Total Pageviews

Sunday, July 3, 2011

Muhibah dan semangat satu Malaysia

Siang tadi suami mama bawa ibubapanya dan adik-adik ipar ke Seremban utk menghadiri majlis kahwin.  Mama tak dapat ikut kerana anak gadis mama ada program kecemerlangan di MRSM Jasin.  Dia balik jam tiga petang.  Oleh kerana tak mahu tergesa-gesa balik dari Seremban, mama terpaksa ambil tugas menjemput anak mama.  Biarlah suami pergi dengan keluarganya.  Oleh sebab mama tak ikut sekali, ibu mentua minta mama tinggal di rumahnya utk menjaga aik ipar mama yg kurang sihat.

Jam 2 petang, mama terdengar seseorang memanggil nama bapa mentua mama.  Mama keluar dan nampak seorang lelaki Cina dgn motorsikalnya.  Mama beritahu dia , bapa mentua tiada di rumah.  Lelaki Cina itu mengeluarkan beberapa biji durian dari bakul motornya.

"Ini buah bagi dekat Busu [nama panggilan mentua]."katanya.
Rupanya buah-buah durian itu dari kebun bapa mentua yg bersebelahan kebunnya.  Uncle Meng, nama lelaki itu apabila mama tanya namanya, secara sukarela menjaga kebun durian bapa mentua mama.  Katanya kasihan melihat bapa mentua yg sudah tidak berapa kuat berjalan.  Katanya lagi, buah-buah durian itu akan dicuri org kalau dia tidak tolong kutip.  Mama tersentuh mendengar kata2 Uncle Meng.  Mama suruh Uncle Meng ambil beberapa biji tetapi dia menolak kerana katanya dia tidak berapa gemar makan durian.

Dua jam kemudian, Uncle Meng datang lagi.  Kali ini lagi banyak buah durian yg dibawanya.  Terharu betul mama dgn sikap prihatin Uncle Meng ini.  Padahal agak jauh juga jarak kebun durian itu dari rumah mentua mama.

Kawan Uncle Meng yg bernama Uncle Hong pula ada ladang tembikai di sebelah kebun getah bapa mentua mama.  Pernah suatu hari, motosikal bapa mentua hilang ketika dia sedang leka menoreh.  Uncle Hong hantar bapa mentua mama balik dan tolong jaga getah mentua sekali.  Pernah juga Uncle Hong hantar mentua balik apabila secara tiba2 org tua itu pitam di kebunnya.

Kisah2 ini adalah kisah benar.  Mama cuma nak sampaikan betapa kita sebenarnya boleh hidup bersatu-padu walaupun berlainan bangsa dan agama.  Semangat satu Malaysia sudah lama ada dikalangan warga tus seperti Uncle Meng, Uncle Hong dan bapa mentua mama ini.  Keluarga mentua mama pun sudah biasa berjiran dgn kaum Cina dan sama2 bergotong-royong apabila ada kenduri-kendara atau perayaan.

Jadi mama sebenarnya hairan dgn sikap sesetengah org yg mengaku warganegara Malaysia tetapi berusaha utk memecah-belahkan perpaduan yg sudah sedia terjalin.  Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita ini aman damai tidak seperti banyak lagi negara lain yg sentiasa huru-hara.  Kita teringin sangat ke nak jadi macam negara mereka? Rusuhan sana-sini, pembunuhan berleluasa dan macam2 sengsara lagi.  Agaknya kalau negara kita ini huru-hara, mahukah negara lain menerima kita sebagai pelarian di negara mereka?

Mama juga ada kenalan yang datang dari Mesir.  Beliau berkahwin dgn org kampung mama.  Sekarang ini beliau hidup senang dan selesa walaupun hanya bekerja sebagai pembantu kedai.  Beliau selalu meluahkan rasa syukur kerana berhijrah ke Malaysia. Kalau di negara sendiri belum tentu dia dapat kerja walaupun ada ijazah. Di halaman rumahnya ditanam pelbagai sayur.  Katanya tanah Malaysia ini seperti emas.  Campak benih apa pun boleh hidup.  Sebab itu beliau sanggup tak balik ke negaranya utk melayakkan dirinya memohon kewarganegaraan.  Kalau org luar pun boleh berbangga tinggal di Malaysia kenapa kita tidak? Fikir-fikirkanlah.

No comments: