabi.
4. Darah
yang sedikit yang keluar dari hidung atau darah yang keluar dari
bahagian-bahagian tubuh seperti mata, telinga danyang seumpamanya, selain dari
jalan tempat keluar najis seperti tempat keluar tahi.
Jika
darah keluar dari hidung seseorang sebelum dia melakukan sembahyang dan terus
menerus keluar darah tersebut, dalam hal ini jika pendarahan itu diharapkan
berhenti dengan keadaan waktu sembahyang yang masih panjang, maka hendaklah
ditunggu. Akan tetapi jika sebaliknya, hendaklah dia membersihkan dahulu darah
tersebut dan hidungnya (tempat keluar darah tersebut), kemudian menyumbatnya
dengan kapas umpamanya dan melapisnya dengan kain jika perlu.
5. Darah
yang masih tinggal di tempat lukanya yang keluar hasil dari perbuatan
mengeluarkan darah dengan tusukan atau berbekam, sekalipun banyak yang masih
tinggal di tempat lukanya.
6. Darah
yang keluar dari gusi bila tercampur dengan air ludah sendiri. Sah sembahyang
bagi orang yang gusinya berdarah sebelum dicucinya darah tersebut selagi dia
tidak menelan air ludahnya ketika di dalam sembahyang.
7.
Sedikit tanah tempat laluan seperti jalanraya atau yang seumpamanya yang memang
diyakini kenajisannya, dengan syarat najis tersebut tidak jelas di tempat itu
dan dia telah pun berusaha untuk mengelak daripada terkena tempat laluan
tersebut seperti tidak membiarkan hujung kain terkena tanah tempat laluan
tersebut.
Perhatian:
Dasar menentukan kadar sedikit atau banyak yang dimaksudkan bagi najis itu
ialah merujuk pada adat kebiasaannya, iaitu apa yang dianggap oleh adat
kebiasaan sebagai sedikit, maka dikira sebagai sedikit dan begitulah
sebaliknya. Jika ada syak darah tersebut banyak atau sedikit, maka dihukumkan
sedikit dan dimaafkan.
Sesungguhnya
Islam adalah agama yang mengutamakan kebersihan. Kerana itu umat Islam
diperintahkan untuk memelihara diri dari segala najis sehinggakan suci daripada
najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat dijadikan sebagai salah satu syarat
sah sembahyang. Walau bagaimanapun Islam juga adalah agama yang tidak
membebankan umatnya dengan kesukaran. Contohnya pengecualian terhadap najis
yang dimaafkan yang tidak menjejaskan kesahihan sembahyang, kerana kesukaran
menghilangkannya atau mengelak dari terkena najis tersebut.
Friday, March 6, 2015
6 Sebab Hati Jadi Mati
Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;
1. Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.
3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
sumber: pakarhowto.com
Thursday, March 5, 2015
Kata-Kata Hikmat
1. Tiga hal yang buruk dan merugikan: dusta, malas dan putus asa (pesimis).
2. Tanda kedunguan dan kebodohan ialah bila seseorang melakukan apa yang dilarang. Dan tanda ketinggian darjat akal sesorang ialah bila orang lain selamat dari lidah dan tangannya (kejahatan, keburukan dan gangguannya).
3. Kesohoran dan kepopularan adalah keharuman dari amal dan jasa mulia.
4. Tidak ada keadilan dalam kebenaran dan tidak ada kebenaran dalam keadilan.
5. Segala yang telah lampau terasa indah kerana hal itu tidak akan berulang kembali.
6. Dunia tidak sempit bagi orang yang berwatak dermawan.
7. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki orang lain.
8. Orang yang berakal ialah yang ingat mati dan tidak melupakan kehidupan.
9. Wanita yang berparas cantik tidak memerlukan dandan yang berlebihan dan wanita yang berdandan berlebihan adalah wanita yang mengakui kejelekan parasnya.
10. Sejak manusia hidup, rumahtangga adalah pusat kesenangan dan kebahagiaan. Tetapi sekarang ini cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga makin kering dan kaku. Kelemahan tiap orang adalah mencari ketenangan dan ketenteraman di luar rumahtangganya. Dan ini lah musibah keluarga.
11. Cara yang paling baik menghadapi masa depan ialah melaksanakan pekerjaan yang anda hadapi sekarang ini dengan seluruh tenaga, semangat dan kecekapan (keahlian) sesempurna-sesempurnanya.
12. Pesimisme adalah titik hitam di alam terang benderang dan optimisme adalah nyala lilin yang menerangi jalan yang gelap.
13. Orang yang paling sesat ialah yang lebih percaya kepada adat isitiadat nenek moyang mereka daripada akal sihat mereka sendiri.
14. Kehidupan adalah harapan dan orang yang kehilangan harapan adalah kehilangan kehidupannya.
15. Tinggalkanlah kemuliaan, jangan kau pergi mencarinya. Duduklah, sebab kau hanyalah pencari pakaian dan makanan. Allah merendahkan kaum lemah yang lemah fikiran dan cita-citanya. Hidup ini sekadar mendapatkan pakaian dan makanan.
16. Barangsiapa dengan gigih mempertahankan pendiriannya sendiri maka dia akan binasa,
17. Mata yang redha kabur melihat segala cacat. Mata kebencian menampakkan segala kesalahan.
18. Meletihkan tubuh hari ini agar beristirehat esok hari adalah lebih baik daripada beristirehat hari ini untuk keletihan esok hari.
19. Orang yang mendatangkan bencana bagi bangsanya ialah orang yang tidak pernah menyebar benih pertanian, bata pembangunan, menenun tekstil atau mendidik dan mengajar, tetapi orang yang menjadikan politik sebagai mata pencarian.
20. Kekayaan yang hilang bisa dikejar dengan tekun bekerja. Kesihatan yang hilang bisa dipulihkan dengan ubat-ubatan. Tetapi waktu dan kesempatan yang hilang tidak bisa dikejar kembali.
Sunday, March 1, 2015
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Dari
Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu
biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w
bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman -
Maha Pemurah
3. Ar-Rahim -
Maha Penyayang
4. Al-Malik -
Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus -
Maha Suci
6. As-Salam -
Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min -
Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin -
Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-‘Aziz -
Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha
Pemaksa
11. Al-Mutakabbir -
Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha
Pencipta
13. Al-Bari' - Maha
Perancang
14. Al-Musawwir - Maha
Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha
Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha
Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha
Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha
Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha
Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha
Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha
Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha
Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha
Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha
Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha
Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha
Mendengar
28. Al-Basir - Maha
Melihat
29. Al-Hakam - Maha
Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha
Adil
31. Al-Latif - Maha
Halusi
32. Al-Khabir - Maha
Waspada
33. Al-Halim - Maha
Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha
Agong
35. Al-Ghafur - Maha
Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha
Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha
Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha
Besar
39. Al-Hafiz - Maha
Pelindung
40. Al-Muqit - Maha
Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha
Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha
Luhur
43. Al-Karim - Maha
Mulia
44. Ar-Raqib - Maha
Pengawas
45. Al-Mujib - Maha
Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha
Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha
Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha
Pencinta
49. Al-Majid - Maha
Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha
Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha
Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha
Benar
53. Al-Wakil - Maha
Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha
Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha
Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha
Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha
Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha
Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha
Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha
Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha
Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha
Mematikan
63. Al-Hayy - Maha
Hidup
64. Al-Qayyum - Maha
Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha
Menemukan
66. Al-Majid - Maha
Mulia
67. Al-Wahid - Maha
Esa
68. As-Samad - Maha
Diminta
69. Al-Qadir - Maha
Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha
Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha
Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir -
Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha
Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha
Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha
Menyatakan
76. Al-Batin - Maha
Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha
Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha
Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha
Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha
Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha
Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha
Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha
Mengasihi
84. Malik Al-Mulk -
Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali
wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha
Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha
Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha
Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha
Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha
Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha
Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha
Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha
Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha
Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha
Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha
Kekal
97. Al-Warith - Maha
Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha
Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
(fadhilat
ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat
Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1.
"Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar
di dalam mencapai segala yang dihajati.
2.
"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup
akan hilang dengan izin Allah.
3.
"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa
cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4.
"Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau
setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari
akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5.
"Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati
seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6.
"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani
& rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan
menjadi segar sihat & sejahtera.
7.
"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,
keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari
segala macam gangguan yang merosakkan.
8.
"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9.
"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,
InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh
kewibawaan.
10."Ya
Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh
akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11.
"Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka
akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya
Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang
ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya
Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit,
dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan
terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya
Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,
maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga
Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan
"Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk
berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi
hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,
bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya
Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)
bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya
Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita
akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang
yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17.
"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang
siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau
kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18.
"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu
khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal &
membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan
dengan ikhtiar yang zahir.
19.
"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat
agama.
20.
"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat
Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21.
"Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan
semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22.
"Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,
kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini
setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23.
"Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan
suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.
Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24.
"Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70
x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25.
"Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan
memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26.
"Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada
orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si
penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27.
"Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran
telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan,
lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28.
"Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat,
InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan
taufik & hidayah dari Allah.
29.
"Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan
suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu
agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30.
"Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai
solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31.
"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya
menjadi laris & maju.
32.
"Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini
antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah
terpisah sekian lama.
33.
"Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu,
bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa
saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.
34.
"Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang
sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x
kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan
izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35.
"Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan
zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya,
InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36.
"Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai
pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting
& terdesak.
37.
"Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah
zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu
direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah
lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.
InsyaAllah mujarab.
38.
"Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau
dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x
selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah.
Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39.
"Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan
terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam
hutan.
40.
"Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika
sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan
bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan
menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41.
"Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat,
amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat
Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42.
"Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam
yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang
mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai,
maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat &
begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43.
"Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia
mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika
hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.
44.
"Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan
barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat
agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh &
sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45.
"Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya
& agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan
zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan
doa kita.
46.
"Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini
sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan
hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah
Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47.
"Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan
zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar
didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x
setiap hari.
48.
"Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam.
InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi &
rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49.
"Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota
keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua
belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota
keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50.
"Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan
ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51.
"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan
setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52.
"Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah
sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53.
"Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat,
atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana
tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54.
"Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55.
"Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya
mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan
sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56.
"Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau
kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin
kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57.
"Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya
Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58.
"Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan
didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan
zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59.
"Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka
zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60.
"Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61.
"Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62.
"Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63.
"Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64.
"Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang
ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh
setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan
yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..."
sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara
berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65.
"Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66.
"Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini
setiap hari.
67.
"Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata &
tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap
kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
68.
"Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka
pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan
berasa segar & sentiasa.
69.
"Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu
gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala
hajat akan berhasil.
70.
"Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari
berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu
sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan
keberhasilan hajat kita.
71.
"Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata
"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari,
InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72.
"Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,
perbanyakkanlah zikir ini.
73.
"Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74.
"Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu
selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75.
"Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat
waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya
dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76.
"Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x
sesudah solat fardhu.
77.
"Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka
oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78.
"Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka
yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka
bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah
kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan
berhasil.
79.
"Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80.
"Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin
bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah
diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81.
"Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya
dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita
memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita
akan mendapat pertolongan Allah.
82.
"Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan
diampuni segala dosanya oleh Allah.
83.
"Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada
pada waktu siang mahupun malam.
84.
"Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin
kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap
malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85.
"Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x
setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan
pertolongan Allah.
86.
"Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang
mengamalkannya.
87.
"Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita
yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap
hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah
orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88.
"Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita
perolehi itu akan mendapat berkat.
89.
"Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia
& akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala
hajat kita akan tercapai.
90.
"Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x
pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar
dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91.
"Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk
menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas
dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada
setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92.
"Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan
zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, &
bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93.
"Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa
yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan
baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu
berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94.
"Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat
tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah
akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95.
"Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting &
bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka
berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah
Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan
lancar.
96.
"Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas
waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca
rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap
dengan berkat zikir ini.
97.
"Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat
fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka
hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x.
InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita
akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98.
"Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas
otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita
akan menjadi bertambah cerdas.
99.
"Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal,
maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar &
penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.
FADHILAT
ZIKIR ASMAUL HUSNA
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang
terdesak.
2. Orang yang
teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat
baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim
yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda
Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang
menakutkan.
2. Menangis tatkala
berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara
Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh
semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang
bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan
diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari
hati yang lalai.
3. Hendaklah
makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana
sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan
bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan
sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan
memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar,
hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum
berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
Subscribe to:
Posts (Atom)