tahun 2010, dia ni dtg mendaftar di sekolah kami sebagai murid baru.. pindah dari Kedah nun...umurnya masa tu 10 tahun.. oleh sebab dia tak bawa bersamanya dokumen atau buku rekod pencapaian prestasi, dia pun dimasukkan ke kelas 4c. Muka dia comel je... gigi depannya jarang, tapi itu menambah lagi manis diwajah.. di awal2 tahun dia baik saja.. pandai membaca, kira dialah yg paling pandai dlm kelas tu. Tpi masuk bulan ketiga persekolahan, dia dah mula tunjuk belang. Ada saja kes yg dibuatnya.. mama yg masuk mengajar di kelasnya pun selalulah tension... sebab dia suka sangat mengganggu 'ketenteraman awam'.. Ada saja murid yang disakatnya hingga menangis. Kalau nama bilik kaunseling tu, boleh dikatakan setiap hari ada muka dia, maklum budak bermasalah..
Turut berpindah sama ke sekolah ni ialah mak dia. Kebetulan mak si muzammil ni apply kerja sebagai pekerja sekolah dan diterima. Pernahlah juga berbual dgn mak dia... Katanya dia berasal dari Ipoh, Perak. Kedah tu tempat kerja bekas suaminya. Kampung asal datuk dan nenek Muzammil pulak di Jasin. Tu yg mak Muzammil balik ke Jasin tinggal dgn neneknya. Kenapa tak balik Ipoh? Kata ibunya sebab dia ada masalah dgn ibubapanya. Hmm, patutlah Muzammil nakal semacam, rupanya dtg dari keluarga yg berpecah-belah.
Alkisahnya, bapa Muzammil ni pergi tanpa pesan masa Muzammil dua tahun. Adik permpuannya pula baru lahir. Beberapa tahun kemudian, selepas sah bercerai. kebetulan dtg jodoh jadi ibunya berkahwin lagi dgn seorang askar. Tu yg dok kat kem di Kedah tu. Alkisahnya lagi, bapa barunya dapat wang pencen askar. Masa tu ibu Muzammil dlm pantang bersalin adik tirinya. Agaknya bila dpt duit yg entah berpa ribu tu, bapa tiri muzammil jd lupa diri dan menceraikan ibunya. Sejarah berulang.
Menurut kata ibunya, Muzammil ni mmg nakal sangat sampai dia pun tak tahu apa nak buat. Jiran2 pun dah banyak mengadu tentng kenakalan Muzammil.
Thun ni Muzammil dah masuk Tahun 6. Dh nak UPSR. Kebetulan pulak mama ajar dia lagi. Kali ini dia nampak jauh berubah. Ada kesungguhan untuk belajar dan tak nakal macam dulu. Ibunya dah tak kerja kat sekolah ni lagi. Sejak tahun lepas ibunya dah bekerja di hotel Jasin sebagai pembantu tukang masak. Dengar cerita, bapa tirinya dtg mencari ibunya nak rujuk semula tapi ibunya dah serik. Mungkin duit dah habis joli, jadi baru teringat anak bini. Apa2 pun mama selalu berdoa agar Muzammil akan berjaya dlm pelajaran dan jadi anak yg berguna, sebab mama nampak ciri2 seorang yg bertanggungjwb itu ada dlm dirinya.
Adik mama si Idah tu pulak lain ceritanya. Tahun lepas dia dpt anak segera. Kisahnya adik ipar Idah dah bercerai dgn suaminya dan masing2 dah kawin lain. Yng jadi mangsa anak2 lah. Anak2 yg empat org tu terpaksa tinggal dgn datuk mereka kerana ibu dan bapa baru masing2 tak nak terlibat langsung dlm soal memelihara anak bekas suami dan isteri tadi. Sidiq anak ketiga yg baru berumur lapan tahun tu nakal sungguh. Maklumlah sejak kecil tinggal dgn datuk. Oleh kerana datuk dah uzur, dah tak sanggup lagi menjaga cucu2, si datuk serah kembali cucu2 kepada anak2 dan bekas menantu. Masing2 menggelabah. Sidiq dan si kakak diambil oleh ibunya tapi setakat seminggu dua saja. Awal tahun lepas, si ibu tinggalkan Sidiq di rumah Idah mintak Idah bela.
Hmm.... mcm2 hal yg berlaku sejak Idah dpt Sidiq. Hampir setiap hari jiran2 dan guru2 mengadu halnya. Dari hal mencuri sampailah membuli. Idah dah naik pening hingga akhirnya tak sanggup lagi menjaga Sidiq. Dengarnya, Sidiq diambil kembali ke kampung ayahnya di Kedah untuk dipelihara oleh ibu saudara di sana pulak.
Mama pun tak pasti kesudahan cerita Sidiq ni. Harap2 dia pun dapat jadi anak yang soleh yang baik sebaik namanya.
'Moral of the story', ibu bapa kalau boleh janganlah bercerai-berai. Kalau terpaksa bercerai pun sama2 lah sepakat uruskan hal anak2. Jangan biarkan anak2 terbiar kekurangan kasih sayang macam dua kanak2 tadi. Mama percaya, Muzammil dan Sidiq tu jadi begitu kerana mereka sebenarnya memberontak. Mereka tentu kecewa bila ibu atau ayah tinggalkan, pergi tanpa pesan, hilang tanpa berita. Kalau ada pun, mereka jadi macam bola, sepak sana, sepak sini sebab ibu dan ayah pentingkan diri mereka sendiri. Mujur ada datuk atau saudara yg belas, tolong bela. Tapi mana nak sama kasih ibu dan ayah kandung sendiri. Nak marah, sedih sangat tapi tak tau pada siapa nak mengadu, jadi mereka lepaskan semua perasaan marah, sedih , kecewa tu pada org lain. Mama percaya ramai lagi kanak2 yg sama seperti Muzammil dan Sidiq. Malang sungguh nasib mereka.
2 comments:
Kesian kan bila tenguk kat anak-anak yang jadi mangsa keadaan bila ibu dan ayah bercerai.
Mak dan bapa cuma fikir diri mereka je yang tak bahagia tapi kebahagiaan anak-anak ada mereka fikirkan. Zaman sekarang ni mudah betul kan tak sesuai je cerai tak sesuai je berpisah padahal anak masih lagi kecil kadang tu baru berapa bulan bersalin. huhuhu apasal ek.
jenis orang2 yg tak pernah nak menghargai kasih-syg org lain. jenis yg tak reti nak menghargai, yang pentingkan diri sendiri... anak2 yg tak berdosa pulak terpaksa tanggung 'dosa' mak bpk bila asyik kena kutuk akibat kenakalan mereka.... berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul, kita ni cuma boleh bersimpati, nak tolong pikul tak mampu ....
Post a Comment