Total Pageviews

Wednesday, March 13, 2013

AL-FATIHAH



Sedih, sayu, sebak, hiba......tak sedar air mata mengalir deras tatkala menonton berita di tv, kisah tentang wira-wira Negara yang gugur syahid di Lahad Datu....

Terbaru, seorang tentera berumur 21 tahun...muda belia tu.  Sebaya dgn anak mama yg sulong, Ariff....bagaimanakah agaknya ibunya menerima berita kematiannya.....  kalau mama, mama belum sanggup lagi untuk menerima kehilangan anggota keluarga terutamanya anak sendiri yg lahir dari Rahim ini.... ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada ahli keluarga mereka supaya mereka tabah dan kuat ....

Mama masih teringat lagi suatu ketika dulu, ditahun 1995 apabila mama kehilangan anak kedua, Ain Nabiha yang baru berumur 11 bulan 27 hari.  Selama berminggu mama menangis di sekolah, tak boleh tengok anak-anak murid mama kerana setiap kali melihat mereka, terbayangkan wajah Ain.  Kawan-kawan sekolah pun amat faham, lantas mereka menyarankan mama berjumpa ustaz minta air penawar untuk memulihkan semangat yang hilang.  Alhamdulillah, sebulan kemudian mama dah boleh redha dengan kehilangan Ain.

Wajarkah kita berasa bimbang dengan keadaan di Lahad Datu ketika ini?  Tentunya anggota keselamatan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.  Begitu juga ahli-ahli keluarga mereka, pasti sentiasa bimbang dengan keselamatan abang atau ayah yang berjuang di sana.  Khabarnya wira-wira itu ada yang disiksa sebelum mati....dicungkil mata, dilapah hati....dipenggal kepala...kejamnya......Allahuakbar...!!

  Sandiwara? Sanggup mati kerana sandiwara?

Dalam kesedihan, hati mama cukup terbakar apabila ada juga puak-puak yang meremehkan pengorbanan anggota keselamatan kita.  Tergamak mereka menuduh ianya hanya sandiwara.  Sandiwara apa kalau polis dan tentera yang bertugas benar-benar terkorban.  Ada ke orang yang sanggup berlakon dan kemudian sanggup betul-betul mati?  Apalah agaknya yang ada dalam benak puak-puak ini.  Tak sensitive langsung.  Sepatutnya puak-puak ini yang kita tembak mati dahulu, kemudian kerat 18!  Geram sungguh....tak ada perasaan.

  Sandiwara?  Dangkalnya pemikiran....

Rasa pilu terus menyesak dada tatkala melihat betapa ramainya yang mengiringi jenazah wira-wira yang terkorban.  Mereka diberi penghormatan kelas pertama, setaraf dengan jenazah pemimpin Negara....  AL-FATIHAH sekali lagi buat roh-roh mereka.  Semoga ALLAH tempatkan mereka di syurga ..berbahagialah hendaknya mereka di sana... kepada semua ahli keluarga, semoga anda semua tabah menghadapi dugaan berat ini.  Abaikan kata-kata penghinaan dari puak-puak yang dengki.  Sebaliknya bersyukur dan berbanggalah kerana anda punya waris yang mulia, mati mereka mati syahid kerana berjuang untuk kedaulatan Negara. 

  Wahai perwira, teruskan perjuangan..semoga Allah lindungi kalian..aminn...


No comments: