pilihlah aku, jadi temanmu
akan ku hibur hatimu
andainya aku, jadi kasihmu
akan setia selalu
usah kau ragukan kasih dan sayangku
akan ku beri cinta yang suci padamu
pilihlah aku, jadi temanmu
akan setia selalu yeah
tiba2 rindu nak dengar suara macho Latiff Ibrahim....itu adalah antara lagu 'berhantu' Allahyarham Latiff Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah dua hari lalu...masa kecil dulu, minat beno dengar lagu2 Latiff Ibrahim sebab suara jantannya tu memang kena dengan lagu2 yang dibawanya..paling suka lagu PILIHLAH AKU lagu NORA pun best juga... .tambahan lagi dia ni handsome, muka sentiasa manis...senyum selalu...beliau juga boleh dijadikan contoh oleh artis2 lain....peribadinya baik, tak ada gossip liar pun..rumahtangganya pun aman.....semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh beliau...ALFATIHAH....
macam yang orang selalu kata, yang pergi tetap pergi...kita yang tinggal ni kena teruskan hidup...bak kata omputih, WHATEVER HAPPENS, LIFE MUST GO ON....tapi......hidup kita ni banyak dugaan dan persimpangan...kadang2 seolah pilihan itu tiada ditangan kita.....hati kata, pilihlah aku tapi minda pula kata biarlah daku pergi!!
tak tau apa itu cancer.....kalau nasib tak baik, ia mudah meebak ke bahagian tubuh yg lain.....merebaknya sel cancer ni secara berganda...contohnya kalu sel cancer itu dua, tak berapa kemudian tiba2 dah jadi empat, enam atau lapan...sebab itu kita sering dengar org yg sakit cancer tu tak lama jangka hayatnya....hari ni dengar kena sakit, sebulan dua lepas tu meninggal...moga ani dapat petunjuk dari Allah utk buat keputusan.....dan moga segalanya dipermudahkan...smin...
2 comments:
Hai sedihnya tenguk nasib ani...ada suami serupa tiada suami. Memang jenis nak senang je bila sakit amboiiii tolak tepi.
Ko dah bagi tau tak produk yang kek Jee jual tu. Suruh je ani call kak jee tu untuk penerangan yang lebeh lanjut. Aku tenguk ada 2-3 orang yang dia cerita kena cancer teruk alhamduillah cancer tu mengecut. Kita cuma ikhtiar je yang lain tu tawakal pada allah. sekarang ni jangan fikir kalau sakit sapa nak jaga ke apa ke berubat dahulu sebab dia masih stage awal lagi masih boleh di ubati. Ubat kampung ni janganlah bukannya boleh sembuh merepek jelah.
Masa kat segamat dulu aku ada jumpa satu kes sorang pompuan ni disahkan cancer. Masa tu kalau cepat berubat mungkin boleh baik tapi sebab bila kata cancer je dia dah patah semangat dan takut untuk berubat. Dari stage 2 tunggu punya tunggu nak buat operation terus ke stage 4 dimana memang dah tak boleh buat apa-apa menunggu maut je. Dia cepat je naik stage kalau dibiarkan tanpa diubati.
Lagi satu nasihatkan dia kena kuat semangat sebab sekarang ni kena reda di samping mencari ubat untuk sembuh. Kalau tak kuat semangat antibodi badan akan lemah dan penyakit lain akan mudah datang.
Sekarang ni dia kena sayang diri dia dulu bukan suami. Tindakan suami tu seolah nak nyahkan dia cepat bukan tak tahu ke cancer tu macamana, nak berubat apa lah pulak main bomoh2 ni hish mengarut je lah laki dia tu. Entah-entah nak suruh isteri mati cepat ke? nauzubillahminzalik. Dijauhkan le hendaknya.
dah....dia dah ada produk apricot dan juga yg kak jee jual tu pun ada...dia dpt dr kwn dia...aku dgr utk suplemen dia yg dua jenis tu je dia habis rm1000 sebulan..aku fikir mulai bulan ni aku tak nak ambik lagi duit yg dia hulur kat aku setiap bulan....biarlah dia beli ubat2 dia...esok isnin 5 mac dia akan mula kemotrapi pertama...
Post a Comment