masa tu kalau kerja yang kena buat memerlukan penggunaan computer, tetiba laptop buat hal...huh rasa nak buang je laptop kat sungai bemban. hmmmm...gerammm...kalaule boleh ditelan kumakan, ku kunyah2 laptop tu agaknya....
dah mula dah.................... baru2 ini, mama stress giler sebab laptop buat hal. dah mula dah.....'hang' la dan macam2 masalah lagi. maklumlah laptop yg 'sewaktu' dan sebaya dengannya lama dah 'dikapankan'..... fikir punya fikir, dpd dok stress gunakan kau baik aku beli yang baru...!!!
kerja pun satu hal jugak.... semenjak dua menjak ni, hampir semuanya perlu gunakan 'online'.....dari sekecil-kecil 'task' kepada yang serumit-rumitnya. semua nak 'online' tapi server very the slow.....
dah mula dah, masuk tahun baru, bulan baru.......meeting tak habis2.... dari meeting dalaman sampai la ke meeting di jabatan, semua nak kena attend... faham2 jela kalau dah attend meeting tu maknanya adalah kerja menanti..... fuh, kerja lagi...dah mula dah pening kepalo den....mana nak buat dulu ek,,....
dalam kita dok sibuk buat kerja kita ada pulak sosek2 , bla..bla...bla..... kononnya mama kena tukar sekolah..... dengar citernya adala sebuah sekolah baru tu yg memang dekat dgn rumah, perlukan seorang lagi cikgu macam mama ni.... seorang kawan yg kerja kat sekolah tu siap tepon mama lagi beritahu kononnya nama mama dah disebut-sebut di sana.... kebetulan pulak guru besar sekolah tu pun kenal mama, kawan sekelas masa sambung belajar dulu.. guru besar tu suruh kawan tadi call mama dan pujuk supaya mama pergi melobi di ppd, jumpa sipolan bin sipolan....
mama kena melobi? ish, tak biasalah..... mama pasrah je, kalau betul 'rezeki' mama kat situ mama terima saja..jadi, cuma tunggu dan lihat....dah mula dah, khabar2 angin tersebar.......
tup2, isnin lalu... surat pertukaran betul2 sampai ke pejabat..... tapi bukan mama calonnya, sebaliknya orang lain.... orang ni pulak macam tak puas hati.... macam nak mama ambil alih pulak dan buat mama serba salah dan rasa bersalah.... fuh, gawat ni.....
dengar khabar juga, kononnya memang ppd nak mama ke sekolah baru tu, tapi bos mama pulak yg tak benarkan...... wah, terasa diri ni macam berharga jugak.... yelah, pening kepala bos nanti sebab kalau mama yang keluar, siapa lak yg nak sambung kerja2 mama nanti.... banyak tu.... ha, kan...dah mula dah...stress ooo.....