Total Pageviews

Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

Alahai Chombi

Nama dia CHOMBI...nama yg abang bagi kat dia selepas nama yg kami pilih rupanya sama dgn kepunyaan jiran depan rumah.   Tak sengaja nak ambik dia ni....kami dah lama tak de 'anak angkat' sejak kehilangan Mimi tahun lepas.  Tetiba ada pulak 'anak angkat' seekor ni yg ikut Yasin balik dari surau lep-as magrib.  Kesian tengok sebab waktu tu baru lepas hujan.  Dia ni basah lencun dan kelaparan....kes buang bayi dlm hujan!  Waktu tu dia kecik sangat. Mungkin umurnya baru dua atau tiga minggu.   Nak jilat susu pun tak pandai..terpaksa mama sudukan sikit2 ke dlm mulut dia.  Kakinya pulak tempang sikit menyebabkan dia susah nak bergerak atau berlari. Kesian kami tengok dia.  Tak sampai hati nak biarkan dia 'sorang2' kat luar rumah.  Sejak hari itu, anak2 mama leka mengulit si Chombi.  Seminggu lepas tu Alhamdulillah, Chombi bertambah aktif dan sihat.  Kakinya yg kami sangkakan cacat dan tempang tu pun dah ok. Suka hati tengok.  Sekarang ni usia Chombi dah hamper setahun. Semakin lincah dan nakal.  Biasanya pagi2 dia akan kacau kakak dia, siapa lagi kalau bukan Ina.  Dia terjah Ina yg tengah lena dan dijilat-jilatnya muka anak dara tu sampai bangun.  Sejak Ina ke PLKN ni dia kurang masuk ke bilik Ina dah. 



      Sejak akhir2 ini, 'ramai jejaka' yg cuba2 nak tackle Chombi.  Dulu sebelum Chombi ada, nak Nampak spesis Chombi kat dlm kawasan rumah agak susah sikit.  Tapi sejak ada Chombi ni, ada saja yg bertandang.  Pernah sekali tu sampai terberak-berak si Chombi sebab ketakutan bila ada jantan yg kacau dia.  Buat masa ini masih lagi terkawal.  Jantan2 yg dtg bertandang selalunya kena halau ngan anak tuan rumah [anak2 mama le].  Si Chombi lak, suka dok memerap dlm rumah je.  Anak daralah katakan. 

Thursday, January 23, 2014

KEM WARISAN- waktu melawat

12 Januari jam 2.00 pm sampailah mama ke kem plkn di mana ina ditmptkan....jauh jugak masuk ke dlm estet kelapa sawit nun....jalan tak berturap lak tu....mencabar betul...

sampai2 je, ina terus menerpa.....huhu menangis lagi....lepas tu bila suakan cheese cake dan ayam masak lemak, ceria lah sekejap....kemudian kami sembang2 cerita pasal aktiviti dia...nangis lagi kata boring.....hmmmmm.....ni macam nak suruh mama bercamping kat luar kem warisan je...dua jam lepas tu, kami kata nak balik......ish, dia melalak lagi....jgn la balik dulu, rayunya.   terpaksala layan sekejap....masa tu mama cakapla angan2 dia nak belajar kat korea konon tu terpaksalah dikuburkan..baru berjauhan dlm melaka pun asyik 'ujan'....

sempat pulak ayah dia usik, kata tak nak dtg minggu depan......dia dah merah mata..mintak kitorang dtg..dia nak pesan ikan keli goring berlada pulak....wah2......

minggu berikutnya 19 Januari, kami dtg lg...mama bawakkan ikan keli goreng berlada yg dia pesan...wah, dah ceria sikit nampaknya.  katanya kawan2 dorm dia semua gila2 termasuklah yg india dan cina....mama kata eloklah tu..masa nilah nak berkawan....kemudian dia ceria juga bercerita ttg aktivitinya yg dah mula menarik dan menyeronokkan.  ini sudah bagus, Alhamdulillah...dah ceria anak daraku sorang ni....lepas tu boleh pulak dgn selamba dan rileksnya, kata, "mama bolehlah balik...ina nak basuh baju yg ina pakai ni, dah tiga hari pakai lom basuh"......mama tanya, "betulke nak suruh mama balik.........?"  "betul, mama tengokla...ina tak nangiskan, kan, kan..."sambil tunjuk kat mata dia......katanya minggu ni jurulatih ajar latihan kekuatan fizikal dan mental..nak bagi kuat otot sebelum buat aktiviti lasak....

sebelum balik, sempat jugak merayu jemput dia balik hari Rabu depan...tak sabar nak balik katanya....dia dpt cuti 4 hari sempena tahun baru cina.  kalau mama tak jemput, dia hanya boleh balik hari khamis...satu malam pun tak boleh tunggu!

Tuesday, January 7, 2014

Dia nangis dah...................

Malam tadi kira2 jam 9.00, Ina telefon.  Suaranya sedih benar.  Lepas tu menangis teresak-esak.  Katanya dlm setengah jam lagi nak kena serah handphone kat urusetia.  Kemudian tanya macam2.  Siapa tolong mamalah, adik2 tolong ke tidak......huu.....buat mama 'sentap' juga.....tapi cuba tahan...tak nak lah menangis sama....nanti lagilah hilang semangat anak daraku sorang tu....

Hmmmmmmmmmmmm......siksa juga menahan rasa...maklumlah, Ina tak pernah berjauhan lama2...

Monday, January 6, 2014

Tukang masakku dah hilang...

HUUU.... sedih juga.  Lembaran 2014 ini dibuka dgn pemergian 'tukang masak' mama ke PLKN.  Yelah, kalau selepas SPM haritu sampaila ke 3 Januari 2014, mama boleh manjakan diri..order je mintak anak dara sorang tu masak, Inshaa Allah...walau tak secekap Masterchef sekurang-kurangnya adalah rasa jugak.  Sepanjang dua minggu akhir Disember lalu, mama dah mula sibuk ke sekolah dgn macam2 urusan....Jadi tugas masak tengahari memang tugas dia.  Lega bila mama balik lauk dah terhidang di atas meja.  Bukan lauk 'gah' pun...setakat asam pedas, sayur goring, sambal tumis..semua dia dah boleh buat...jadi, kuranglah sikit beban mama...kain baju pun dia dah tolong cuci [ala, guna mesin kan} dan siap angkat bila dah kering...

 
Terasa benar sunyi dan sepi rumah ni...mama dan abang hantar dia ke Stadium Jasin, tempat berkumpul pada Sabtu 4 Januari lepas...hmmm..meriah dgn ramainya ibu-bapa dan keluarga peserta.  Macam nak hantar ke oversea lak.....mak bapak tunggu kat depan bas bila anak2 dah naik bas, macam tak nak bagi bas jalan pulak! Yg syahdunya kawan2 dia yg tak dpt ke PLKN siap dtg beramai2 nak bagi sokongan moral. 



Ina dapat tau terpilih ke PLKN sebelum SPM lagi...masa tu terganggu jugaklah emosinya.....dia menangis sebab tak nak pegi...mujur abangnya beri nasihat tentang kelebihan org yg dah ke PLKN...abangnya tak kena pun tapi bila dia tengok kat U pelajar yg dah ke PLKN ada keistimewaan tolak credit hours dan tak terlibat dgn kokurikulum, terbit juga rasa cemburunya...sejak tu nampaklah Ina ceria sikit...mama risau jugak takut2 dia emosi sampai terganggu SPMnya.

Seminggu sebelum ke PLKN dia sempat belajar buat cheese cake mintak resepi kawannya yg rajin masak....wah kemain seronok bila keknya menjadi..masa tu kebetulan abanng longnya ada balik....abang longnya pun pandai ambik hati, puji kek dia..wah kembang kempislah sekejap....dua hari lepas tu buat sekali lagi!

Mama tunggu kat stadium sampai bas dia berlepas...haha..nampaklah sorang dua pelatih yg menangis beriya-iya....Ina pulak, bas gerak je, sms kat mama katanya dapat rm10 dlm bas....jam 11 pagi, dia dah sampai kot ke kem Warisan Masjid Tanah [tak jauh mana pun]...sms lagi kata boring...hmmmm..anak dara sorang niii....ptg tu sms lagi, pesan jgn lupa dtg melawat dia hujung minggu nanti.....mintak mama buat cheese cake utk dia.....mama 'enggih' sajalah....hmmm......belum sampai 12 jam dah berderet sms mengadu hal......!!!!! Hari ni tak de pulak sms, mungkin sebab dah mula sibuk dgn aktiviti ....mudah-mudahan jadilah dia seorang yg ada jati diri, yg cekal dan tabah, kuat semangat macam mamanya...[termasuk dlm bakul bocor pulak...tak yah angkat..hehe]....

Monday, December 30, 2013

jalan-jalan , ziarah , cuti-cuti

Rasanya cuti tahun 2013 ni tahun yg paling byk berjln......bermula dgn wedding2 kat entry lepas...lepas tu berulang alik ke Seremban lak menjengah biras mama yg sakit...dua kali tengok dia kat hospital Senawang [SALAM]...masa mula tengok tu terkejut juga tengok mukanya yg pucat dan dia Nampak lemah sangat....  kali kedua dua minggu lepas tu selepas dia dibedah.  Biras mama ni dah lama menderita macam2 penyakit....ini yg paling kroniklah, sampai kena bedah kena buang Rahim akibat fibroid yg membesar dan pendarahan haid yg tak berhenti selama dua bulan...mana tak pucat lesinya....masuk darah tiga pain..tapi macam mana darah masuk, macam tulah darah keluar balik....

kali ketiga tengok dia kat rumah pulak di Tmn Bkt Margosa...Alhamdulillah dah beransur sihat.....lepas tu gi jengah lak sepupu abang di lavender Height.....pun baru lepas operation juga, buang limpa...sepupu abang ni dr kecik dah menderita talasemia......hmmm..macam2 penyakit yg 'tercipta' dan dicipta ALLAH utk menguji umatnya.   Benar kata org, kita akan rasa insaf dan lebih mensyukuri nikmat Allah bila kita berpeluang menyelami perasaan org sakit dan tengok penderitaan mereka...Bila tengok atau ziarah org sakit wajarlah kita mendoakan mereka...mudah-mudahan cepat sembuhnya...

oklah, kita tinggalkan dulu cerita sakit, cerita sedih.....mama nak cerita pasal jenjalan lak....awalnya kami plan nak ke Terengganu tapi terbantut sebab bencana banjir...fikir2 punya fikir, timbang punya timbang akhirnya kami sepakat ke Kg Janda Baik, Pahang....Abang kata tempatnya cantik, abang dah pernah pergi hamper 30 tahun lalu....ni kira nak mengimbau kenanganlah...


Sebelum ke Janda Baik, kami singgah dulu di Shah Alam, jemput Ariff di rumah sewanya.  Kemudian singgah pulak kat Seksyen 20, kenduri khatan anak sepupu abang.  Lucunya bila kami kata nak ke Janda Baik, sempat pulak sepupu abang bisik kat si Ariff...katanya buat apa gi Janda Baik, kau tu bujang lagi..cakap kat ayah kau, gi Dara Baik....tak ada ke?

                                 *di pintu masuk AL SAKINAH ECO RESORT

Kami dah janji dgn tuan punya resort AL-SAKINAH ECO RESORT untuk sampai selepas jam 4.  Akhirnya terbabas juga, hamper jam 7 baru sampai..mujurla tak ada org lain yang 'caras' ....kalau tidak mana kami nak tidur malam tu...resort2 dan hotel lain semuanya dah penuh...mungkin org2 yg plan nak ke Pantai Timur dah ubah haluan sebab banjir, kira macam kes kami jugalah...

                                *mandi sungai

 
*sebelum balik..masing2 tak puas mandi sungai
 
                                        *di jambatan ke resort

                                                *sesi rendaman 'SPA' hehe...


                                             *berkenan dgn chalet ni..bertentangan dgn resort kami..dah penuh..

                                           *sebelah chalet komo

                                            *cantikkan.....ala2 zaman purba

*rumah VIP
 
 * dgn bujangku, Ariff
 
 *menunggu makanan ...makan nasi kerabu n nasi ayam...sedap ..teringat lagi sampai skrg..makan di warung 'SUP MELETOP'....
 
 *durian stall..singgah jap..beli tempoyak dan 'mencekik' durian...
 
*tebal isi duriannya....nikmat makan...
 
 
Ha....inilah corat-coret perjalanan percutian ku dan keluarga................................macam tak puas jer...