Total Pageviews

Wednesday, April 17, 2013

cinta, apa ertinya

Semua orang pasti pernah merasai nikmat cinta dan tahu apa erti cinta.. ada yang bahagia namun banyak juga yang kecundang pabila cinta terputus dipertengahan jalan.  Hmmm....kali ini mama nak sembang sikit pasal cinta.  Saja suka-suka mengenang kembali kisah cintan-cintun zaman muda-muda dulu.. 

Di zaman sekolah rendah, kawan2 selalu usik mama ngan Zubir anak Wak Abu teksi.. Zubir ni ketua pengawas, mama penolongnya .  Oleh sebab cikgu selalu sebut nama kami , dah kengkawan yang agaknya 'jealous' kenenkan kami.  Haha...bengang juga waktu tu..lebih2 lagi bila Zubir pun macam takut2 je nak bercakap dgn mama, takut kena gossip.  Habis sekolah, tamatlah cerita cinta budak sekolah rendah...

Sekoalh menengah pulak, sorry kalau nak cakap passl cinta... mama sekolah kat SABGS ,...girls' school tu..mana nak ada pak we...   yang menariknya ada dua tiga org kawan seasrama yang bercinta sakan dgn budak2 High School dan Alhamdulillah ada yang kawin pun....macam mana ek diorang boleh berjumpa ni?  Ha, ini semua pasal kelas tuisyen add maths dan juga tuisyen GPMS.  Masa tu kami dibenarkan tuisyen di luar asrama.  Maziyah dan Siti Habesah adalah antara yg bercinta tu dan dah kawin pun dgn cinta hati masing2 sebaik tamat belajar di IPT.  Mama?  Ish..mama mana ada, maklum tak seberapa glamor..hehe..



Selepas tamat sekolah, mama pernah ikut abang Long tinggal kat rumah dia di Jasin.  Masa tu abang Long mengajar di IKM Jasin.  Kononnya mama nak cari kerja sementara tunggu SPM.  Dua bulan je kot mama serasi ngn abang Long.  Mama balik semula ke kampong bila mama terasa macam kak Long tak berapa setuju mama dok menumpang kat rumah dia.  Ada cerita jugak kat sini.  Ada seorang kawan abang Long yg selalu dtg rumah.  Mama tak syak apa2 tapi suatu hari tu abang Long sendiri beritahu mama.  Katanya jangan layan kawan dia tu sbb dia tak berkenan.  Ish, bercakap pun tak pernah..... rupanya kawan dia tu ada hati kat mama... hahaha....kalau abang Long restu mungkin mama kawin sebelum keputusan SPM keluar.  Tapi siapa sangka mama akhirnya 'terkawin' jugak ngn org Jasin...!!!

Tak lama mama kt kampong bila aruah Mk Ngah ajak mama tinggal ngn dia.  Masa tu memng seronok sangat sbb dapat bergaul dgn sepupu2 mama..aruah Siti dan aruah Mon.  Macam2 aktiviti yg kami buat sama2.. Kami sama2 kerja kat Bu Seng Chong Nursery yg masa tu kat sebelah rumah aruah Mk Ngah.  Kami buat kerja 'bomba' [siram pokok] dan isi tanah dlm polibeg.  Bila2 free pulak kami rajin mencuba resepi...mama diorang panggil nek uda sbb mama tinggal dgn aruah embah lanang....Nak jadi cerita, ada seorang mamat Cina tu suka sgt kacau mama.  Dia kata mama ni 'selupa[serupa] Cina'....tak macam Melayu.... banyakla si Ah Cai tu....  hari2 dia tunggu mama dtg, terintai-intai....sampai aruah Mak Ngah pun perasan.  Nama mama pulak ngam betul utk jadi bahan usikan dia.   Hari2 bila nampak mama dia akan cakap , ' wo aini' [I love u]....mama jawab 'wo hen ni..' [ I hate u]...  dia akan gelak sampai tak nampak mata....lama la juga 'opera Cina' ni berlangsung.  Episod tamat bila mama dapat masuk maktab perguruan... yang mama dengar tak lama lepas tu Ah Cai berhenti kerja tak tahu la dia pergi mana... [sebenonya mama suka juga kt dia ni, sbb muka dia comel...haha].



Cerita kat maktab adalah cerita yg paling menarik buat mama..banyak yg manis utk dikenang... kat sinilah mama betul2 belajar apa itu cinta [selain dpd belajar nak jadi cikgu..hehe]  Cinta pertama mama macam yg mama dah pernah ceritakan dulu tu dlm entri yg lalu....macam2 dugaan sebenarnya sejak mama masuk ke maktab ni....pernahla juga bebrpa mamat nak cuba2, tapi semuanya tak jadi....antara sebabnya adalah mereka tu lebih muda dr mama....tapi ada seorang tu yg mama terpaksa tipu, mak belikan mama cincin konon2 mama dah bertunang..sebab mama takut dgn cara dia... kalau jadi suami 'sure' mama kena control teruk ngn dia........

.tinggal satu semester je lagi pengajian akan tamat sebelum praktikal.., apabila ada seorang hamba  Allah tu tetiba 'terberkenalan' ngn mama ...  siap bertukar buku..bila dia pulangkan buku kat mama, ada pulak surat terselit kat dlmnya....  sejak tu, mama senang berkawan dgn dia sebab dia suka merendah diri....kami tak delah berdating sakan ....maklumlah 'budak sekolah'.... cuma mama masih ingat lagi dia ajak mama ikut dia ke rumah mak cik dia di Bngsar.  ..sejak hari itu mama tahulah yg dia betul2 serius...Alhamdulillah, cinta itu berkekalan sampai sekarang..... cuma tak lari juga dari dugaan dan ujian...


Masa baru2 kawin dulu, semua yg mama pakai tak kena dimata dia.. setiap kali nak keluar, mama kena tunjuk kat dia apa baju yg nak dipakai... bukan apa, dah selalu sangat mama kena tukar dan gosok baju lain..sesekali terasalah menyusahkan.. tapi lama2 terasa juga dia 'teramatlah' caring....

Sampai sekarang pun begitu...tapi bab pakaian dah tak jadi hal lagi....cuma kalau mama ke mana2 dan lambat balik, dia akan telefon tanya kat mana...nak kemana pun bukan senang2 dia nak bagi izin...terpaksa bersoal jawab....kalau dia puas hati dgn jawapan mama, barula dia lepaskan.....nak drive balik kg?  No, no, no...........jangan mimpilah....kalau nak balik kampong atau nak drive keluar dari Melaka kena make sure dia ada...bila dia ada, maknanya dialah drive.....ish3x....bukan tak percaya kat mama.. tapi ......................nak control la tu kot....apa2 pun yg penting, kami bahagia.   Walau kadang2 nampak mcm mama kena control, tapi mama redha.  Kawan2 mama pun dah maklum... jadi tak dela diorang nak ajak mama lepak2 ke makan2 kat mana2 lepas sekolah...diorang tau dah, mama 'susah' nak dapat izin...Mak dan adik2 mama pun dah faham dah kalau mama ni payah nak balik kampong...Kawan mama Notie pun pernah cakap mama ni asyik kena 'buli'.....nak buat macam mana, syurga di bawah tapak kakinya.  Selagi dia syg kat mama, dan tak 'naik tangan' tu kira oklah.....

Semoga kawan2 mama yang ada cinta di hati, bahagia dgn cinta masing2....yang belum dpt cinta mama selalu doakan kebahagiaan juga ....

Saturday, April 13, 2013

Al-Fatihah

Al -Fatihah buat bonda kepada sahabatku Notie...  Awal pagi hari Rabu 10 April lalu mama terima sms Notie menyatakan tentang kembalinya Allahyarhamah ke rahmatullah...



Mama cuba call dia berkali-kali malangnya tidak berangkat.  Mungkin dia sibuk.  Mama ingat nak juga ajak abang ke rumah ibunya di Muar tu bila2 ada free.  Tapi tak mengapalah, mungkin belum rezeki mama nak ziarah ke rumahnya.  Mama harap Notie tabaj dan sabar dengan qadha' dan qadar Allah.  Kita yang masih punya ibu, sentiasalah ingat kat ibu masing2.  Sering2 telefon atau jenguk tanya khabar. 

 

Selain itu selalu2 lah doakan kesejahteraan ibu kita.  Pengalaman membawa ibu ke Mekah musim haji yang lalu masih segar diingatan...



Mama selalu berharap agar amalan ibu dan mama di sana diterima oleh Allah swt.  Segala kekurangan dan kepayahan yang kami tempuh adalah ujian kesabaran terutamanya buat mama.  Semoga Allah terima segala urusan dan amalan mama itu dalam menjaga ibu yang sering tidak sihat sepanjang berada di Mekah.



Buat Notie; usah terlalu sedih atas kehilangannya.  Kau masih ada insan2 yang menyayangimu, adik-beradik, anak2 buah dan sahabat2 mu yang Insyaallah akan selalu ada dan peka.  Kalau kau rindukan ibumu, bila2 masa saja kau boleh menumpang kasih ibuku.  Anggap sajalah kita ini bersaudara.  Aku selalu redha kau menjadi antara insan yang aku sayangi.

Wednesday, April 3, 2013

Bosannnnn bertandang pulak...

hmmmmmmmmmm.....dah lebih tiga minggu tak 'bersiaran'..terasa rindu yg teramat sangat....  kekangan kerja, cuaca dan mood yang tak menentu telah menghalang segalanya.... hari2 yang dilalui serasa amat padat sekali, kadang2 macam tak sempat nak bernafas....    lepas satu, satu lagi kerja menjengah..... bila dah penat, mulalah serba tak kena....  dan bosan pun bertandanglah......

 
hahaha..cam nilah kalau dah bosan, asyik nak kuak lentang..



bila dah bosan, semua kerja tak menjadi..



kalau mama jadi macam kucing ni, tak payah susah2 nak diet dah..

hari ni memang bosan tahap maksimum.., belum selesai kerja yang dulu dah datang kerja baru..tengahari tadi meeting ..dapat tugasan besar.  Maklumlah sekolah mama ni nak ke arah sekolah cluster..banyak keje..mama kena pulak bahagian dokumen dan filing....tak leh goreng tak leh kelentong..semuanya yang fakta...kena kutip data2 sepanjang tiga tahun.....adus......macam tak de orang muda belia yang bertenaga sekuat wonder woman lagi..

guru besar lak lantik mama jadi ketua tapi  mama kena lantik sendiri pembantu.  katanya cari orang yg boleh ngam kerja ngan mama... adus....memangla kadang2 org leh ngam, tapi bukan semua hal kita ngam... bab2 kerja ni kadang2 payah sikit org nak ngam....akhirnya ketua jugak buat semua.  Dah berlaku dah pun..bulan lepas kami kena buat pembentangan tentang PIPP...mama ketua dgn tiga lagi AJK.. kami sepatutnya kena buat power point... kami dibekalkan CD untuk dibaca dan buat powerpoint. ...at last, dia org kata tak sempat nak buka CD, apalagi nak baca berpuluh mukasurat tu... dia orang mintak mama suruh Ariff anak sulung mama buatkan... janji nak bagi Ariff saguhati.  Bersengkang mata jugaklah si Ariff buat 'assignment' mama dan kawan2.  Seminggu jugak budak tu siap sebab nak kena study, bukak CD, baca nota dan catat isi penting...hasilnya dapatlah 18 slide powerpoint yg memang power..maklum budak muda yg buat...kebetulan Ariff tengah cuti.

tup2, bila dah siap, dia orang buat tak kisah je....janji tinggal janji..ish3x....tak sangka betul, walhal dua lagi tu ustazah belaka. sorang lagi tu si mamat yang selfish..dia memang takkan bekerja sama kalau benda tu tak menguntungkan dia...kalau pembentangan tu boleh bantu dia naik pangkat barulah dia beriya-iya.... tapi mama cool lagi dan cover jugak, mama bagi Ariff saguhati tu senyap2.. konon2 kawan2 mama yg berjanji tadi tu yg beri...

Thursday, March 14, 2013

Wednesday, March 13, 2013

AL-FATIHAH



Sedih, sayu, sebak, hiba......tak sedar air mata mengalir deras tatkala menonton berita di tv, kisah tentang wira-wira Negara yang gugur syahid di Lahad Datu....

Terbaru, seorang tentera berumur 21 tahun...muda belia tu.  Sebaya dgn anak mama yg sulong, Ariff....bagaimanakah agaknya ibunya menerima berita kematiannya.....  kalau mama, mama belum sanggup lagi untuk menerima kehilangan anggota keluarga terutamanya anak sendiri yg lahir dari Rahim ini.... ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada ahli keluarga mereka supaya mereka tabah dan kuat ....

Mama masih teringat lagi suatu ketika dulu, ditahun 1995 apabila mama kehilangan anak kedua, Ain Nabiha yang baru berumur 11 bulan 27 hari.  Selama berminggu mama menangis di sekolah, tak boleh tengok anak-anak murid mama kerana setiap kali melihat mereka, terbayangkan wajah Ain.  Kawan-kawan sekolah pun amat faham, lantas mereka menyarankan mama berjumpa ustaz minta air penawar untuk memulihkan semangat yang hilang.  Alhamdulillah, sebulan kemudian mama dah boleh redha dengan kehilangan Ain.

Wajarkah kita berasa bimbang dengan keadaan di Lahad Datu ketika ini?  Tentunya anggota keselamatan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.  Begitu juga ahli-ahli keluarga mereka, pasti sentiasa bimbang dengan keselamatan abang atau ayah yang berjuang di sana.  Khabarnya wira-wira itu ada yang disiksa sebelum mati....dicungkil mata, dilapah hati....dipenggal kepala...kejamnya......Allahuakbar...!!

  Sandiwara? Sanggup mati kerana sandiwara?

Dalam kesedihan, hati mama cukup terbakar apabila ada juga puak-puak yang meremehkan pengorbanan anggota keselamatan kita.  Tergamak mereka menuduh ianya hanya sandiwara.  Sandiwara apa kalau polis dan tentera yang bertugas benar-benar terkorban.  Ada ke orang yang sanggup berlakon dan kemudian sanggup betul-betul mati?  Apalah agaknya yang ada dalam benak puak-puak ini.  Tak sensitive langsung.  Sepatutnya puak-puak ini yang kita tembak mati dahulu, kemudian kerat 18!  Geram sungguh....tak ada perasaan.

  Sandiwara?  Dangkalnya pemikiran....

Rasa pilu terus menyesak dada tatkala melihat betapa ramainya yang mengiringi jenazah wira-wira yang terkorban.  Mereka diberi penghormatan kelas pertama, setaraf dengan jenazah pemimpin Negara....  AL-FATIHAH sekali lagi buat roh-roh mereka.  Semoga ALLAH tempatkan mereka di syurga ..berbahagialah hendaknya mereka di sana... kepada semua ahli keluarga, semoga anda semua tabah menghadapi dugaan berat ini.  Abaikan kata-kata penghinaan dari puak-puak yang dengki.  Sebaliknya bersyukur dan berbanggalah kerana anda punya waris yang mulia, mati mereka mati syahid kerana berjuang untuk kedaulatan Negara. 

  Wahai perwira, teruskan perjuangan..semoga Allah lindungi kalian..aminn...


Monday, March 11, 2013

oh keretaku sayang!

hari ni mama nak menceceh pasal keta lak... dulu sebelum kawin ngn abang, pernah abang kata tak mampu nak pakai keta.. maklum gaji cikgu maktab waktu tu cuma rm435.  bukan macam sekarang, cikgu baru posting dah boleh beli keta baru sebab gaji dah tinggi.. dulu naik bas turun bas je lah..  abang kata lepas 10 tahun kawin kot baru kita boleh beli keta... mama cuma diam je, walhal dlm hati dok berkata juga...[ish, takkan nak turun naik bas sampai 10 th..]  tak taulah kalau abang saja nak uji mama masa tu..

tahun kedua mama kerja, masih ingat lagi kenderaan pertama yg mama beli iaitu kapcai... ha, jgn tak percaya dulu mama merempit tau.. kalau kawasan Johor Bahru dari Tampoi ke Larkin tu memang tempat yg mama sangat biasa ... waktu tu tak la sesibuk sekarang.  mama tak ingat lagi harganya dan bayaran bulanannya tapi waktu tu agak 'sakit' jugalah... mana nak bayar sewa bilik, mana nak makan, mana nak bayar duit motor..nak kirim mak kat kampong lagi... hmmm, tapi demi kerana keperluan, mama kuatkan hati juga...aruah abang ngah marah juga waktu dia dpt tau yg adik dia yg slim dan tak seberapa cun  tu [dulula] dah beli motor sebab tak tahan jalan kaki ke sekolah...

  inila model kapcai ku..

yelah, aruah abang ngah bukan tau situasi waktu tu... walaupun jarak rumah ke sekolah tu agak dekat tapi agak jauh juga...!!??? dari jalan besar nak masuk ke kawasan sekolah lebih kurang 400m... kira2 dari rumah ke sekolah hampir 800m juga...jauh tu.  mama jalan kaki sorang2... yang bengang bila anak2 murid yg masuk ke kawasan sekolah tu semuanya dihantar dengan kereta besar, naik bas sekolah dsb....  bila lalu, masing2 jerit kat mama. "cikgu, cikgu..!!" tapak kasut pulak selalu haus, dah nak kena beli kasut selalu pulak... tu belum cerita lagi kena kejar anjing, kena usik dgn mat2 lepak.. dulu stail gi ngajar bawak beg hitam ala2 briefcase... dah macm businesswoman pun ada.  bila lalu kat depan mat2 lepak , "jual apa tu dik?"......gitu pulak.  malamnya jalan kaki lagi ke rumah seorang datin, ajar anak dia tuisyen... tu pun seram gak, ikut jalan yg gelap.... macam2 boleh jadi..

bila dah ada motor kenalah ada lessen... jadi pergi le belajar memandu, waktu tu belajar memandu ambil lesen motor dan kereta baru RM450 je... tu pun dah tinggi benar...terkorek sana, terkorek sini cari duit.. tapi seronok gak belajar memandu ni sebab masa tu masih anak dara yg perasan cute.., yg mengajar memandu lak bujang, anak jiran mama jugak... mak dia sikit punya suka, selalu usik mama ngn anak dia.. . cikgu ngn cikgu la katakan...kalau org lain belajar pakai kereta buruk, mama belajar guna kereta dia yang baru, siap aircond lagi... hari pertama mama bawak kereta dia, kereta tu kemik habis sebab mama langgar tembok!  cikgu tu cool je, tak marah pun... dua minggu tak belajar.. sebab kereta masuk workshop..haha...

bila dah pandai sikit, dia kata, nanti dah ada lesen bolehlah bawak laju2 ..bawak saya ke Kota Tinggi..ewah2....

Itu cerita ambil lesen... lepas lulus baru mama tau yang abang pun lom ada lesen lagi.. masa tu kami baru bertunang... tempoh bertunang lebih kurang setahun setengah.  Yang mama ingat, lepas kami dapat anak pertama barulah abang ambil lesen kereta.  Lesen motor abang dah ada sejak lom kerja lagi. 

Ketika anak kami si Ariff berusia lapan bulan, dapat juga kami beli kereta pertama yang masih lagi kami guna sampai sekarang...sayang wei... tinggi sentimental value tu...





inilah rupa keta pertamaku....dulu kini dan selamanya..tak berubah warna dan bentuk....selagi boleh 'berkhidmat' selagi itulah kami akan simpan dan gunakannya.

kereta ni keluaran 1989, kami beli second-hand tahun 1992... ownernya nak tukar kereta wira yang baru keluar waktu tu...

Dulu, kereta nilah yg kami perasan paling cantik..... bangga weh, dapat pandu kereta Malaysia....besar jasanya... dengan kereta inilah mama banyak tumpangkan kawan2 masa kat Muar dulu... biasalah, ada yg kenang ada yg tidak.... masih ingat lagi seorang kawan tu yang mama dok jemput dan hantar dia.... bila dia dah ada kereta sendiri, Mercedes Benz, dia menyombong pulak kat mama .. tak kisahlah tu, maklum, org pakai kereta import, mewah,  mana nak kawan ngan kereta local kan...

Tahun 2004, kami terdesak juga nak pakai dua kereta.... kalau hujan, abang susah nak pergi kerja dengan kapcai dia tu...so, belilah kereta kelisa....hmm comel kereta tu, jimat pulak minyaknya...

  ha...comelkan..

Kemudian kalau tak silap pada tahun 2005, teragak nak pakai kereta besar sikit ala2 mpv..maklum anak dah besar2.. sesekali balik kampong sempit juga kereta....mulanya berkenan betul kat kereta matrix...
 amacam? cun tak?

kami pun orderlah.. tetiba kedai kereta kata kereta tu lambat, tiga atau empat bulan baru ada stok.. tak pelah.. tunggu juga... tak lama lepas tu kereta Naza Citra pulak keluar..dah berkenan kat dia pulak.. tukar order... siap booking flat number lagi kat JPJ... bayar deposit RM1000 untuk kereta, RM 200 untuk nombor flat...  pun lambat juga. sebab masa tu sambutan agak hangat juga...



nak jadi cerita, masa kami on the way balik kampong.. tetiba tersinggah kat satu kedai kereta... berkenan pulak dengan si unser sebiji ni...



Entah macam mana, abang terus berkenan dan 'deal' ngn jurujual kereta tu.. esoknya kami pergi kat kedai citra/matrix tu nak cancel sebab lambat sangat tunggu...malangnya duit deposit 'burn'.....

Tpi memang tak menyesallah...sebab keselesaan kereta ni untuk kami sekeluarga dibandingkan dengan citra atau matrix.... banyak dah jasa dia, tak lama lagi habislah hutang...hehe...

Ha.....faham2 jela bila hutang dah nak habis..ada orang yg dah berangan nak tambah hutang baru....hmmmm.... Si Ariff pun ada kata macam nak pakai kereta pergi kuliah, tapi kami tak berapa nak layan sangat... kata abang, biar dia belajar susah, so pakai motor sajalah dia....mulanya dia mcm tak berapa nak setuju bila kami belikan motor, harga motor tu lebih kurang RM5000, katanya kalau beli kereta kancil second hand pun lebih kurang RM5000 juga....tapi lama2 dia ok....Alhamdulillah dia faham...yang penting dia belajar dulu, nanti bolehlah dia beli sendiri kereta idamannya bila dah bekerja...

Kereta proton saga kami dah mula meragam..macam2 ragamnya... sikit2 mintak duit... itu yg terfikir macam nak tambah hutang satu lagi tu.. tapi kereta apa pulak ye...Ariff kata, "mama belila Toyota Hibrid ke..Honda hybrid ke....sesuai utk mama tu.." Amboi, pasal bodek memang anak2 cukup pandai!  Kalaulah mama dia ni jutawan cendawan, lama dah beli kereta baru.. ini kitorang berangan je dulu... berangan tak kena bayar..hehe....

  
 ha, Toyota hybrid / Honda hybrid.... memang cun....mengancam tu....kalau pakai Honda hybrid merah tu, wah wah muda 20 tahun mama rasa.....dua pintu tu... wah klassss....

Hmmm.........mampu ke nak pakai kereta2 tu?  Kalau ikut kata hati memang la boleh saja nekad, pejam mata, tambah hutang... tapi kalau ikut kata iman[ hehe].... sabar,  jangan nak berlagak, banyak duit nak pakai untuk anak2... Ariff baru je daftar UITM Shah Alam, tentu banyak belanjanya.. tahun depan kalau ada rezeki, Ina pulak entah kemanalah agaknya dapat belajar....duit lagi tu....hmmm, sabar sajalah wak!

Saturday, February 23, 2013

dah mula dah.....

hmmmmmmm..........hajat dihati nak update blog setiap hari, tapi apakan daya kekangan kerja kadang2 tak memungkinkan angan dan impian kita direalisasikan. kerja, kerja, kerja......dah mula dah sibuk memanjang.  bila dah sibuk memanjang, mood dan emosi pun kadang2 berubah....tengah sibuk dan mengejar masa janganlah ada yang menyentap... huh, boleh stress dan meroyan dibuatnya. 
 masa tu kalau kerja yang kena buat memerlukan penggunaan computer, tetiba laptop buat hal...huh rasa nak buang je laptop kat sungai bemban.  hmmmm...gerammm...kalaule boleh ditelan kumakan, ku kunyah2 laptop tu agaknya....

  

dah mula dah....................  baru2 ini, mama stress giler sebab laptop buat hal.  dah mula dah.....'hang' la dan macam2 masalah lagi.  maklumlah laptop yg 'sewaktu' dan sebaya dengannya lama dah 'dikapankan'.....  fikir punya fikir, dpd dok stress gunakan  kau baik aku beli yang baru...!!!

kerja pun satu hal jugak.... semenjak dua menjak ni, hampir semuanya perlu gunakan 'online'.....dari sekecil-kecil 'task' kepada yang serumit-rumitnya.  semua nak 'online' tapi server very the slow.....

dah mula dah, masuk tahun baru, bulan baru.......meeting tak habis2.... dari meeting dalaman sampai la ke meeting di jabatan, semua nak kena attend... faham2 jela kalau dah attend meeting tu maknanya adalah kerja menanti..... fuh, kerja lagi...dah mula dah pening kepalo den....mana nak buat dulu ek,,....

dalam kita dok sibuk buat kerja kita ada pulak sosek2 , bla..bla...bla..... kononnya mama kena tukar sekolah..... dengar citernya adala sebuah sekolah baru tu yg memang dekat dgn rumah, perlukan seorang lagi cikgu macam mama ni....  seorang kawan yg kerja kat sekolah tu siap tepon mama lagi beritahu kononnya nama mama dah disebut-sebut di sana.... kebetulan pulak guru besar sekolah tu pun kenal mama, kawan sekelas masa sambung belajar dulu..  guru besar tu suruh kawan tadi call mama dan pujuk supaya mama pergi melobi di ppd, jumpa sipolan bin sipolan....



 mama kena melobi? ish, tak biasalah..... mama pasrah je, kalau betul 'rezeki' mama kat situ mama terima saja..jadi, cuma tunggu dan lihat....dah mula dah, khabar2 angin tersebar.......

tup2, isnin lalu... surat pertukaran betul2 sampai ke pejabat..... tapi bukan mama calonnya, sebaliknya orang lain.... orang ni pulak macam tak puas hati.... macam nak mama ambil alih pulak dan buat mama serba salah dan rasa bersalah.... fuh, gawat ni.....

dengar khabar juga, kononnya memang ppd nak mama ke sekolah baru tu, tapi bos mama pulak yg tak benarkan......  wah, terasa diri ni macam berharga jugak.... yelah, pening kepala bos nanti sebab kalau mama yang keluar, siapa lak yg nak sambung kerja2 mama nanti.... banyak tu.... ha, kan...dah mula dah...stress ooo.....