Total Pageviews

Showing posts with label Meow meow. Show all posts
Showing posts with label Meow meow. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

Alahai Chombi

Nama dia CHOMBI...nama yg abang bagi kat dia selepas nama yg kami pilih rupanya sama dgn kepunyaan jiran depan rumah.   Tak sengaja nak ambik dia ni....kami dah lama tak de 'anak angkat' sejak kehilangan Mimi tahun lepas.  Tetiba ada pulak 'anak angkat' seekor ni yg ikut Yasin balik dari surau lep-as magrib.  Kesian tengok sebab waktu tu baru lepas hujan.  Dia ni basah lencun dan kelaparan....kes buang bayi dlm hujan!  Waktu tu dia kecik sangat. Mungkin umurnya baru dua atau tiga minggu.   Nak jilat susu pun tak pandai..terpaksa mama sudukan sikit2 ke dlm mulut dia.  Kakinya pulak tempang sikit menyebabkan dia susah nak bergerak atau berlari. Kesian kami tengok dia.  Tak sampai hati nak biarkan dia 'sorang2' kat luar rumah.  Sejak hari itu, anak2 mama leka mengulit si Chombi.  Seminggu lepas tu Alhamdulillah, Chombi bertambah aktif dan sihat.  Kakinya yg kami sangkakan cacat dan tempang tu pun dah ok. Suka hati tengok.  Sekarang ni usia Chombi dah hamper setahun. Semakin lincah dan nakal.  Biasanya pagi2 dia akan kacau kakak dia, siapa lagi kalau bukan Ina.  Dia terjah Ina yg tengah lena dan dijilat-jilatnya muka anak dara tu sampai bangun.  Sejak Ina ke PLKN ni dia kurang masuk ke bilik Ina dah. 



      Sejak akhir2 ini, 'ramai jejaka' yg cuba2 nak tackle Chombi.  Dulu sebelum Chombi ada, nak Nampak spesis Chombi kat dlm kawasan rumah agak susah sikit.  Tapi sejak ada Chombi ni, ada saja yg bertandang.  Pernah sekali tu sampai terberak-berak si Chombi sebab ketakutan bila ada jantan yg kacau dia.  Buat masa ini masih lagi terkawal.  Jantan2 yg dtg bertandang selalunya kena halau ngan anak tuan rumah [anak2 mama le].  Si Chombi lak, suka dok memerap dlm rumah je.  Anak daralah katakan. 

Wednesday, December 18, 2013

wedding,wedding, wedding...........................

Tahun ni tahun anak2 buah mama kawin....boleh pulak dekat2 tarikhnya....  kalau semua satu tempat atau satu Bandar ke satu negeri tak pe gak..ni sorang kat selatan sorang lagi anak buah kat utara nun...apa2 pun Alhamdulillah, anak2 buah mama dah selamat kawin..... lepas ni mama tunggu cucu2 'buah' pulak..hehe...ha, mama dah ada tiga cucu sedara dah....  anak ayong ngan anak awie...ayong ngan awie anak2 abang long.

 
Mula-mula anak buah mama yang masih menuntut di Mesir, Amin dan Farah Nur Ain.  Mujur juga Farah ni orang dekat2 je.. di Sg Balang, Muar.  Diorang nikah pada 13 Oktober 2013.  Bergegas juga mama balik kampong. 
 
Majlis rumah Amin Kk Ngah pulak pada 3 November.  Seminggu lepas tu pasangan pengantin balik semula ke Mesir, nak exam hujung bulan tu.  Kiranya diorang ni balik ke Malaysia bukan saja sebab keadaan di sana yg tak stabil, tapi ambil kesempatan jugak akad nikah... okla tu, lepas ni tak perlu lagi mak bapak si Farah risau2 sebab Amin ada boleh jaga anak depa kat sana....hihi..ha, ada rezeki, dua tahun lagi balik bawak ijazah dan cucu untuk kak Ngah dan mama serta cicit untuk mak.
 
Dua minggu lepas tu, 23 November mama ke Perak pulak.  Faezah anak abg long pulak kawin.  Pun dapat org Perak gak..senangla tu, yang payahnya kami ni nak ke sana sikit punya jauh.. di Seri Iskandar, Ipoh nun. Mama bertolak lepas subuh. Oleh sebab Ina masih SPM, mama hanya pergi dgn abang dan Yasin je....Habib kena temankan kakak dia menelaah di rumah...
 
 
Bersam abg Long berbaju Melayu kuning dan kak Long 2 berbaju hitam
 
Anak buah baru, Sahlan yg putih melepak ala2 mat saleh...
 
 
Hiba, sayu rasanya berpelukan dgn kak Long 1, bekas isteri abg Long..dah 6 tahun tak bertemu sejak mereka bercerai....
 

Kebanyakan hantaran adalah hasil tangan kak Long 1 yg kreatif....
 
 
Cucu 'buah', Hakimi yg meragam sepanjang hari.....anak Ayong yg dibela oleh kak Long 1....
 
 
Singgah solat di Masjid UTP [Univ. Teknologi PETRONAS] yang cantik...beri makan ikan koi yg besar2 kat dlm kolam tu....ada yg sebesar peha mama ...jenuh nak habiskan kalau berlaukkan ikan tu...
 
 
 
 
Sempat lagi posing di laur Kellie's Castle...tak dan nak masuk sbb nak balik ke Melaka sebelum malam menjelang..
 
Itulah rasanya pertama kali mama dan abang travel jauh tanpa bermalam..lebih kurang jam 4 petang kami bergerak balik..........Alhamdulillah, sempat jugak singgah di Shah Alam menjelang malam....dapat jumpa Ariff jap dan bawak dia makan kat Shah Alam tu....
 
Moral of the story: Tawakal kepada ALLAH, Insha ALLAH selamat perjalanan pergi dan balik. 

Friday, September 13, 2013

Law Kana Bainana (Lirik Arab+Melayu)



Lirik lagu dan iramanya yg syahdu amat menyentuh jiwa...dan menjadi pengubat jiwa saat berduka...