Total Pageviews

Thursday, April 10, 2014

JOM MUHASABAH DIRI


Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hari
ini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripada
keadaan itu sendiri
. - ELIZABETH BARRET BROWNING 

Betapapun mulianya cita-cita, kalau hati tidak teguh dan tidak ada
ketahuan, maksud tidak akan tercapai. - AJARAN FILSAFAT

Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN
 

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-SyaakirAlkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."
 
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." 

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
 
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka
Allah S.W.T mewajibkan puasa.

   Daripada kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat.  Oleh itu  
   hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang
   mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
 
JOM sama-sama kita tingkatkan ibadah kita supaya ALLAH beri kita kekuatan pula untuk melawan nafsu jahat ini.
 

Wednesday, April 9, 2014

Nikmat ALLAH .....Kenapa kita meremehkannya?

Kenapa kita meremehkan nikmat Allah ???
Kadang-kadang kita alpa, kita lupa...apabila kita selesa daqlam kesenangan.  Kita terbuai dengan kenikmatan.  Kita terlalai dengan kebendaan.
Mama tertarik bila baca blog ini, lalu mama copykan utk tatapan mama dan teman2.

Kita terlalu selesa dengan kehidupan di dunia ini. kita berbangga dengan kekayaan yang kita miliki. Kita terlalu sombong dengan pangkat dan kedudukan yang tinggi. Kita sangat riak dengan ketampanan wajah dan kejelitaan rupa paras. hakikat sebenarnya itu adalah sekadar PINJAMAN.

Lalu kita menjadi manusia yang meremehkan nikmat Allah. Terfikirkah kita...kita menyedut oksigen 24 jam untuk bernafas..Siapa yang memberi? Jantung kita berdegup 24 jam tanpa henti siapa yang menjadikannya? 360 sendi di badan menyebabkan kita selesa melakukan sesuatu

Saya pernah bertanya pada pelajar saya "Dihujung jari kita ada sendi...apakah kegunaannya" Lantas salah seorang pelajar saya menjawab "Untuk korek taik hidung ustaz..?. "Betul juga jawapan budak ni..'Bisik hati kecil saya.

Persoalannya sekarang kenapa kita tidak mempersembahkan pujian kepadaNya setelah begitu banyak nikmatNya digunakan secara percuma.

Kenapa kita tidak mensucikan Allah dengan tasbih setiap kali kita mendengar azan dilaungkan?

Kenapa kita tidak memohon keampunan dalam keadaan tidak berdosa sepertimana yang dilakukan oleh para nabi dan rasul-rasul utusan Allah swt ?

Kenapa kita memohon keampunan setelah kita berdosa kepada Allah swt ?

Kenapa kita memohon nikmat lain daripada Allah swt, apakah nikmat yang kita gunakan sekarang tidak mencukupi?

Sesungguhnya manusia sentiasa memandang rendah di atas segala nikmat yang telah Allah swt kurniakan dan sentiasa memandang dosa yang manusia lakukan terhadap Allah swt terlalu kecil serta tidak memberi kesan terhadap kemurkaan Allah swt.

Ingatlah... Malaikat Malik Zabaniah diciptakan Allah tidak mempunyai sedikitpun perasaan belas kasihan terhadap manusia apabila mereka tercampak ke dalam neraka...
Na'uzubillah Min Zalik.

Terima kasih kepada tuan punya blog.  Semoga ALLAH merahmati kamu kerana tulisan kamu yang bermanafaat ini.  Amin.

 

Tuesday, April 8, 2014

RESEPI PENAWAR DOSA



Hassan al-Basri r.a. berkata:Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi.

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak. Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya. Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

“Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati?”

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

“Ambillah sepuluh macam ramuan. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu’ (kerendahan hati), campurkanlah padanya tumbuhan taubat, taruhlah ke dalam bekas keredhaan, tumbuklah dengan penumbuk qana’ah, masukkan dalam kuali taqwa, lalu tuangkanlah padanya air malu, didihkanlah dengan api mahabbah, tuangkanlah ke dalam gelas syukur, kemudian kipaslah dengan kipas harapan, lalu minum dengan sudu pujian, sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di Akhirat.”


(Dipetik daripada Kitab Nashaihul ‘Ibad, Imam Nawawi)
SUBHANALLAH....



 

Monday, April 7, 2014

KHASIAT EPAL...........

Kalau kita pernah dengar lgu tragedy buah epal, ni ada pulak artikel tentang khasiat buah epal........'orang kampong' mama kata, AN APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY.....hahaha......kalau rajin makan buah-buahan dan sayuran, InsyaALLAH...sihat tubuh badan, tak semestinya dgn makan epal....Jom kita baca dan rajin2lah makan epal yea...

 Khasiat Epal Petua Syaidina Ali b Abi Talib

Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

 
 
Menariknya, Epal dikatakan berkhasiat membuang angin dalam badan. Mama tak pernah tau pun.....Hmmm, mudah rupanya petua Saidini Ali ni.  Anytime boleh buat, Insya ALLAH...
Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.*
Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah..

Wednesday, February 12, 2014

Siapa Pun Kita


Biar siapa pun kita.....
Cikgu, pensyarah, peguam, usahawan...
Artis, hakim, pegawai, kakitangan awam, doktor.....
Dan siapa-siapa pun kita ini...
Walau sehebat mana pun kita, 

Ingatlah kuasa Allah lagi maha hebat,

Dia boleh buat kita jatuh bergolek lantaran riak dan besar diri kita

Kesombongan, keangkuhan, kebiadapan kita

Sekelip mata sahaja Dia akan runtuhkan

 
Jadi, walau siapa-siapa pun kita di atas muka bumi ini,

Walau sesedih mana pun kita, ada yang lagi sedih.

Walau sesusah mana hidup kita, ada yang lagi susah.

Walau sebahagia mana pun kita, ianya ujian dari Tuhan.

Kaya kita, mewah kita...

Itu adalah amanah

Itu adalah dugaan Allah
 

Jangan lalai hanya kerana kau merana,

Jangan alpa hanya kerana kau kecewa

Jangan leka hanya kerana kau tidak ada apa-apa

Tetapi

Jangan pula berhenti berusaha

Hanya kerana kau berjaya dengan cita-citamu

Hanya kerana kau kaya dengan hartamu

Mungkin bahagia kita hari ni kerana luka masa lepas.

Mungkin takdir kita hari ini tercipta kerana takdir masa lalu.

Mungkin kaya kita hari ini kerana ada amanah yang menanti
 
Mungkin kita yang hari ini tidak mungkin jadi begini tanpa pengalaman lalu

Belajar bersyukur. belajar berterima kasih. belajar untuk sentiasa memandang ke bawah.




 




 
 
 



 

 
 
 
**terima kasih masa lalu. terima kasih atas pengalaman itu. terima kasih atas rasa itu. terima kasih atas kesempatan itu. teruskan apa yang sedang berlaku. jangan menoleh dan membiarkannya membeku. 

 

Sunday, February 9, 2014

MALAYSIAKU


Sejak kecil kita sering diingatkan oleh ibu bapa dan guru-guru, malah pemimpin-pemimpin yg mengatakan bahawa Malaysia ialah negara bertuah. Banyak sangat kategori yg boleh kita katakan tentang betapa bertuahnya kita kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.
Dari Perlis sampai ke Johor dan sampai ke Sabah, kita boleh lihat, rasai dan senaraikan keistimewaan Malaysia, begitu juga dalam aspek sosial, ekonomi dan politik tak kurang special nya.

Semalam waktu mama boring2, mama rayau kat rumah2 org di alam maya ni.  Terjumpa satu blog yg buat mama tertarik nak copy.  Mama dah copy sekali nama blognya tapi tetiba hilang lak.  So mintak maaf banyak ye kpd tuan tanah sebab mama copy page tu.  Ia menarik sangat bg mama. Tentang buruh2 dan pekerja Bangla yg bekerja kat Malaysia ni.  Kat blog tu ada slot sembang dlm bahasa Bangla.  Meh kita layan jap.  Manalah tau kan, kotnya suatu hari nanti kita terpaksa upah sorang dua Bangla utk bantu apa2 projek yg bakal kita buat...ceh wah, berangan Nampak.  Projek konon....
Kononnya kita nak berkomunikasi dgn dia orang  tapi masalah bahasa menjadi penghalang sebab dia bangla yang baru turun kapal.  Satu habuk pun tak tau BM, English pun dia tau takat.. no, yes, ok, OT, no OT, merah, hijau...lain2 dia tak tau juga).

Kalau dah terpaksa, kenalah cakap bangla.  kalau dapat cakap baru la dapat tambah kan lagi rasa bertuah menjadi rakyat  Malaysia.  Jom kita try cakap bangla.

-          Assalamualaikum
-          asyum busyum..
-          Kana jorori, pani jorori, iman jorori...
-          eik number iman, iman sokto, amal sokto
-          iman kamzur, amal kamzu
-          dunia soto, akhirat borro
-          sop musalman nabi ummat

-          mittu bahas kalima lailahaillah muhammadur rasulullah wajib jannat

TERJEMAHANNYA:

asyum busyum..(mari duduk)
Kana jorori, pani jorori, iman jorori...(Makan penting, minum penting,  iman lagi penting)

eik number iman,...(Nombor satu iman)

iman sokto, amal sokto ...(iman kuat, amal kuat)

iman kamzur, amal kamzur....(iman lemah, amal lemah)

dunia sotto, akhirat borro.... [dunia kecil/sementara, akhirat selama-lamanya)

sop musalman nabi ummat.......(semua orang Islam umat nabi)


mittu bahas kalima lailahaillah muhammadur rasulullah wajib jannat
(mati ucap kalimah lailahaillah muhammadur rasullullah wajib syurga)

tin din (3 hari)
eik cillah (satu cillah = 40 hari)
tin cillah (3 cillah = 4 bulan)

Apnar bhalo asen? -kamu apa khabar
tumi bhalo asen? -kamu (muda) apa khabar
apnar namki-siapa nama kamu
apnar bari kotai-rumah kamu di mana
apnar bai bon kotojon.. -adik beradik kamu br
pa orang..
kotu kata? -bape ringgit harga
kotai eter pawa jai...
-kat mana saya bleh beli....
ghusul korso? -dah mandi ker
apnar kana korso-dah makan?
amar kuda legese-saya lapar
amara malaysia jabo-kami datang dari malaysia
apna ki koren-awak kije apa..
apnar kotai jaitsyo-mo pergi mana
cinta-fikir
khana-makan
allu-potato
bath-nasi
shasha-timun
murgi-ayam
pani-ayaq
gorum pani-ayaq panas
kanda pani-ayaq sejuk
pukur-kolam
dui-susu masam tu.. hehe..
shami-suami
isytri-isteri
bondu-kawan
bai-sedara/abang laki
bon-kakak/adik pompuan
1 ak -2 dwi -3 tin -4 car -5 pach -6 coi – 7...?  - 8 art - 9 nor  -10 dosh

25 - sobbish
Yang berikut kena cari sendiri maknanya:

Musalman sobbai alam bai bai kalimah Lailaha Illallah..
Allah surjun sistikoresen..
Allah akasys sistikoresen..
Allah Bananewala..
Dunia shorostaie..
Akhirat korostaie..
Allah Hokum mana nobir torika chola.. dunia to shanti, akhirat to shanti..
InsyaAllah azan pore, masjid cholen..
akhon zururi bayan hobe, insyaAllah bohut paida


* Lafaz telonya kena double check dgn mat bangla kat mana2 yg anda jumpa.  Selamat berBangla...hehehe



Saturday, February 8, 2014

Alahai Chombi

Nama dia CHOMBI...nama yg abang bagi kat dia selepas nama yg kami pilih rupanya sama dgn kepunyaan jiran depan rumah.   Tak sengaja nak ambik dia ni....kami dah lama tak de 'anak angkat' sejak kehilangan Mimi tahun lepas.  Tetiba ada pulak 'anak angkat' seekor ni yg ikut Yasin balik dari surau lep-as magrib.  Kesian tengok sebab waktu tu baru lepas hujan.  Dia ni basah lencun dan kelaparan....kes buang bayi dlm hujan!  Waktu tu dia kecik sangat. Mungkin umurnya baru dua atau tiga minggu.   Nak jilat susu pun tak pandai..terpaksa mama sudukan sikit2 ke dlm mulut dia.  Kakinya pulak tempang sikit menyebabkan dia susah nak bergerak atau berlari. Kesian kami tengok dia.  Tak sampai hati nak biarkan dia 'sorang2' kat luar rumah.  Sejak hari itu, anak2 mama leka mengulit si Chombi.  Seminggu lepas tu Alhamdulillah, Chombi bertambah aktif dan sihat.  Kakinya yg kami sangkakan cacat dan tempang tu pun dah ok. Suka hati tengok.  Sekarang ni usia Chombi dah hamper setahun. Semakin lincah dan nakal.  Biasanya pagi2 dia akan kacau kakak dia, siapa lagi kalau bukan Ina.  Dia terjah Ina yg tengah lena dan dijilat-jilatnya muka anak dara tu sampai bangun.  Sejak Ina ke PLKN ni dia kurang masuk ke bilik Ina dah. 



      Sejak akhir2 ini, 'ramai jejaka' yg cuba2 nak tackle Chombi.  Dulu sebelum Chombi ada, nak Nampak spesis Chombi kat dlm kawasan rumah agak susah sikit.  Tapi sejak ada Chombi ni, ada saja yg bertandang.  Pernah sekali tu sampai terberak-berak si Chombi sebab ketakutan bila ada jantan yg kacau dia.  Buat masa ini masih lagi terkawal.  Jantan2 yg dtg bertandang selalunya kena halau ngan anak tuan rumah [anak2 mama le].  Si Chombi lak, suka dok memerap dlm rumah je.  Anak daralah katakan.