Total Pageviews

Friday, May 31, 2013

Hari bersejarah dan Tinggal sejarah

Hari bersejarah berbeza dengan tinggal sejarah.  Maknanya tak sama.  Kita cerita dulu tentang hari bersejarah.

19 Mei lalu, mama dan family ke UITM Shah Alam kerana majlis konvokesyen si bujang, Ariff.  Sekejap betul masa yg berlalu, sedar tak sedar anak dah meningkat dewasa.  Rasa puas bila tengok dia dah terima segulung diploma.  Walau hanya diploma, ia tetap suatu yg boleh dibanggakan. 

 

Kemeriahan majlis masih lagi terasa.  Di hari itu, ramai ibubapa yg dtg beserta ahli keluarga utk turut sama meraikan kejayaan anak2 mereka.  Adik, abang, kakak, anak2 buah, saudara-mara serta kawan2 masing2 tumpang gembira.  Ia dpt dilihat dpd suasana riuh rendah dan kesibukan mereka mengambil gambar bersama-sama.


 
 
 
Alhamdulillah..dah pun terima diploma.  Oleh sebab semangat belajar tu masih berkobar, Ariff teruskan studynya ke peringkat degree pulak.  Dari seramai 60 orang kawan yg sama jurusan dgnnya, cuma 11 orang saja yg diterima melanjutkan pelajaran lagi.  Yang lain2 terpaksalah cari kerja.   
 
Mulanya mama rasa tak perlulah kami dtg meraikan hari konvokesyennya, tapi bila difikir, ini adalah hari yang bersejarah untuknya.  Mungkin sekali seumur hidupnya, dan mungkin ini juga sekali bagi mama dan abang serta adik2nya berpeluang meraikannya bersama-sama.  Bila hari konvokesyen utk ijazahnya kelak belum tahu lagi kami ada rezeki utk meraikan.  Jodoh, ajal maut ditgn Tuhan  kan.    Ternyata Ariff amat teruja dan gembira dgn kehadiran kami.  Bukan main erat lagi dia peluk mamanya dan ayah serta adik2.  Terpancar kegembiraan yg bukan dibuat-buat.  Alhamdulillah......terima kasih ya Allah kerana memberi kami kesempatan utk meraikan hari bersejarah itu.
 
Jom cerita tentang ajal, maut dan 'tinggal sejarah' pulak.  Ada seorang kawan baik Ariff ni yg demam katika konvokesyen berlangsung.  Dia tetap hadir dan meraikannya bersama kawan2.  Digagahkan diri utk menerima segulung diploma dari pro-canselor. 
 
Lima hari kemudian, dia dimasukkan ke ICU hospital Putrajaya kerana tidak sedarkan diri.  Dia koma beberapa hari.  Pada hari Rabu 29 Mei lalu, virus telah menyerang bahagian paru2 dan dia disahkan meninggal dunia jam 10 pagi.  Berita tentang dia ada disiarkan dalam Harian Metro hari berikutnya. 
 
Ariff sempat juga menziarahi aruah ketika dia koma di ICU dan bila mendengar khabar sahabatnya itu nazak, dia bergegas ke Hospital Putrajaya dgn seorang lagi kawan.  Dlm perjalanan, Ariff diberitahu sahabatnya itu telah meninggal dunia.  Al Fatihah untuk sahabtnya Megat Hariqh Hakimi, yg pernah juga dua tiga kali berkunjung ke rumah kami. Kini, kebaikan dan keramahannya hanya tinggal sejarah.

Meracau tahan derita 

Oleh Hamid Karim
Shah Alam: “Saat-saat akhir sebelum pemergiannya, Allahyarham dilaporkan meracau-racau akibat terlalu panas diserang virus penyakit kencing tikus. Memang saya amat sedih melihatnya dan sebagai cucu sulung, pemergian arwah amat dirasakan,” kata Hasnah Abu Kassim, 72, nenek pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Megat Hariqh Hakimi, 21.
Pelajar peringkat ijazah jurusan reka bentuk industri di UiTM kampus Shah Alam itu, meninggal dunia jam 10 pagi semalam di Hospital Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Kemuning, di Seksyen 31, berdekatan kediaman keluarganya, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.
Hasnah dalam keadaan sebak berkata, cucunya yang juga anak Penerbit Rancangan BERNAMA TV, Hakimi Mohd Zain, seorang yang pintar dan berbakat luar biasa dalam bidang lukisan serta amat rapat dengannya dan dua adiknya yang masing-masing berusia 14 dan 10 tahun.

“Dia dimasukkan ke hospital Khamis lalu selepas mengalami gejala pelik, dua hari selepas dimasukkan, arwah tidak sedarkan diri dan kemudian meracau-racau termasuk menjerit-jerit dipercayai menahan virus penyakit yang menyerangnya.
FotoIBU Allahyarham, Raja Harumi di sisi pusara anaknya.

“Kami sekeluarga memang sedih lebih-lebih lagi Megat Hariqh rapat dengan saya dan dua adiknya yang lain. Dua adiknya pasti merasai kehilangan abang mereka yang amat baik,” katanya.



 

No comments: