Total Pageviews

Tuesday, March 20, 2012

sakit sakit sakit.................

 teringat lagu  Blues Gang.......'.sakit sakit sakit....macam-macam perkara sakit.....'

tiga malam di hospital, macam2 sakit yg mama lihat......ada yg kronik, kritikal dan macam2 lagi yg sukar untuk digambarkan.......maklum, ani di wad pembedahan...saban hari ada saja pesakit yg keluar dan masuk bilik bedah...selepas dibedah, mereka ditempatkan di wad 1/1 ini......namun ada juga kes kematian sebelum pembedahan....ada dua kes yg berlaku dua hari berturut2 tempohari.....keduanya kes pesakit kanser......hmmmm, menakutkan.......

              



 

keluar dari bilik bedah, berselirat wayar...............ani ada lima tiub atau wayar, satu utk masuk air, satu masuk ubat tahan sakit, manakala tiga lagi untuk darah........itu tak termasuk tiub kencing.....tiub kencing ni hanya dibuka pada hari keempat......lepas tu barulah tiub air[drip] dan ubat tahan sakit dicabut......siksa tengok ani begitu.....badan dia dahla kecik comel...................doktor buat dia macam ayam.....iyelah.....payudara kanan potong habis, belah kiri ada ketulan..so kena  toreh,korek dan jahit...lepas tu ambik lak kulit di bahgian belakang dan peha kanan utk tampal bekas potongan belah kanan.....mau tak sakit.....ada sekali tu, selepas ubat tahan sakit di cabut, ani kejut mama jam tiga pagi...tak tahan sakit, so mama panggil doktor dan doktor tu beri ubat makan yg paling kuat....

hari ni dah genap seminggu, alhamdulillah ani dah beransur sihat..cuma tiga 'tabung' untuk menakung darah dari bahagian belakang masih lagi belum ditanggalkan....ani dah bole bangun dan jalan sendiri ke tandas.....

alhamdulillah, cantik sungguh rencana Allah.....ani dibedah waktu mama cuti sekolah, jadi bolehlah mama jaga dia dihospital......

malam ketiga, ada pesakit baru masuk...dia asyik mengerang....rupanya dia ada kanser usus dan khabarnya sel kanser dah merebak ke seluruh tubuh.....mulanya dia di hospital swasta, tapi 'ditolak' ke hopital Melaka ni.....oleh sbb dia asyik mengerang setiap masa, kami satu wad tak dpt tidur...suaranya pada awalnya sayu dan kedengaran amat sakit.....menjelang pagi suaranya makin lemah....sewaktu mama melangkah ke surau utk solat subuh, sempat mama jeling failnya......suaminya dah sain borang mengatakan yg dia faham keadaan isterinya yg 50-50..kalau bedah pun meninggal, kalau tak bedah pun meninggal dunia.....akhirnya tengahari itu dia bawa isterinya balik kerumah selepas para doktor kata tiada apa lagi yg boleh dilakukan....sedihnya....mama tengok wanita itu sangat cantik, ala2 anak mami.....tapi badannya amat kurus, tinggal kulit dan tulang saja, mungkin disbbkan sakitnya itu....

peringatan untuk diri sendiri dan kawan2, jagalah kesihatan....amalkan cara hidup dan pemakanan yg sihat...kalau boleh makan buah tiap hari..terutamanya anggur..amalkan makan dgn bijinya sekali..itu petua kak zizah, kwn lama yg juga pernah diserang kanser dan kini alhamdulillah dah sihat..

2 comments:

notie said...

Ya allah aini. Teruk juga ani tu sampai kena buang sebelah payudaranya. Maknanya ketulan tu ada di kedua2 lah. Aku ingatkan hanya ketulan ja tapi tak sangka pulak sampai kena buang sebelah. Ani kena kuat semangat menentang kanser tu. Aku takut yang sebelah buang ketulan je akan tumbuh balik.

Sebab tu kita di galakkan membuat mamogram (sakit ni dikepit buahdada kita tau) ataupun selepas habis period buat checkup sendiri kut2 ada ketulan atau benda asing timbul.

Sekarang ni bila aku tenguk statistik yang kami collect setiap tahun memang penyakit kanser semakin meningkat. Yg paling banyak buah dada, rahim dan usus. Dulu2 takde pun penyakit kanser tapi la ni banyak sungguh sampaikan ianya menyerang tidak kira siapa. Doktor pakar yang expert pun boleh kena.

Mungkin dari pemakanan kita yang terlalu banyak bahan kimia kut. Semuga allah menjauhkan lah musibah ini dari kita, kawan2 dan keluarga kita hendaknya. Tapi org kata kalau ada keluarga yang kena mungkin akan ada keluarga lain boleh kena. Di jauhkan lah hendaknya ya. Amin

mama aini said...

amin.....aku ada ramai kawan dan jiran yg kena kanser. minggu lps pun ada sorang jiran yg meninggal akibat kanser. asalnya kanser mata...aku terkejut tengok mata dia terjojol [sebelah kiri]..kebetulan masa tu aku solat terawih sebelah dia [tahun lepas]...lepas raya dia buat kemo...dah agak pulih, mata yg terjojol pun dah ok....tetiba je dia demam, jatuh dan meninggal..rupanya doktor kata dia kena balik kanser dan sel tu dah merebak seluruh saraf....padahal dia tak pernah abaikan rwatan dan kemo dia tu....

si ani tu asalnya sedar ada ketulan belah kiri..lama dah, tapi tak sakit..dia ada plan nak buang ketulan tu ..tetiba mak dia meninggal dan terlupa dgn ketulan tu sampailah teringat balik bila confirm belah kanan kanser.......

kita yg belum kena better amik supplement...macam 4life tu sesuai utk mencegah kanser...kat rumah ko kat kg ada pokok durian belanda tak? khabarnya durian belanda bagus utk cegah kanser...