Total Pageviews

Thursday, August 30, 2012

kenduri vs rumah terbuka

musim org kawin dah kembali.....minggu pertama syawal dah ada jemputan kawin....belum kira jemputan rumah terbuka lagi...aduhai, hampir setiap hari lah pulak jemputan rumah terbuka ni......dari kawan2, anak2 murid dan ajk pibg....semua jemput sampai tak larat nak hadir....kdg2 rasa serba salah, tak pergi salah, pergi pun salah...iyelah kalau dah berebut-rebut open house sampai dua tiga rumah setiap hari.......!! bila pulak badan nak rehat oi...terutama tang perut.....baru je 'mesin' pengisar makanan berehat sepanjang ramadhan, tup2 bila syawal menjelma dia kena 'kerja' lagi kuat pulak.  Tak heranlah kalau selepas ramadhan, hospital dan klinik2 penuh sesak...ada je yg tak sihat....yg selsema, batuk, cirit-birit..ish3x.....macam2 lah.....

  tu dia...........makanan2 yg 'menjolok mata'.......hehe.

 makan...makan......banyak lagi tu...

Tapi hari tu mama ada tonton TV Alhijrah, tak ingatlah pulak nama ustaz tu....katanya kita WAJIB hadir majlis kenduri kahwin.....tetapi TIDAK diwajibkan untuk kita hadir rumah terbuka...so, pikir2lah sendiri....kalau rasa larat nak biarkan dapur rumah tak berasap [ mmg tak berasap pun dapur zaman ni] , silalah ke rumah2 yg terbuka tu...


Terlanjur cerita pasal makan ni, mari kita sama2 renung2kan adab2 yg perlu ada dan
diamalkan semasa menghadiri majlis makan2 tak kirala kenduri ke, rumah terbuka ke.....
ni mama copy paste je dari blog orang......harap tuan punya blog tak marah...sekadar berkongsi info...tergelak mama membacanya....jom baca..

Antara adab-adabnya :

(1). Jangan komplen secara terbuka pada tuan rumah yang menu masakan tak sedap,
menu sikit, air tak manis, tak sejuk lah.. Dah dpt makan free diam je .. Syukur lah.. 

haha Syrupmasin

(2). Dah habis makan tu sila la blah dengan segera jika tengah ramai orang berdiri
mencari tempat duduk kosong.. Jangan u alls dok hisap rokok, borak-borak berjam-jam..
Kalau nakberbuat sedemikian jugak, Sila bawa kerusi sendiri dari rumah !


(3). Makan di tempat yang disediakan untuk tetamu, bukan di tempat makan pengantinataupun masuk rumah tuan rumah sambil On TV.. 



(4). Makan dengan gelojoh teramat sangat macam setahun tak jumpa nasik..
Sehinggakan orang sebelah naik menyampah lalu menempeleng u alls laju-laju..

(5). Bawak kengkawan seramai 10-20 orang yang tidak dijemput oleh tuan rumah
dengan alasan ingin berteman.. 

ha.....amacam? menarikkan? terima kasih kpd alifharis.blogspot.com.

1 comment:

notie said...

Alhamdulillah rezeki depan mata weiiii syukurlah masih boleh di nikmati. Cuba bayangkan negara Afrika nun hah sampai takde makana.

Apa pun berpada-pada amalan yang baik. Apapun yang kita terima bersyukur sahaja lah dengan nikmat yang Tuha beri, nanti kalau kondem banyak sangat nanti Tuhan tarik rezeki tu hah nak kato apo.

Bersyukur dilahirkan di negara Malaysia yang aman makmur rezeki melimpah ruah. Merdeka merdeka merdeka